Sunday, April 8, 2012

4 minggu tak makan nasik , aku masih hidup


 tanpa nasik aku boleh lagi buat kerja berat dan tanpa nasik aku tak perut aku memerlukan banyak masa untuk menghadam makanan yan baru dimakan.pada aku tanpa nasi tak boleh hidup adalah pepatah yang tak logik.tuhan ciptakan banyak tumbuhan dan buah buahan yang boleh dijadikan makanan kenapa tak makan je benda lain??

dan dengan gaya hidup tak makan nasik ni jugak membantu aku untuk mengadaptasi kan selera perut dan lidah aku dengan makanan luar. pada aku nasik tu banyak karbohidrat dan setakat makan lauk,sup sudah memadai.
                                     
itu bukan masalah,aku tengok nasik pun tak selera dah sekarang ni.sebelum ni makan nasik menyebabkan aku tak mudah kenyang.bila dah makan nasik aku nak makan mee lagi.sejak makan lauk ni aku cepat kenyang.dan berharap gaya hidup macam ni berterusan sampai bila-bila dan berat badan aku kembali normal.

ya,nasi menjadi punca berat badan aku naik secara mendadak.jadi itulah punca kenapa aku berhenti dari makan nasik.mak aku memang masak nasik pasal kat rumah aku sorang je tak makan nasik,aku setakat makan lauk saje lah.kat kafe tempat kerja plak aku makan mee saje time rehat kalau takde mee, aku makan lauk je lah.

rambut baru dan danny worsnop

 
atas permintaan undang-undang aku kembali berambut pendek. genap sebulan 13 hari aku gunting rambut kini aku berambut baru.kos menelan belanja sebanyak 7 ringgit.biasanya aku akan gunting rambut bila dah genap 2 bulan tetapi belum genap 2 bulan aku terpaksa menggunting rambut atas faktor kerja aku sebagai server dan aku terpaksa akur.

sebelum ni kat FO dan housekeeping aku relax je berambut tebal dan aku tak pernah ditegur tentang rambut aku.dan ini lah harga sebuah pengorbanan walaupun antara benda yang paling aku tak suka ialah rambut aku digunting.
                                   
bagi aku bila rambut aku digunting tak sesuai la bentuk muka dan gaya aku dengan rambut pendek.aku lebih sesuai dengan rambut lebat dan panjang paras leher.dan untuk kali ni aku mengambil contoh rambut pendek danny worsnop vokalis asking alexandria.dalam masa 2 minggu lagi rambut aku akan jadi macam rambut danny.

3 minggu dalam neraka

hari terakhir di banquet ????


aku tak pasti pasal kalau bizi mesti aku kena naik bankuet punya.aku jugak cipta rekod setakat ni.lawrence trainee ICHM kena bankuet 4 hari, ame seminggu, aku pulak 3 minggu !!
dalam tempoh 2 minggu terawal memang aku pressure sebab target aku asalnya nak masuk coffee house dan tanpa diduga awal2 lagi aku dah masuk bankuet.

cakap pasal bankuet ni simpang malaikat 44 aku! dah la kerja tak menentu.selama 3 bulan aku praktikal kat vistana KL ni syif kerja aku hanya 8 jam.bila dah masuk bankuet aku kena culture shock, kerja sampai 12 jam,16 jam sehari.dahtu kena kerja dengan sorang akak yang kuat membebel dan kelam kabut. aku cukup benci kerja dengan orang yang kelam kabut ni macam dilanda kiamat pulak.
antara perkara kontroversi yang aku cetuskan ialah aku berani mantul@ kutuk kapten itu sebab aku dah pressure kena suruh itu ini dan kapten plak jenis takde budi bahasa dahtu tak boleh tengok orang rehat.sampai bos pun tanya aku kenapa aku macam tu,aku cerita la kat bos yang selama aku 3 bulan kat sini aku tak pernah melawan sebarang arahan dari senior,duty manager,supervisor itu pasal diorang tu tak terlalu mengerah keringat aku dan diorang bagi arahan dengan cakap elok-elok tak perlu la nak maki hamun.

nasib baik bos pun ok.jadi dalam hal ni aku selamat pasal bila aku memberontak adalah sebabnya dan aku takkan memberontak tanpa alasan kukuh.dah masuk minggu ke 3 aku mula bekerja seorang diri dan handle satu majlis seminar sebanyak 48 pax.dan untuk seminar 2 hari tu kapten aku tak terima sebarang aduan dari urusetia tentang kerja-kerja aku dan aku berjaya lulus ujian kerja seorang diri tu.hari pertama memang penat dengan aku kena pick up food sorang-sorang,kena clear,carik serving gear sendiri dan serve sendiri.tapi aku tak pressure pasal semua benda aku handle sendiri dan kapten tak kacau kerja-kerja aku pun.

minggu ke3 plak tak bizi macam minggu pertama dan kedua jadi aku lebih relaks disitu dan segala urusan berjalan lancar.yang ok bankuet ni aku tak payah nak amik order,aku cuma pickup food je dan serve.yang tak seronoknya, aku balek rumah cuma untuk tidor saja dan takde masa nak update blog.

mentari muncul lagi

Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya


Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana

Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangka

Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita

Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta
Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

Wednesday, April 4, 2012

Oktober 2010


Bulan 10.satu bulan sejarah to me.coz bulan ni aku start kenal dia n ‘in a relationship’ dgn dia.hehe..happy nya terasa bila bulan 10 nak dtg.wlaupun ada tercoret sejarah hitam dalam bulan tu but still aku ingat sejarah menarik aku.which is aku jumpa org y totally different dr smua y aku kenal bfor2 ni.aku sayang sangat lelaki ni.walau apa jadi,walau aku ucapkan kata2 benci kat dia,aku tetap tak boleh lupa dia. Orang nya simple,matured, cool, patient.aku respect dia.dia mmg cukup sabar dgn kerenah aku.mmg selalu aku marah dia,bila aku cuba nak elak dr dia, dia x penah marah aku. Sayang, I love you. Aku nak hubungan ni berlanjutan sbb hanya dia y boleh timbulkan rasa kagum n respek aku. :)

Im happy with you.n my niece will happy too.:)
 

Pelengkap Hidupku - Eren Ft. Romi

3 words that I hiding inside. :)

I never forget you.