Monday, June 22, 2015

The Flash Siri TV




Aku sekarang ni kurang tengok movie, jadi bila ada masa lapang aku akan tengok siri tv the Flash ni. Sejujurnya aku memang jenis tak suka follow drama siri tapi disebabkan the Flash ni superhero dan ada crossover dengan Arrow jadi aku pun mula jadi peminat the Flash ni.

Barry Allen, seorang kanak-kanak telah menyaksikan satu insiden pelik dimana ada pusaran angin berwarna merah kuning muncul di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba dia dibawa ke satu tempat lain tidak jauh dari rumahnya dan disitu pihak polis telah menangkap ayahnya atas tuduhan menikam ibunya. Barry tidak percaya alasan itu kerana dia sendiri menyaksikan pusaran angin merah kuning itu yang memerangkap ibunya.

Joe dan Iris West 

Sepanjang bapanya dipenjarakan, Barry dibesarkan oleh Detektif Joe West, dia kini sudah bertugas di Jabatan Forensik IPD Central City. Dia menyimpan perasaan pada anak perempuan Joe, iaitu Iris tetapi malu kerana terhutang budi dengan Joe yang membesarkannya.

Satu malam, di makmal Barry telah dipanah petir dan dia turut terkena tumpahan cecair kimia. Dia koma dan sebaik saja sedar, seakan-akan ada kuasa aneh pada dirinya. Dia mampu bergerak dengan pantas, dia juga diserapkan sebagai krew Dr Harrison Wells yang juga idola kepada Barry. Pada malam Barry dipanah petir itu telah terjadi satu letupan besar di STAR Labs dan menyebabkan mereka yang terdedah pada gelombang letupan itu memiliki satu kuasa aneh.

Barry Allen 
Untuk memastikan mereka yang tidak bertanggungjawab membuat onar dengan kuasa-kuasa ajaib itu Dr Harrison telah melatih Barry bagaimana untuk menggunakan kuasanya sebaik yang mungkin. Selain kelajuan, dia juga ada kuasa untuk pulih lebih pantas dari manusia lain.

Di STAR Labs, Barry berkawan dengan Cisco Ramon, seorang pakar teknologi dan Caitlyn Snow, seorang doktor perubatan yang memantau setiap perkembangan Barry. Caitlin ada bertunang dengan Ronnie Raymond, petugas di STAR Labs pada malam kejadian dan dia hilang setelah cuba menenangkan keadaan.

Dr Wells, Cisco & Caitlyn
Eddie Thawne, seorang anggota polis yang baru ditugaskan ke Central City Police Department telah bertemu dengan Iris dan mereka telah menjadi sepasang kekasih. Menyebabkan Barry merasa peluangnya makin tipis. Barry dari masa ke semasa semakin cekap menjadi The Flash setelah di bimbing dan dilatih oleh Dr Harrison Wells, seorang doktor yang lumpuh dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda.

Eddie Thawne


Team Arrow 

Barry aka The Flash juga mendapat bantuan dan latihan dari Green Arrow yang datang dari Starling City jika dia memerlukan bantuan dan sebaliknya. Green Arrow dibantu oleh ,Felicity dibilik operasi, ketika bertempur dia dibantu oleh Arsenal dan Black Canary. Kemudian dia disertai oleh Ray Palmer aka ATOM.
ATOM 
Green Arrow & Arsenal 
Dalam siri ini kita akan dapat mengenalpasti potensi seorang The Flash, dia bukanlah spoil brat dan hanya mampu berlari laju dari superman seperti yang dipaparkan dalam Smallville dimana the Flash dalam dimensi itu ialah Bart Allen, cucu kepada Barry Allen yang merentas masa ke zaman Clark Kent masih remaja.

Dia mampu merentas masa, menghasilkan tembok penghadang ombak yang besar jika dia bergerak dari point A ke point B sepantas yang boleh, menghasilkan kuasa getaran dengan kedua-dua belah tangan nya, mampu menumbangkan metahuman berbadan besi dengan satu tumbukan jika dia bergerak dengan pantas, menumpaskan multiple man pada kelajuan maksimum dan berkebolehan menembusi pagar,ruang kecil dengan melonggarkan partikel badannya ini dibuktikan apabila dia berjaya melepaskan diri dari bom jangka yang dipasang oleh Trickster pada lengannya.

Firestorm
Firestorm, asalnya adalah musuh Barry kemudiannya menjadi rakannya selepas diketahui dia adalah Ronnie Raymond, tunang Caitlyn dan akibat letupan maha hebat itu jasad Ronnie telah bercantum dengan Prof Martin Stein, seorang pakar Nuklear fizik, kebetulan pada malam letupan itu berlaku dia membawa hasil kajian nuklear fiziknya dan akibat nya dia dan ronnie telah bercantum menjadi satu. Untuk memisahkan mereka berdua, satu alat telah dicipta dan akhirnya Caitlyn berjaya bersama dengan Ronnie semula.
Prof Martin Stein


Heat Wave & Captain Cold 
Setiap hero pasti ada musuhnya, The Flash bermusuh dengan Captain Cold, penjenayah yang dikehendaki dan senjata nya ialah Pistol ais yang mampu menumpaskan Barry. Senjata itu asalnya dicipta oleh Cisco sebagai persediaan jika Barry bertindak di luar kawalan. Tetapi dicuri dari STAR Labs, Captain Cold dibantu oleh Heatwave, juga mempunyai pistol api yang direka oleh Cisco, mereka berjaya diberkas oleh Polis dan senjata itu dirampas, tetapi mereka berjaya melarikan diri  dan menculik abang Cisco untuk memaksanya membuat semula senjata yang sama. Golden Glider, adik perempuan nya kemudian menyertai pakatan Captain Cold selepas mendapat senjata pistol emas yang turut dibuat oleh Cisco.
Golden Glider 

Reverse Flash
Tapi musuh paling kuat dan tak dapat dikalahkan oleh The Flash sendiri tentulah Reverse Flash, Reverse Flash adalah musuh Barry Allen dari masa hadapan. Dialah yang menggunakan kelajuan nya nya untuk kembali ke zaman kanak-kanak Barry dan cuba membunuh nya tetapi gagal kerana dihalang Barry dan membunuh ibu nya  kerana rancangan asalnya gagal.

Disebabkan portal kuasanya terhad dan banyak dihabiskan untuk merentas masa, dia gagal kembali ke masa hadapan kerana kehabisan bateri. Pada zaman itu pula teknologi sebegitu belum wujud, jadi Reverse Flash/Eobard Thawne memilih untuk mengambil DNA Dr Harrison Wells menyebabkan dia bertukar rupa menjadi Dr Harrison Wells, menggantikan Dr Wells yang telah mati.

Dr Harrison Wells 
Perancangan Dr Wells/Reverse Flash/Eobard Thawne adalah membangunkan teknologi dan memastikan Barry Allen menjadi The Flash. Dengan itu kelajuan Barry kelak dapat dieksploitasi untuk dia mencapai kelajuan maksima dengan membiarkan Barry berlari di dalam Particle Accelerator yang dibina di dalam STAR Labs supaya dia dapat kembali ke masa hadapan.

Tanda-tanda Dr Wells adalah individu yang aneh adalah apabila rumahnya diserang oleh metahuman, Pied Piper bekas pelatih di STAR Labs. Mereka berasa aneh kerana walaupun berkerusi roda, hasil siasatan Joe dan Cisco membuktikan Dr Wells boleh berdiri dan berjalan seperti manusia biasa. Episod demi episod, mula membongkar siapa sebenarnya Dr Wells dengan dia membunuh sesiapa saja yang cuba menghalang rancangan jahatnya dan eksperimen Gorilla Grood nya diketahui oleh pihak polis.
Eobard Thawne
Tembelangnya mulai pecah apabila Caitlyn,Cisco dan Barry berjaya menceroboh masuk ke dalam bilik rahsia Dr Wells dimana ada server dan berita dari masa hadapan dan disitu juga disimpan kostum Reverse Flash. Rupa-rupanya server itu direka oleh Barry Allen sendiri dimasa hadapan. Dr Wells duduk diatas kerusi roda sepanjang masa bertujuan untuk memastikan bekalan kuasa kelajuan Reverse Flashnya selalu dicas, dia juga telah mendedahkan kepada mereka semua dialah Eobard Thawne, waris Eddy Thawne di masa akan datang. Untuk memastikan Eobard tidak wujud, Eddy telah membunuh diri dan berkorban untuk Barry dan Iris bersama.

Fakta :

* Caitlin Snow dan Cisco Ramon masing-masing mempunyai watak superhero Killer Frost dan Vibe dalam komik DC tetapi tidak ditampilkan dalam siri tv ini. Kerana Killer Frost, adalah antagonis berbeza dengan Vibe yang protagonis. Dikhuatiri Killer Frost mungkin bermusuh dengan tunangnya, Firestorm.

* Bapa Barry, John Wesley Shipp/ Henry Allen pernah berlakon sebagai The Flash dalam siri tv The Flash di era 90an yang tidak mendapat sambutan baik, hanya bersiaran selama semusim

John Henry Shipp / Henry Allen / The Flash 1990


* Brendan Routh/Ray Palmer aka ATOM dahulunya adalah pelakon watak Superman. Filem yang dikeluarkan pada tahun 2006 itu tidak mendapat sambutan baik.


* Robbie Amell / Firestorm adalah sepupu kepada Stephen Amell/ Green Arrow. walaupun rupa mereka sama tetapi mereka bukan adik beradik.

Stephen & Robbie

*   Diggle, orang kanan Green Arrow adalah orang yang sama berperanan sebagai Green Lantern selepas Hal Jordan. Nama sebenarnya adalah John Stewart Diggle.



* Semasa Dr Wells hendak pulang ke masa hadapan, tiba-tiba muncul satu helmet berkepak. Helmet itu adalah kepunyaan Jay Garrick, the Flash yang pertama. Selepas dibeli oleh DC, mereka telah menghasilkan the Flash versi mereka sendiri iaitu kostum merah kuning yang dipakai oleh Barry Allen tetapi masih mengekalkan kuasa kelajuan yang sama.



Jay Garrick 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.