Friday, June 26, 2015

Z Nation Siri TV


Selepas The Flash, aku luangkan masa menonton Z Nation pulak. Z Nation ini dihasilkan oleh The Asylum, sebuah produksi yang dikenali dengan filem-filem bajet rendah dan mockbuster mereka. Ini kali pertama The Asylum menghasilkan siri tv. Seperti biasa, siri tv ini ditayangkan di SyFy.

Z Nation ini dihasilkan selepas drama Walking Dead mendapat rating yang tinggi, jadi untuk memperolehi sedikit publisiti dan tempias dari drama berunsurkan Zombie,apokalips ini pihak Asylum telah menghasilkan sebuah siri tv yang mirip Walking Dead tetapi tidak la terlalu serius.

Dikala setiap episod siri tv yang lain menelan belanja 1 juta US Dollar keatas untuk setiap episod, Z Nation hanya memakan belanja 700 000 Us dollar untuk satu episod. Satu jumlah yang kecil untuk siri tv tetapi agak besar jika dibandingkan dengan filem-filem terbitan Asylum yang biasanya menelan belanja 200-700 ribu untuk 1 filem.

Z Nation ini mengisahkan Murphy, seorang banduan yang dijadikan bahan-bahan eksperimen untuk menguji keberkesanan vaksin. Dari 3 orang yang dipilih hanya dia yang terselamat kerana semasa huru hara terjadi Zombi telah mengganas dan Amerika Syarikat berada dalam darurat.

Murphy yang digelar ' Patient Zero ' telah diselamatkan oleh Leftenan Mark Hammond yang ditugaskan untuk memindahkan dia ke California. Lftn, Hammond terkorban akibat dimakan zombi ketika sampai disebuah sekolah. Jadi tanggungjawab untuk membawa Murphy ke California diserahkan kepada sekumpulan survivor.

Dalam perjalanan mereka ke California,  mereka juga menjumpai kumpulan-kumpulan survivor yang lain tetapi ada mereka yang mempunyai niat serong tersendiri menyebabkan kumpulan ini tidak mahu menyertai mereka. Sepanjang perjalanan ke Pantai Barat itu juga mereka di duga dengan pelbagai halangan, ada yang mahu menarik diri, ada yang terkorban.

Watak-watak utama dalam drama ini terdiri daripada

Murphy " Patient Zero "
Bekas banduan yang terselamat dari menjadi mangsa zombi hasil keberkesanan vaksin yang disuntik pada badannya. Dia boleh memerintah zombi dan tidak menjadi mangsa buruan zombi lain kerana separuh daripadanya juga zombi. Jika dia digigit zombi hanya kesan parut saja yang ada tetapi tidak mampu menjangkitinya.

Warren, menjadi ketua kumpulan selepas kematian Garnett. Pakar bermain senjata dan dalam masa yang sama cuba menjejaki suaminya.

Sarjan Charles Garnett, bekas anggota tentera. Dia mengetuai misi kumpulan itu untuk menghantar Murphy ke barat Amerika. Terkorban akibat cuma menyelamatkan kumpulan itu dari menjadi mangsa serangan sebuah kumpulan ajaran sesat.

Leftenan Mark Hammond, asalnya ditugaskan untuk membawa Murphy ke Barat Amerika tetapi terkorban di sebuah sekolah dimana tempat dia bertemu kumpulan itu .

Citizen Z, anggota tentera yang bertugas di sebuah kawasan rahsia di kutub utara. Dia memberi maklumat dan panduan kepada kumpulan itu untuk pergi ke California. Berhubung dengan kumpulan itu dari gelombang radio yang diterima.

Cassandra, gadis misteri yang ditemui terkurung di sebuah sangkar. Kemudian menjadi teman baik 10K. Dahulunya pernah menjadi hamba kumpulan kanibal.

 Doc, menggelar dirinya doktor kerana satu-satunya individu yang mahir tentang rawatan dan ubat dalam kumpulan itu. 

 
10K. menggelarkan diri nya 10K kerana mahu memenuhi sasaran membunuh 10 ribu zombi. Ahli paling muda dalam kumpulan itu, bertindak sebagai sniper dalam kumpulan itu, zombi pertama yang dibunuh ialah bapa nya.

 Mack, kekasih kepada Addy. Asalnya bergerak bersama yang lain dalam satu kumpulan tetapi kemudian dia dan Addy memilih haluan mereka sendiri. 


 Addy, pasangan kepada Mack. Ada deria ke 6 dimana dia sering terbayang kejadian yang bakal berlaku di masa depan. 








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.