Saturday, June 20, 2015

Filem Kingsman Secret Service



Jika James Bond dan Johnny English menjadi 2 filem spy yang melonjakkan nama Britain, bagaimana pula dengan Kingsman ? Eggsy tidak lah macho dan maskulin seperti James Bond, malahan dia juga tidak lah berpengalaman dan tenang seperti Johnny English.
Semasa misi menyoal siasat ekstremis sedang dijalankan tanpa disedari ada bom pada badan tahanan itu dan untuk mengelakkan dari rahsia gerakkany bocor dia telah meledak bom itu dan seorang pengintip yang baru sahaja memulakan tugas telah menerpa ke arah suspek dan mengorbankan diri nya sendiri.

Di sebuah rumah, seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa diberi sebuah medal. Jika dia perlukan apa-apa sebut saja kata kunci yang telah diberikan oleh lelaki itu, Harry Hart. 17 tahun berlalu, Eggsy kini sudah dewasa tetapi dia masih belum ada kehidupan yang stabil seperti remaja di usianya. Dia lulus dalam pemilihan menjadi tentera laut tetapi terpaksa menarik diri kerana ibu nya tidak mahu kehilangan dia sama seperti mendiang ayahnya.


Eggsy tinggal bersama ibu,adik tiri dan bapa tirinya, ketua samseng di kawasan itu. Dia tidak menyukai bapa tiri nya itu kerana sering mendera ibu nya. Suatu malam, dia telah membawa lari kereta anak buah bapa nya dan dia ditahan polis. Eggsy teringatkan rantai yang diberi padanya dan menghubungi nombor dan memberi kata kunci itu. Jadi dia pun dibebaskan, dari situlah bermulanya persahabatan antara dia dan Harry, seorang pengusaha butik dalam masa yang sama bertugasa sebagai agen perisik.


Demi membalas jasa bapa nya, Harry telah membawa Eggsy menyertai pemilihan agen pengintip. Dia menggunakan pengalamannya dalam latihan tentera laut dan dibantu dengan sikap setiakawan membantu dia terpilih sebagai salah seorang agen perisik

Di plot lain pula, Richmond Valentine seorang bilionaire cuba menakluk dunia dengan memberikan simkad percuma kepada penduduk bumi. Dari simkad percuma itu mereka dapat membuat panggilan dan pakej internet percuma, tanpa disedari teknologi itu dibuat untuk dia mengawal manusia melalui teknologi gelombang bunyi yang dihasilkan.

Valentine telah memilih untuk membuat huru hara dibumi dan hanya segelintir saja mereka yang kaya raya telah diberi jaminan untuk hidup. Virus yang disebarkan itu perlu untuk menghapuskan populasi manusia di muka bumi secara drastik.


Harry di usia tua masih ligat bertugasa sebagai perisik dan dia ditugaskan untuk mengintip Richmond Valentine dengan menyamar sebagai pelabur. Valentine juga bijak dengan meracuni mnuman Harry menyebabkan dia menjadi agresif secara tiba-tiba dan membunuh ramai orang tanpa sebab. Harry dibunuh dengan kejam oleh Valentine dan kini meninggalkan Eggsy terkontang kanting tanpa mentor.

Eggsy pergi berjumpa Arthur untuk mendapatkan nasihat, tetapi dia ternampak kesan parut di leher Arthur dan mengesyaki sesuatu. Kerana sebelum ini, mereka yang mati secara aneh juga ada kesan parut sebegitu di leher mereka. Arthur mempelawa Eggsy untuk minum bersama dan menekan butang alat kawalan untuk membunuh Eggsy tetapi gagal kerana Eggsy menggunakan kebolehan tangan licik nya untuk menukar gelas minuman mereka.

Eggsy dibantu Roxy dan Merlin telah menyusup masuk ke gua dimana Valentine menempatkan kroni-kroni nya dan disitu mereka menanti detik huru hara di serata dunia, dimana rancangan Valentine untuk membuat penduduk bumi saling berbunuhan sesama sendiri dengan tujuan mengurangkan populasi dan dalam masa yang sama membina 1 kehidupan baru dengan dia menjadi tuhan nya.



Roxy ditugaskan untuk meletupkan satelit milik Valentine untuk mengagalkan usahanya membuat gelombang neurologikal yang bakal menghuru harakan penduduk bumi. Merlin dan Eggsy cuba mengagalkan rancangan Valentine di bilik kawalan, dengan dibantu Gazelle, yang memiliki kaki bilah besi agak sukar untuk Eggsy menundukkan Valentine tetapi dengan muslihat pisau beracun di tapak kasutnya dia berjaya menumpaskan Gazelle dan Valentine.

Dunia kembali aman, Eggsy pula kembali untuk menjemput ibu nya pindah bersama dan meninggalkan bapa tirinya yang kejam itu.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.