Monday, March 5, 2012

ilustrasi yang cantik dari MAX KOSTENKO

agak kelakar bila raksaksa mengganas tapi superhero boleh tidor dan berak macam takde apa apa yang berlaku.



Friday, March 2, 2012

memoir hujan

 selebat hujan yang turun mencurah membasahi bumi tidak selebat hujan di dalam jiwaku
sehebat halilintar membelah langit yang kelabu
tak sepanas petir yang membakar hidup ku
hujan di antara air mata aku
menitis laju bersama pilu-pilu

kegelisahan di dalam kehujanan meniti hujan lebat ke seorangan
sebuah kesedihan yang tiada hentian
sendu mengiringi perjalanan
sebuah penantian dan kerinduan menjadi  debu berterbangan

sesak nafas ku lemah jasad ku kabur pandangan aku
terasa derita diriku kerna tuduhan itu
perjalananku memenuhi tuntutan peng-halau-an
walaupun aku ingin bersama untuk detik yang lebih lama


kepada kau yang tersayang,kau yang aku kenang
kesilapan ku ini tak dirancang
usah bertanya mengapa aku
memberi kemaafan kepada mu
kerana waktu berputaran bimbang tak ada kesempatan
melahirkan kerinduan dan penantian terhadap mu

demi sebuah kesalahan yang amat memeritkan
aku yang tidak sempurna
hanya mencuba sedaya upaya
bersamanya ku memohon keampunan
melaluinya ku pohon kemaafan dari mu
andainya aku punya sellfon baru
pasti ku ingin tak mengulangi semua

 bersamanya ku memohon keredhaan melaluinya ku beri kemaafaan padamu
andai aku punya kamu
masih ku ingin selalu bersama
abadikan saja kemaafan ku di ingatan
kemaafan ku yang mutakhir

Wednesday, February 29, 2012

29 februari

aku tak tau mengapa 29 februari diperkenalkan dan kenapa februari hanya ada 28 hari mengikut kalendar 365 hari.29 februari hanya muncul 4 tahun sekali entah sape yang mencipta 29 februari ni masih menjadi misteri kepada aku.tahun 2012 juga dipanggi tahun lompat kerana mempunyai 366 hari setahun kerana sudah termasuk 29 februari yang hanya muncul 4 tahun sekali. tetapi hingga ke hari ini 29 februari masih tak memberi sebarang makna dan sejarah kepada time line kehidupan aku.

dan aku berharap di masa akan datang 29 februari akan memberi makna kerana perlu menunggu 4 tahun sekali untuk tahun ni ada.antara permintaan aku ialah aku nak anak kembar 3 aku dilahirkan pada tarikh 29 februari.

Sunday, February 26, 2012

rekaan pagar yang LOL

tengok betul-betul

 takde shape lain ke?
gay ke menganjing ??

nama nama ganjil manusia

perempuan ni mengubah namanya sebagai sokongan kempen PETA menghentikan jualan foie gras (sejenis makanan yang dibuat dari hati itik atau angsa ) di fortnum & mason.

harry potter yang sebenarnya tak popular

james bond identiti dibongkar kepada semua!

nama terpanjang di brazil dan mungkin juga di dunia.tak di ketahui apakah nick name si pemilik

                                       
disney land ??

the wizard ?? ahli sihir !

jonny walker ?? terlalu taksub dengan wiski agaknya

lord voldemort ??

tension


minggu ni serba tak kena dengan aku.ada-ada je masalah melanda.tension di tempat kerja,aku langsung takde mood nak kerja sejak masuk laundry ni.sejak keja 11malam-7 pagi hubungan aku dengan dia plak semakin renggang bukan aku tak sayang tapi keadaan memaksa.kalau dulu time cuti mid sem aku available 24 jam kalau nak mesej sekarang jangan kata nak mesej nak tidur pun tak boleh.

masalah utama melanda ialah aku tak kenal sape pun kat departmen laundry ni dan orang sini pun macam tak suka dengan kehadiran aku.aku boleh terima korang tak suka tapi tunggu lah seminggu ni je aku kat sini isnin nanti aku dah tak tengok muka korang lagi la.korang kena ingat korang tu part time je kat vistana ni, staff permanent yang lain semua ok dengan aku.dari aku room attendant hinggalah ke Public area semuanya boleh jadi kawan dengan aku walaupun tak pernah bertegur sapa dengan diorang sebelum tu.


sejak minggu ni lah aku langsung tak semangat nak kerja dah la bad communication dengan diorang dahtu plak aku masih blur pasal kerja aku.saat ni paling teruk dalam hidup aku dah la tension dengan dia bak kata the a.c.a.b
hingga ku tertanya entah di mana salah dan silapnya 
adakah engkau hanya bersandiwara membiarku sengsara
,tension plak dengan kerja aduh ! gawat ni sampai bile otak aku boleh bertahan dengan masalah ni.tiap kali masuk kerja aku rasa macam bukan dalam hotel tu dah la orang laundry ni buat hal sendiri nak lepak dan borak-borak dengan diorang pun macam takde isi.baru aku rasa betapa berharga nya masa aku kerja public area dengan taufik,lan,razif,sudin dulu walaupun baru kenal tapi aku cepat kamcing dengan diorang rasa macam nak cancel je laundry ni nak je aku belajar water jet dan asah kemahiran buffing machine aku ni  dengan budak2 PA ni.selama aku praktikal ni aku takde kawan rapat selain ame.

sampai bila la harus aku berdepan situasi getir ni.minggu depan dah mula buat order taker harap2 normal balek la hidup aku bile berjumpa dengan staff permanent hotel ni yang hargai dan sedar akan kewujudan aku.aku dapat rasakan perbezaan attitude part time staff laundry yang layan aku macam sampah takde customer service berbanding permanent staff yang ada budi bahasa dan senyum walaupun tak pernah bertegur sapa.
minggu ni plak aku demam teruk,batuk tak henti-henti celaka punya demam pasal demam la aku tak dapat mengakhiri PA aku dengan happy ending.di mana aku kerja sejam dengan razif tapi rehat 2 jam fuh! sempoi mamat ni walaupun first time aku jumpa dia dulu nampak macam garang tapi kelakar tanpa dia tak seronok la hari-hari kitorang .hari tu jugak last aku ber-partner dengan taufik.tak dapat lagi la mengular dengan dia pegi minum kat mamak ghulam belakang vistana tu.kalau dah selalu minum nescafe & teh tarik 3 in 1 kat kafe vistana tu muak dan loya jugak asyik mengadap air sama je tiap hari.

Saturday, February 25, 2012

kenangan zaman 90 an

 

aku sentiasa merindui zaman 90 an dan berharap ada mesin masa yang membawa aku kembali ke zaman tu.yang aku tau pasal zaman 90 an ialah fesyen zaman tu tak kira la rock,hiphop,mod ke cutting baju dan seluar semuanya besar.dan bukan macam zaman sekarang dimana warna hitam dan kelabu jadi kegemaran penggemar fesyen,dekad tu baju semua warna warni.cantik sungguh zaman tu pada pandangan aku yang melalui zaman remaja pertengahan dekad 2000 an.

era 90 an jugak bermula era dimana boyband jadi ikon macam backstreet boys, Nsync jugak jadi kegilaan kerana justin timberlake yang jambu.kalau dilihat wajah justin masa tu dan sekarang jauh sangat bezanya.setiap kali tengok gambar-gambar zaman 90 an aku rasa wujud satu nilai kenangan dalam gambar tu bukan kerana gambar nya yang HD tapi kualiti nya yang tidak diubah atau diedit dan bila dilihat pada masa ini dah macam nostalgia yang lama walaupun jarak dekad 90 an dengan zaman sekarang hanyalah 22 tahun ( lama jugak !)

                                     
drama atau sitkom zaman tu jugak satu nostalgia bila semuanya lokasi nya dibuat dalam studio dan memaparkan ragam sebuah keluarga di mana seorang ibu pening menguruskan kerenah anak-anaknya dan bapa pula seperti menganggap kelakuan nakal si anak itu satu lumrah seorang kanak-kanak.juga setiap kali si ayah tersedar silapnya akan ada suara latar ketawa yang berdekah-dekah tak tahu sama ada suara audiens atau speaker.

remaja di zaman 90 adalah kenangan yang tak dapat dilupakan.walaupun masa tu takde teknologi canggih,takde facebook,twitter,blogspot macam sekarang tapi diorang masih lagi enjoy dengan skateboard,hip hop,b boy,bmx dan muzik rock macam grunge,metal,brit rock,pop punk,skate punk. jadi tak hairanlah remaja era aku ni dikutuk oleh  nami (teh tarik gelas besar.blogspot) sebagai tak kreatif kerana generasi z ni hanya menerima segala kemudahan dan teknologi yang diberikan kepada mereka tanpa cuba mencipta atau membuat trend mereka sendiri seperti yang dibuat remaja 90 an dan generasi sebelumnya.generasi 60 berbangga dengan hippies mereka,70 dengan budaya punk,80 dengan rock and roll, dan 90 an dengan X games. habis generasi aku ni hendak tunjukkan apa kepada generasi akan datang ?? aku pun mula berfikir apa yang harus aku banggakan kepada generasi pelapis aku kelak.
bila tengok gambar selebriti zaman tu terasa macam di dunia kanak- kanak pun ade.dengan fesyen yang berwarna warni macam kanak-kanak tadika . tak banyak yang boleh aku ulas pasal apa yang jadi kegilaan gadis-gadis zaman tu pasal aku takde kakak yang melalui zaman remaja masa tu
 
.yang aku tau aaron carter, nick carter,justin timberlake,brian mcfadden,ronan keating,adik-beradik moffats,gil ofarim,adik beradik hanson, dan sekutu boy band yang lain menjadi kegilaan dan menjadi poster yang wajib ditampal di dinding bilik. aku mengaku yang aku tak selera pun dengan awek zaman 90 pasal diorang tak cantik dan fesyen diorang tak mampu menundukkan aku.bukan aku tak bernafsu tapi aku cerewat dalam memilih pasangan,
tak selera langsung aku.agak-agaknya kalau aku remaja zaman ni tak kahwin atau jadi forever alone la
rasa-rasanya kalau zaman tu aku pakai seluar skinny atau straight cut dah lama aku kena pulau pasal tak ikut trend,zaman tu pakai seluar jeans baggie atau besar di bahagian pinggang,paha dan kaki adalah satu fenomena di kalangan lelaki.tak kira la hip hop,rock ke tetap kena pakai jugak. baju plak jangan harap la nak pakai baju yang ketat dan menampakkan susuk badan macam jual kat butik tu.baju t shirt masa tu kena besar,lengan pulak kena lebih siku baru nampak cool.kalau tinggi dan dada luas ok la,tapi kalau pendek dan badan bersaiz S & M pakai baju besar memang nampak macam budak kecik la walaupun umur 16-18 tahun. hahaha kelakar la zaman tu.kalau takde skate,basketball tak macho la.zaman tu popular dengan istilah GENERASI X.

                                                  
sekarang ni kalau duduk lepak rumah je sepanjang hari orang tak kisah la.tapi zaman tu kalau lepak rumah tak keluar petang-petang kena label nerd la pulak.ye la pasal zaman tu hiburan terlalu terhad nak tengok tv 1 & 2 ,tv 3, metrovision(sekarang metrovision dah takde) je la. kalau kaya sikit boleh la langgan mega tv.kalau terlebih kaya langgan astro la,jangan main-main bil astro masa tu beribu jugak la sebulan bukan beratus-ratus macam sekarang.kalau dah bosan tengok tv tengok je la video tape.masa tu movie dalam format cd tak banyak di keluarkan.

penat aku bercerita.ni sikit je ni.banyak lagi yang aku tak tau