Wednesday, January 18, 2012

A & W

 
A&W = aku dan wang

begitu lah bagaimana aku dinilai oleh manusia yang hilang kewarasan.aku dimarahi dan sehingga di nilai sama dengan sebotol air A&W yang berharga 1.80 sen. sejahat aku pun aku tak pernah menilai orang sehingga sanggup menyamakan nilai mereka dengan benda yang boleh di jual beli.
bak kata malique :

maafkan mereka,mereka tiada NILAI, ibu - bapak lalai dari kecil dah di abai. tanpa KASIH SAYANG mereka suka MENYAKITI,kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.


wang memainkan peranan penting tapi kenapa harus merendahkan nilai orang lain semata-mata tertinggal air botol A&W ??? wang dicipta oleh manusia tetapi mengapa harus menyamakan maruah dan nilai seseorang dengan wang ?? banyak persoalan berlingkar di kepala aku.dari kecil aku dibela oleh bapa-mak-atuk-nenek-dan pakcik aku.tapi aku tak pernah mereka samakan dengan nilai wang ringgit, kalau di audit segala perbelanjaan setiap dari mereka untuk aku rasanya jauh lebih besar berbanding sebotol A&W rm1.80 sen itu yang dinilai oleh kau,mungkin di 7-11 atau pulau2 (tempat orang tak bertamadun) lebih mahal harganya dalam 2.50 sen atau lebih dari itu.

member2 aku pun sesekali tak pernah samakan aku dengan sebarang nilai pasal diorang tak boleh nak carik seorang member yang jenis supportive macam aku.nilai seseorang yang supportive tak akan sama dengan sebarang matawang tak kira mark,yen,dolar,peso,euro dan pound. tak mungkin juga sama nilai dengan mecca cola,coca cola,pepsi,barbican atau pun mountain dew. aku tau la A&W tu terkenal di seluruh dunia tapi kalau nak bandingkan dan salahkan aku menjadi punca tertinggal nya air tu dengan pentingnya air tu kepada tekak kau memang kurang ajar.

sehaus-haus aku pun,tak kan sesekali aku marahkan orang lebih2 lagi mereka yang takde kaitan dengan masalah aku.aku pun pernah tertinggal teh tarik yang dibelanja oleh dass & tropicana twister yang dibelikan oleh zack.mereka ini bellman di tempat aku praktikal.tapi aku tak pernah marahkan orang lain pasal aku tertinggal air tu di kaunter bellman pasal aku rushing nak balek rumah sampai lupa nak bawak blek air yang tertinggal di kaunter tu,dan aku halalkan saje sape yang minum. tropicana twister tu lebih mahal dari A&W tapi aku tak pernah samakan kau dengan tropicana tu pun

hanya ada satu saja AKU di dunia ni,tapi mengapa harus A&W yang dhasilkan beribu-ribu botol dan tin sehari tu dijadikan perbandingan?? ini sesuatu yang di luar norma kehidupan manusia.aku percaya ini semua KARMA hari ni aku yang kau nilai pada harga 2.00++ (mengikut harga pulau) dan esok lusa tulat dan hari mendatang pembalasan kau akan datang jugak,mungkin bukan aku yang membalas tapi boleh jadi orang tu adik,kakak,kawan dan sesape saje yang kau tak jangka akan menilai kan kau dengan barangan jual-beli contohnya selipar,stokin,bakul sampah,tuala wanita, atau apa-apa saje.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.