Tuesday, January 1, 2013

Rahsia Lagenda Filem Seram



filem RAHSIA ini sungguh bernostalgia dalam hidup aku.sudah 26 tahun (1987) usia filem ini.aku mula tengok filem ini di tv 1 semasa filem ini baru berusia 12 tahun,masa itu umur aku 7 tahun ingat lagi aku hari tu di petang sabtu sungguh bosan duduk di rumah apartment yang tiada hiburan.sedang bermain mainan aku terlihat montaj seram di tv panasonic hitam, 18 inci. aku pun fokus menonton cerita itu bermula dengan 4 beranak dalam perjalanan bercuti dan semasa mandi di laut anaknya  yang sorang itu mati.dan bertambah misteri lagi di rumah itu anak mereka dihantui mimpi ngeri, jalan cerita filem rahsia ini ibarat filem sinister dan congkak.dimana satu keluarga itu berpindah ke rumah baru tetapi sejak menetap di rumah baru ahli keluarga mereka sering diganggu makhluk halus dan seakan ada 'orang' yang memerhati mereka tetapi apabila didekati orang itu hilang,dan di akhir cerita orang itu akan menceritakan segala-galanya tentang misteri yang membelenggu mereka.
yang paling seram dalam cerita ini ialah dimana si anak bermimpi dia terlihat satu scene flashback seoran kanak-kanak di kemenyan dan dan kemudian diletakkan di dalam satu ruang sempit sebelum ruang sempit itu disimen dan ditutup dengan batu bata.sebaik saja tersedar dari tidur si anak pun memberitahu ibu-bapanya di situ lah kawannya ditanam.bapanya memanggil orang kampung untuk memecahkan dinding batu itu dan terjumpa rangka budak dan seutas loket.

itu sajalah yang aku ingat pasal cerita tu,ending dia bukan di situ tetapi ending dia berakhir dalam suasana hujan di mana yusof haslam watak antagonis dalam movie itu cuba memanjat rumah shukery hashim tetapi dia tergelincir dan lembing di pagar rumah itu mencucuk tubuhnya.selepas 4 tahun tidak menonton cerita itu pada disember 2003 aku kembali menonton filem rahsia ini yang ditayangkan di astro prima.tetapi kesihatan aku pada masa itu menghalang aku untuk menghayati cerita kerana pada masa itu aku demam campak dan demam panas,sepuluh tahun sudah berlalu hari ini di tahun 2013 dimana aku sudah berusia 21 tahun movie itu tidak pernah diulang kembali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.