Tuesday, December 6, 2011

david jason : only fools and horsesguards

aku mula tengok only fools and horses ni masa aku form 5 dan aku terpaksa memahami dan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh del boy dan rodney -adik beradik trotters dalam sitkom tu pasal slank british diaorang terlalu pekat dan takde subtitles. del boy nama sebenarnya david johnson kini kembali melakonkan watak komedi iaitu sebagai seorang pengawal istana di istana buckingham,england dan dia berharap watak lakonan nya itu tidak menyakitkan hati queen elizabeth. itu adalah watak komedi pertama nya sejak sitkom only fool and horses.
ketika melakonkan watak del boy dalam komedi only fools and horses
dalam siri komedi itu david akan melakonkan watak pengawal di raja yang menyelamatkan nyawa permaisuri nya pada hari perasmian parlimen.david melakonkan watak kapten Guy Hubble bekas pengawal yang pernah berkhidmat di ireland utara dan cyprus kapten hubble adalah seorang yang sering menimbulkan masalah setiap kali menyelesaikan tugasannya kapten hubble juga selalu membuatkan majikannya berasa gering(marah) dengan tindakannya dan akan memanggil kapt hubble dan bertanyakan apa yang membuatkan dia teruja dengan khidmat kapten hubble.david pernah mengadap permaisuri pada 2005 untuk penganugerahan gelaran SIR.siri komedi itu akan bersiaran pada boxing day di BBC1.

tidur di kandang keldai pada caj 12 pound semalam

abbi broadbent, menantu kepada fiona turton
jika nak menyambut krimas dalam suasana dahulu kala,(macam nak sambut raya aidilfitiri zaman dulu la). fiona turton 54, sanggup menyewakan kandang keldai nya kepada sesiapa yang berminat merasai suasana krismas zaman dahulu dan macam mana keadaan nabi isa dilahirkan (dikatakan nabi isa dilahirkan di kandang kuda) boleh la ke south down,sussex,England.
antara kemudahan disediakan ialah katil beralaskan jerami,bangsal itu telah dibina sejak zaman victoria lagi dan masih mengekalkan seni bina asalnya. tapi kemudahan moden juga disediakan seperti lampu,alat pemanas,wifi,dan item unuk membancuh teh.tetamu juga boleh menyewa kostum pengembala seperti dipakai jesus,diberi tuala mandi dan diberi ceramah krismas secara percuma.
fiona dan suaminya adalah pasangan doktor dan mereka turut beramal dengan cara ini untuk mengumpul dana bagi kajian leukimia & lymphoma.idea ini tercetus setelah makcik kepada menantu mereka abbi broadbent, meninggal kerana leukimia.

Monday, December 5, 2011

FB seorang lelaki

bukan nak menjadi mat bunga atau nak menyanyi tapi lirik diari seorang lelaki - pretty ugly yang diubah mengikut keadaan semasa.

dari semalam ku tunggu
balasan  mesej dari FB mu
ku tag kan gambar kita
kenangan  kita berdua

ku komen status berulang
ignore segala wall to wall
log out yang kau pinta

benar dikau ku cinta
setiap detik ku mention
kau sering perhati gambar ku
sambil on line FB mu...
tak ingin aku lupa
kenangan yang tercipta
buatkan aku FB update setiap hari

terjaga dari tidur ku
terima BBM dari jauh
katakan saja kau rindu
6 bulan ku hilang arah
setting masa pukul berapa
malam ini kan kita bertemu
video calling di FB

benar dikau ku cinta
setiap detik ku mention
kau sering perhati gambar ku
sambil on line FB mu...
tak ingin aku lupa
kenangan yang tercipta
buatkan aku FB update setiap hari

married to,bagai adam dan hawa
in a relationship,separate
buat kita sempurna
janganlah lah dipendam
luah kan di wall FB
jika ada keraguan di hati
sila ask question di FB

benar dikau ku cinta
setiap detik ku mention
kau sering perhati gambar ku
sambil on line FB mu...

tak ingin aku lupa
kenangan yang tercipta
buatkan aku FB update setiap hari

Saturday, December 3, 2011

pemba flying fox

 bukan musang tapi kelawar. diberi nama pemba kerana berasal dari pulau pemba di tanzania. sungguh menggerunkan dengan saiz nya yang besar dan kepala seperti musang.cuma bernasib baik kelawar spesies ini memakan buah dan tidak menghisap darah.lebar sayap nya ialah 6 kaki dan berat badan 1 kilogram. nama lain bagi spesies ni ialah malayan flying fox dalam bahasa melayunya dipanggil KLUANG.

user interface baru youtube


semalam youtube melancarkan user interface terbaru mereka dengan latar belakang yang gelap berbeza dengan yang sebelum ini berwarna putih.

Friday, December 2, 2011

10 ciptaan paling teruk

10.new coke
coca-cola membuat keputusan paling memalukan dalam sejarah mereka dengan menggantikan perisa coca-cola original dengan perisa new coke yang lebih manis.sejak dilancarkan pihak coca-cola menerima banyak panggilan telefon dan surat  dari peminat mereka yang tidak menggemari perisa baru itu dan coca-cola hilang pengaruhnya dalam industri minuman ringan dan mereka menarik balik perisa new coke dari pasaran dan digantikan dengan perisa asal.sejak itu mereka berjaya menguasai industri minuman berkarbonat


9.foursquare
laman sosial ni membolehkan  anda menyatakan di  mana anda berada melalu sistem GPS di handphone anda.dan banyak lagi yang dijangka menyertai laman sosial ni sehingga menyebabkan pengguna nya berasa malas untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan & beriadah.


8.segway
ada yang mengatakan dean kamen telah mencipta sesuatu yang me-revolusi pengangkutan tetapi sesiapa yang menaiki nya kelihatan nerd dan langsung tidak membawa perubahan.jualan nya pula rendah tidak seperti yang dijangka oleh dean.


7.spa haiwan peliharaan 
 kepada sesiapa yang malas dan tiada masa memandikan dan mengeringkan haiwan peliharaan mereka ini lah cara penyelesaiannya.

6.tandas berbayar
pada pertengahan 70 an tandas berbayar di amerika telah dimansuhkan pada 2008 tandas itu dibina buat pertama kali nya di new york.dengan bayaran 25 sen kita diberi tempoh 15 minit didalamnya  bersamaan 24 dolar untuk sehari.yang lucu nya jika melebihi tempoh 15 minit pintu tandas akan terbuka secara automaik dan mendedahkan pengguna di dalamnya.

5.gasoline ber-plumbum
sudah dihentikan pengeluarannya sejak 1968 tetapi hampir 60 tahun bahaya nya yang mengandungi plumbum tidak  diendahkan oleh syarikat minyak.
 4. pemeriksa senyuman jepun
diperkenalkan pada 2009 untuk mengukur meter keikhlasan senyuman setiap pekerja keihin elektrik express railway.
3.microsoft BOB
ikon berbentk bulat dengan memakai cermin mata ini antara program yang paling teruk pernah dihasilkan pada 1995 bertujuan lebih mesra pengguna menggantikan windows 3.1.kemudiannya menjadi kegagalan terbesar dengan OS nya dijual pada harga 100 us dolar dan menggunakan 8mb ram pada 1995!

2. phone fingers
bertujuan untuk memastikan skrin Iphone tidak comot hasil sentuhan cap jari kita.tetapi agak rimas jika dipakai terlalu lama kerana ketat.
1.spam E-mail
spam e-mail mendatangkan kos 100 bilion pada 2007 dan menjahanamkan ISP internet service provider.

akianne gadis berusia 16 tahun berbakat dalam lukisan

 dia mula melukis sejak berumur 4 tahun dan hasil lukisannya semakin menakjubkan bila umurnya semakin meningkat dan karya nya setanding dengan pelukis profesional.dia juga telah menarik perhatian oprah winfrey sehingga pernah ditemu ramah oleh oprah dan rancangan tv yang lain