Monday, June 15, 2015

Filem Just Before I Go



 Jujurnya aku hanya menonton filem ini disebabkan pelakon kesukaan aku, Sean William Scott berlakon dalam filem ini. SWC lebih dikenali dengan watak lelaki gila-gila dan lucu dari filem-filem lakonannya seperti American Pie dan Dude Where Is My Car.

Tetapi dalam filem ini watak SWC lebih berbeza kerana tiada sebarang unsur humor ditampilkan dalam filem ini kerana mahu menekan dia dengan watak yang lebih serius dan murung. Juga unsur-unsur LGBT diterapkan dalam filem ini seperti ibu nya menjadi lesbian setelah kematian bapanya, anak buah abang nya pula seorang gay yang malu untuk mengakui kecenderungan seksualnya.



Ted Morgan, pemuda yang mengalami krisis dalam hidup. Dia merasakan hidup nya kosong setelah pemergian bapanya di usia muda. Mujurlah ada abang yang sentiasa mengisi kesunyiannya tetapi abang nya itu tidak akan mampu menggantikan tempat ayahnya.

Ibu nya pula setelah kematian bapanya telah berpasangan dengan seorang perempuan yang begitu meminati Elvis Presley bahkan meniru gaya ikon tersebut. Ted sering ke tasik berhampiran kampung halamannya dan dia mendakwa di tasik itu ada raksaksa Loch Ness dan hanya dia dan mendiang bapanya saja yang pernah menyaksikan kemunculan haiwan itu.

Ted di usia remaja melalui saat-saat duka apabila ditangkap kerana melakukan vandalisme di dalam tandas sekolah kerana berdendam dengan cikgu nya, anjing kesayangannnya pula dibawa pergi, dia juga tidak terlepas dari menjadi mangsa buli oleh Rawly Stansfield. 

Apabila meningkat usia dewasa dia berhijrah ke bahagian pantai barat Amerikan untuk memulakan kehidupan baru, dia bekerja di sebuah pasar raya dan ada seorang teman wanita tetapi semua nya tidak menjadi apabila teman wanita nya main kayu tiga dan Ted memilih untuk kembali ke kampung nya dan melunaskan dendam sebelum dia membunuh diri.

Ted tinggal sementara di rumah abang nya, seorang polis. Malam pertama di rumah itu Ted dikejutkan dengan perangai pelik kakak iparnya yang kuat mengigau. Ted  bersemuka dengan cikgu Edwina Lawrence yang sering memalukan di waktu kanak-kanak dahulu, sampai saja wad Ted telah mem bebel panjang kepada wanita tua itu. Tiba-tiba muncul Greta, cucunya yang dijaga sejak kecil setelah  keretakan rumah tangga ibu-bapanya.


Greta menjadi teman Ted dengan merakam video Ted yang ingin membunuh diri tidak lama lagi. Dia juga merancang untuk membalas dendam kepada Rawly yang sering membulinya dulu tetapi itu semua berubah apabila Rawly yang dulu sungguh berbeza. Kini dia seorang bapa tunggal yang menjaga seorang anak sindrom down dan dia dilayan dengan buruk pula oleh bapanya yang tidak boleh menerima seorang cucu sindrom down.

Ted juga ingin bertemu dengan Vickie, pelajar perempuan yang sudi berkawan dengannya dulu. Vickie kini seorang ibu beranak 5 dan dia seakan-akan tidak begitu gembir dengan suami nya yang jarang sekali menghargai nya.


Zeke, anak buah Ted pula berkawan dengan sekumpulan pembuli di sekolah yang sering menjadikan Romeo, pelajar berkulit hitam sebagai mangsa. Tanpa disedari Romeo dan Zeke masing-masing ada satu tarikan tetapi tidak berani mengakui hal itu sehinggakan dia memilih untuk terjun ke tasik Wamsutta.

Salah faham terjadi apabila Greta menyatakan 'dia' mahu membunuh diri. Sebenarnya, Ted hanya memberitahu niat membunuh diri itu pada Greta seorang saja, dan apabila mereka kelam kabut mencari mana Zeke menghilang mereka menyangka kan 'dia' yang dimaksukan oleh Greta itu ialah Ted bukan Zeke, lantas mereka berfikir yang hendak membunuh diri itu ialah Zeke.

Romeo muncul dan memberitahu di mana Zeke selalunya berada jika dia berada dalam masalah, Romeo memarahi Zeke kerana tidak jujur dengan diri sendiri dan hanya mengikut sahaja telunju orang lain. Dia terjun ke dalam tasik Wamsutta dan Ted pun ikut sekali untuk menyelamatkan anak buahnya itu, tetapi apabila Zeke berjaya diselamatkan Ted pula tidak muncul dan mereka menyangka dia sudah tenggelam.

Tetapi dia masih belum mati, di dalam tasik itu dia bermimpi dan berjumpa semula dengan ayah nya di atas perahu dan berbicara seketika, kemudian dia menjumpai Wammy, raksaksa Loch Ness versi Tasik Wamsutta itu yang didakwa Ted wujud sejak dulu. Ted berjaya diselamatkan dan dia memilih untuk hidup seperti biasa dan lebih menghargai erti sebenar sebuah kehidupan,


* Filem ini digambarkan berlaku di sebelah timur Amerika Syarikat tetapi sebenarnya lokasi pengambaran ini dilangsungkan di sebelah barat Amerika.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.