Monday, January 23, 2012

penamat yang tiada penghujung


the end has no end - pelik kan maksud nye??

sebenarnya itu merujuk kepada perjalanan hidup kita,dari janin menjadi bayi,selepas itu menjadi kanak-kanak. seronok di alam kanak-kanak yang bebas bermain,tak perlu pergi sekolah,bangun - tidor dah set minda nak jumpa kawan je.tengok tv selama mana yang boleh tal perlu mengadap buku,kecuali buku cerita atau buku mewarna itu pun terasa jeles bila membe ada buku mewarna dan kaler pensil kita kanak2 pun jugak.
dari kanak-kanak membawa ke zaman tadika, cuma kali ni terpaksa di kawal oleh cikgu kerana ada yang suka menyakat ada pulak yang suka lari balik ke rumah bila mak dah hantar depan tadika.2 tahun di tadika sungguh menyeronokkan zaman di mana mula memakai uniform, makan percuma diberi,cikgu membacakan kita buku cerita kisah-kisah haiwan,dengar lagu kanak-kanak dan menyanyi bersama dalam kelas.paling best dapat jumpa member baru dan ABC 123 tu hanya lah sekadar pandangan tanpa sebarang maksud bagi segelintir dari yang suka berkhayal dan bermain di dalam kelas.petang2 pula selesai tukar baju makan kejap lepas tu keluar berjalan keliling kampung tanpa mengira hari panas atau mendung dan tak mengadap TV satu perkara biasa kerana lebih banyak lagi permainan yang kreatif dicipta oleh rakan2.

habes 2 tahun di tadika,naik pulak ke sekolah rendah mcm ragam dapat dilihat lebih2 lagi masa minggu pertama paling menyampah aku tengok budak lelaki yang menanges tak nak masuk sekolah,entah apa penyakit melanda diorang ni sampai manja sangat mak bapak tak boleh tinggal. aku ok je takde pun macam tu. paling memalukan sampai ada yang nak balek bila dah dihantar sampai depan sekolah.di sekolah rendah 5 tahun terawal memang menyeronokkan tetapi benda yang paling dibenci ialah KERJA RUMAH dan alasan paling top masa tak buat dan hanta kerja rumah ialah BUKU TERTINGGAL, LUPA DAN TAK DATANG. aku dulu paling benci matemmatik dah la aku tak boleh mengira,lambat belajar pulak tu sampai hafal sifir pun tak boleh. paling seronok masa kokurikulum,PJ.kemahiran hidup dan bahasa melayu.enjoy gila masa subjek ni.dah masuk darjah 6 fikir pulak pasal bersunat dan tuisyen nak pasal nak UPSR aku pun hairan apa yang mashyur sangat 5A upsr tu ? Tak berguna kalau dia tak tau dimana letaknya ALASKA? apa beza UK dan BRITAIN ?? atau mungkin di England hanya ada LONDON sahaja, dan siapa pencipta tulisan BRAILLE ??

Biasanya golongan macam ni hanya pandai BUKU TEKS sahaja,bukannya pengetahuan am.entah apa beza ireland utara dan republik ireland pun dia tak tau.bukan aku dengki tengok diorang dijulang,diber pujian guru besar,cikgu dan mak-bapak tapi tak guna kalau pandai tapi tak cerdik.

satu transformasi

masuk ke sekolah menengah rasa macam melangkah ke satu era baru dari muka babyface ke muka akil baligh.paling memalukan bila tengok gambar kelas masa form 1,dah la muka budak2 lagi,style pulak seluar tinggi dengan rambut yang skema,bila dah masuk form 2 mula la pandai bergaya dah pandai mengayat perempuan,belajar dating masuk ke form 3 dah  mula ada kesedaran nak belajar pasal PMR masing2 dah pasang hajat nak masuk aliran akaun,sains dan macam2 lagi la.selepas tu datang plak SPM, masa tu semua dah setting nak masuk U tu, U ni lah.ada jugak yang memilih untuk belajar kolej biasa,ada yang nak kerja ,ada yang nak kahwin dan ada jugak yang nak merepeat  paper spm.

bermulanya zaman kolej,zaman di mana mak bapak - cikgu dah tak kawal lagi.semua nya atas tangan sendiri nak jadi ape.di sini bermulanya era baru untuk budak2 yang tak reti nak berjauhan dari ibu bapa.zaman di mana bebas bergaul dan ada yang dulu nya warak dan alim sekarang dah jadi haremm, ada jugak dulu nerd sekarang jadi playboy,ada yang zaman remaja nya bersekolah sesama jantina (boy school)sekarang berdepan plak cabaran nak cari perempuan atau betina.tamat je graduation mula fikir pasal alam pekerjaan plak.macam biasa,penamat tiada penghujung habes sesuatu perkara atau misi perkara baru plak muncul.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.