Mad Max yang terbaru diterbitkan selepas 30 tahun ini menampilkan Tom Hardy sebagai Max, menggantikan Mel Gibson yang kini tidak lagi aktif berlakon lebih aktif sebagai produser. Ramai menjangka kan Mad Max ini akan memulakan perjalanan baru selepas Mad Max Beyond Thunderdome dulu dia membawa sekumpulan kanak-kanak kembali ke bandaraya Sydney yang sudah menjadi padang jarak padang tekukur.
Tetapi sangkaan itu meleset kerana MMFR ini diibaratkan gabungan Mad Max The Road Warrior & Beyond The Thunderdome. Sekaligus itu menjadi penyebab kenapa kutipan tiket ini hanya meraih 368 juta sahaja dikala filem-filem blockbuster lain mampu meraih 500 juta kutipan buat masa ini.
Agak ketara kesan penggabungan 2 edisi itu yang dikitar semula untuk menjadi edisi Fury Road ini. Dalam Road Warrior, Max membantu sekumpulan komuniti kecil yang diancam oleh penjenayah yang sentiasa cuba menceroboh masuk ke kawasan tapak perkhemahan mereka untuk mengambil petrol. Max berkorban dengan membawa keluar tangki petrol yang sebenarnya diisi dengan pasir untuk mengalih perhatian para penjenayah bermotosikal. Rancangan Max berjaya dan penduduk itu berjaya berhijrah dengan selamat.
Mad Max Beyond The Thunderdorm pula Max yang masuk ke dalam Thunderdorm dimana sumber tenaga daripada najis babi & air minuman dikawal pihak pemerintah. Menyebabkan ramai penduduk di dalam Thunderdome itu bergelut untuk hidup. Unsur-unsur dari 2 filem terdahulu ini digabungkan lantas menjadikan Mad Max Fury Road ini.
Mad Max Fury Road 2015
Max ditangkap oleh War Boys, budak-budak suruhan Immortan Joe, diktator bertopeng yang memerintah Joe Citadel, sebuah kota yang mana penduduknya dikawal dari segi mental dan fizikal. Max dijadikan beg darah untuk seorang budak perang bernama Nux.
Max cuba melarikan diri tetapi gagal kerana binaan kota Joe Citadel yang rumit dan tiada jalan keluar yang selamat. Sehinggalah satu hari dimana Furiosa, orang kanan Joe ditugaskan untuk membawa treler pergi ke bandar berdekatan untuk mengisi petrol tetapi dia ingkar dengan membawa trak itu pergi ke tempat lain, kampung asalnya Green Place, sebuah daerah yang diibaratkan bagai syurga kerana dipenuhi tumbuhan hijau dan pemandangan indah.
Berang dengan tindakan Furiosa itu, Joe telah berkomplot dengan konco-konconya dari bandar berdekatan dan budak perangnya untuk memburu Furiosa. Max yang dibawa sekali sebagai beg darah Nux turut terlibat dalam misi itu dan hampir terkorban kerana ribut pasir, mujurlah dia dan Nux selamat. Max menemui Furiosa dan isteri-isteri Joe yang disorokkan nya dalam treler itu. Max berjaya bebas dari menjadi hamba Nux dan merampas treler itu. Tetapi gagal kerana ada suis pemati dalam trak itu.
Mereka pun memulakan perjalanan ke Green Place, berang dengan kehilangan anggotanya Immortan Joe sendiri turun mengetuai angkatan budak perang nya memburu Furiosa, Nux yang ditemui tersadai gurun itu dijadikan petunjuk untuk memburu Furiosa. Salah seorang isteri Furiosa terkorban dalam perjalanan itu, Nux yang asalnya taat kepada Immortan Joe akhirnya berpaling tadah dengan menyertai Furiosa.
Setibanya di Green Place, semuanya sudah berubah dan berbeza sama sekali dari apa yang dilihat nya buat kali terakhir dulu. Hanya tinggal sekumpulan wanita tua yang menghuni kawasan itu. Rupa-rupanya kawasan paya yang mereka lalui sebelum itu adalah Green Place yang kini hanya tinggal padang jarak padang tekukur. Mereka pun berpakat untuk mencari penempatan baru, tetapi Max tidak setuju dan memilih untuk kembali ke Joe Citadel yang sudah pun mempunyai apa yang mereka inginkan.
Kumpulan itu pun berpatah balik ke Joe Citadel tetapi perlu berhadapan dengan rombongan Immortan Joe dari arah bertentangan. Dalam situasi getir itu para wanita tua itu dan Nux terkorban akibat bertempur dengan bala tentera Immortan Joe, yang turut terbunuh dalam pertempuran itu. Max dan yang lain-lain berjaya kembali ke Joe Citadel dan menayangkan kepala Immortan Joe, bukti merekalah pemerintah baru Joe Citadel.
Wednesday, August 19, 2015
Tuesday, August 18, 2015
Filem Hugo
Hugo, seorang anak yatim piatu tinggal di stesen kereta api di tengah bandar Paris. Dia tidak ke sekolah kerana pakcik nya tidak mahu menghantar dia ke sana, Hugo dijaga oleh pakciknya kerana dia tiada waris lain yang masih hidup setelah bapa nya meninggal dunia kerana terkorban dalam kebakaran gudang tempat dia bekerja.
Tugas harian Hugo ialah menjaga waktu menara jam di tengah bandaraya Paris dan juga dimana terletaknya stesen keretapi. Pada waktu itu jika kanak-kanak sebaya Hugo jikalau mereka ditangkap kerana merayau-rayau & mencuri mereka akan dihantar ke rumah anak yatim. Dia tidak mahu begitu, jadi Hugo yang sering mencuri roti dan susu dari kedai bakeri di stesen itu sering melarikan diri menggunakan saluran udara yang hanya mampu memuatkan saiz tubuhnya.
Disebabkan dia masih budak bawah umur, sebenarnya Hugo dilarang untuk bekerja di situ. Pakcik nya yang kaki mabuk dan tidak bertanggungjawab itu sering mengingatkan Hugo supaya berhati-hati agar tidak ditangkap oleh Ketua Pengawal di stesen itu.
Ada sebuah kedai menjual barang mainan kanak-kanak di stesen itu, Hugo merancang untuk mencuri alat ganti mekanikal dari mainan itu untuk menyiapkan sebuah robot mekanikan diberi nama, Automaton yang mampu melukis yang di bawa pulang dari muzium tempat mendiang bapanya bekerja. Disebabkan bapanya tidak mampu membeli alat ganti itu, projek robot itu gagal disiapkan. Oleh kerana itu, Hugo sentiasa cuba menantikan masa yang sesuai untuk mencuri mainan dari kedai lelaki tua itu. Akhirnya dia ditangkap tetapi dilepaskan kerana menyerahkan sebuah buku blue print manual tentang cara melengkapkan pemasangan robot itu.
Hugo cuba meminta supaya dipulangkan buku manual pemasangan robot itu tetapi buku itu dibakar oleh lelaki tua itu, Papa George. Hugo berkawan dengan Isabelle, budak perempuan yang dijaga oleh Papa George dan isterinya Mama Jeanne.
Jeanne rupa-rupanya memiliki satu rantai yang mempunyai kunci untuk menghidupkan automaton. Automaton mampu melukis adegan-adegan filem dan itu membawa kepada penemuan lukisan yang sama tersimpan kemas di bilik papa George. Papa George yang berang dengan tindakan Hugo itu memarahinya. Tetapi Isabelle dan Hugo masih tidak berputus asa untuk mengetahui sejarah-sejarah awal dia.
Mereka pergi ke muzium dan disitu mereka terjumpa dengan seorang peminat filem-filem lama karya Papa George, Rene Tabart. Dari Rene segala kisah lampau tentang dia terbongkar, Papa George satu ketika dulu adalah seorang karyawan filem, dikala komputer belum dicipta dia sudah menghasilkan imej-imej khas menggunakan kreativiti nya sendiri. Tetapi itu semua gagal bertahan lama kerana krisis perang dunia pertama, gulungan filem-filem miliknya di proses untuk dijadikan tumit kasut, dan dia dilanda kemiskinan.
Kesan daripada itu banyak karya filem milik Papa George tak dapat dipelihara dan sedikit saja yang sempat disimpan untuk tatapan generasi masa kini. Sementara itu pacik Hugo ditemui mati di tebing sungai kerana masalah alkohol. Lantas mendatangkan rasa kekeliruan kepada Ketua Inspektor di stesen keretapi itu siapa yang menggendalikan waktu di menara jam itu. Hugo yang cuba melarikan terjatuh ke dalam laluan kereta api tetapi diselamatkan oleh Inspektor Gustave untuk dihantar ke rumah anak yatim. Mujur Papa George sempat datang dan mendakwa Hugo itu anaknya.
Di penghujung cerita mereka dijemput ke majlis gilang gemilang dan Papa George diberikan anugerah atas jasanya dalam industri perfileman.
* ini adalah kisah benar tentang George Melies, seorang pembuat filem yang tersohor dalam sejarah perfileman dunia dan Perancis. Karya nya yang dianggap sebagai avant garde ialah A Trip To Moon dan The Impossible Voyage.

![]() |
George Melies |
Friday, August 14, 2015
Poster Filem Melayu Paling Lucu 2015
Filem Pontianak Menangis menjadi bahan ketawa di media sosial, bukan kerana filemnya tetapi poster nya. Poster filem ini menampilkan terlalu ramai pelakon walaupun rata-rata pelakon dalam filem ini bukanlah pelakon ternama mahupun mempunyai kualiti lakonan yang baik. Lagi teruk, rata-rata pelakon dalam filem ini hanyalah pelakon tempelan saja.
Sebanyak 14 orang pelakon menghiasi poster filem ini, ini masih belum mampu menandingi poster filem Oh Mak Kau yang mempunyai 21 orang pelakon di poster.
Sebanyak 14 orang pelakon menghiasi poster filem ini, ini masih belum mampu menandingi poster filem Oh Mak Kau yang mempunyai 21 orang pelakon di poster.

Friday, July 3, 2015
Ah Boys To Men Bahagian 3
ABTM bahagian 3 ini spin-off kepada ABTM 1 & 2 sebelum ini. Dalam filem ini mereka menjalani khidmat negara/kerah tenaga/ National Service di tempat yang sama iaitu Pulau Tekong. Masih mengekalkan pelakon yang sama cuma sedikit rombakan, tiada watak Ismail, Muthu dan IP Man. Skop watak dikecilkan dengan hanya Hei Long dibawa masuk sebagai pelatih dan tambahan watak BT Lum aka No.2, iaitu pegawai waran yang sering disebut-sebut dalam ABTM 1 dan 2.
Permulaan cerita kali ini ditampilkan Ken,Aloysius dan Luobang menjalani operasi sebagai frogmen dalam misi menumpaskan sekumpulan lanun yang telah menawan sebuah kapal. Menjadi kekeliruan buat semua mengapa mereka bertugas sebagai tentera laut sedangkan dahulu mereka dilatih sebagai tentera darat. Rupa-rupa nya itu pemberitahuan, jika mereka tidak ditugaskan ke dalam tentera darat mereka akan dipilih ke dalam tentera laut atau udara, peluang untuk dipilih ke dalam unit navy dan airforce ini amat tipis berbanding tentera darat.
Cerita dimulakan dengan Luobang bekerja sebagai jurujual henfon dan dia telah menipu seorang pelanggan wanita dengan mengenakan harga yang lebih tinggi untuk henfon yang kurang berkualiti. Ken pula masih berkeras hati untuk tidak menyertai NS dan mengikut teman wanita nya belajar di luar negara. Hei Long pula seorang anak imigran dari Hong Kong, ibu-bapanya berhijrah ke Singapura dan memiliki kerakyatan Singapura. Oleh sebab itu dia sebagai generasi kedua wajib menjalani khidmat negara sama seperti anak-anak Singapura yang lain.
Heng Long bertindak sebagai pembuli dalam filem ini dengan dia sering berselisih faham dengan Luobang, Aloysius pula dengan misi nya untuk menjadi pelatih terbaik dan Ken pula memikirkan 1001 cara untuk keluar dari Naval Diving Unit seperti berpura-pura sakit, ponteng latihan dan memohon untuk menyertai tentera udara. Luobang bertindak sebagai penglipurlara dalam platun itu dengan sering menceritakan tentang seorang waran yang garang dan tegas dan mereka bernasib baik jika tidak di bimbing oleh waran itu. Malangnya mereka terpilih untuk dibawa pemerhatian waran itu iaitu No.2, dia digelar nombor 2 kerana rekod selam tanpa tangki oksigen nya yang hanya mampu diatasi oleh seorang pelatih sebelum itu yang digelar no 1.
Luobang masih meneruskan misinya sebagai peniaga dan penyeludup dalam platun itu, cakap saja apa yang mereka mahu dia pasti akan cari jalan untuk menyeludup ke dalam kem itu. Hei Long pula tidak mempedulikan kedua ibu-bapanya dan masih meneruskan hidupnya di luar kem sebagai ketua samseng Tiong Bahru.
Ken yang sudah berputus asa dengan cabaran di NDU telah memohon untuk keluar dan dia bertindak dengan mencabar No 2 untuk beradu tenaga dengannya untuk membuktikan dia juga cergas sepertinya. Malangnya Ken tidak mampu menyaingi no2 dan itu memburukkan lagi namanya di kalangan pelatih.
Hei Long yang hilang sabar dengan Aloysius telah membuli nya tetapi dia yang teruk dibelasah kerana Aloysius sebenarnya mahir dalam seni mempertahankan diri dan dia tidak menggunakan kelebihan dan kekuatan yang ada pada dirinya itu untuk membuli mereka yang lemah.
Luobang yang berdepan masalah peribadi kerana dia lah ketua keluarga kerana bapanya sudah lama meninggal dunia, adik perempuannya masih bersekolah dan ibu nya pula terlibat dengan pengambilan dadah. Jadi dia perlu bekerja keras untuk menyara adiknya, hingga satu ketika dia melanggar polisi NS dengan berenang meninggalkan pulau Tekong untuk ke Singapura dan bergegas ke rumah menyelamatkan adiknya dari dibunuh ibunya yang hilang kawalan.
Mereka kesemua berjaya tamat latihan, Ken paling gembira kerana teman wanitanya meninggalkan dia bukan untuk lelaki lain tetapi untuk mencabar dia supaya kuat dan berdikari. Post-kredit pula menunjukkan, IP Man bukannya tidak menghadiri NS tetapi dia telah tersalah kem. dia patut melapor di Kem Selarang sebaliknya dia pergi ke Kem Sembawang.
Thursday, July 2, 2015
Filem Ah Boys To Men Bahagian 2
Sambungan dari ABTM Bahagian 1, Ken Chow kini menjadi lebih matang dan berdisiplin setelah apa yang terjadi ke atas bapanya. Perubahan pada Ken Chow itu mengejutkan Aloysius dan PS Alex Ong. Dia tidak lagi mencari 1001 alasan untuk dikeluarkan dari Kem Tekong dan mula berlatih dan memberi fokus untuk jadi rekrut yang terbaik dalam platun nya.
Luobang pula semakin menyampah dan sakit hati dengan Aloysius yang disifatkannya sebagai poyo dan perasan bagus. Semakin menjadi-jadi prank keji dikenakan oleh Luobang terhadap Aloysius seperti meletakkan batu dalam bag pack nya. Aloysius tertekan kerana menjadi bahan buli dalam platun itu, tiada sesiapa yang sudi berkawan dengannya kecuali Ken. Dia merancang untuk membalas kembali apa yang mereka lakukan padanya tetapi dinasihatkan oleh bapanya supaya tidak membalas dendam.
Kali ini IP Man pula berdepan masalah peribadi, teman wanita nya meninggalkan dia untuk lelaki lain yang lebih tegap, sasa dan gagah perkasa. Hal ini menyebabkan IP Man menjadi tak keruan, Luobang membantunya dengan meng upload video dia ada "teman wanita" yang lebih mantap dari ex- gf nya itu, tetapi ex-gf dan bf baru nya tidak terkesan dengan video IP Man itu kerana mereka percaya itu hanyalah kamera trick.
IP Man semakin tertekan dengan tindak balas ex-gf nya yang memuat naik video bersama bersama bf baru di internet. Luobang merancang untuk membuat prank keji dengan melemparkan tahi kepada pasangan itu di hujung minggu sewaktu hari outing mereka. Rancangan itu berjaya dan mereka berjaya menyelamatkan diri dari dipukul kumpulan gangster. Pada satu malam, semasa mereka melepak di kedai makan mereka telah diserang oleh kumpulan gangster milik bf baru bekas teman wanita IP Man. Luobang dan rakan-rakannya dibelasah teruk mujurlah Ken datang membantu, lain pula dengan Aloysius yang melarikan diri.
Semasa hendak bersiap untuk latihan, Luobang menyedari kelongsong pelurunya telah tercicir dan Aloysius memulangkan kelongsong yang ada padanya. Platun itu pun mencari kelongsong yang hilang itu. Luobang pula menyedari segala perbuatan kejinya pada Aloysius dan meminta maaf atas perbuatannya. Latihan BMT mereka pun akhirnya tamat dan masing-masing ditugaskan ke unit yang berbeza.
Wednesday, July 1, 2015
Filem Ah Boys To Men Bahagian 1

Di awal filem ini dipaparkan Singapura berada dalam krisis apabila mereka diserang oleh pihak musuh ( tidak dipastikan sama ada Malaysia atau Indonesia ) oleh sebab itu seluruh negara kini berada dalam darurat dan mereka yang pernah terlibat dan sedang terlibat dalam khidmat negara kini dipanggil untuk bertugas.
Rupa-rupanya itu hanyalah simulasi permainan video yang dimainkan oleh Ken Chow, seorang anak muda yang dalam dilema. Sama ada mengikut teman wanita nya bersama-sama melanjutkan pelajaran ke luar negara atau menghabiskan masa 2 tahun dalam khidmat negara. Gf nya tidak mahu membuang masa menunggu dia tamat latihan 2 tahun dan memilih untuk berpisah dengan dia. Tambahan pula Ken sering dimomokkan tentang betapa teruk dan sukarnya hidup semasa dalam kerah tenaga oleh pakciknya, berbanding bapa nya pula yang mahu Ken menjadi rekrut cemerlang dan mendapat tawaran ke sekolah tentera untuk pangkat yang lebih baik, kerana dia gagal mencapainya sewaktu berkhidmat dulu.
Aloysius Jin pula remaja yang benar-benar mahu menjadi yang terbaik dalam kumpulannya dan telah membuat persiapan dan persediaan lebih awal dari pelatih-pelatih lain. Dia suka rela untuk menyertai khidmat negara ini berbanding rakan-rakannya yang terpaksa mendaftar. Aloysius pula tidak begitu setiakawan kerana lebih bersikap individualistik seperti tidak merokok dan melakukan kesalahan disiplin seperti rakan-rakannya yang lain. Sikap ini mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan pelatih lain walaupun mereka tahu dia cuba memberikan contoh yang baik dan dia sering dipuji oleh Sarjan Platun kerana disiplin dan sahsiah terpuji nya.
Mereka bertemu dalam kampeni yang sama, kampeni Ninja dan untuk tempoh 2 bulan menjalani Basic Military Training ini mereka perlu bekerjasama bukan setakat sebuah platun tetapi juga sebagai band of brothers. Mereka juga berkenalan dengan Platun Sarjan, Sarjan Alex Ong yang bertindak sebagai abang dan pemimpin kepada mereka. Mujurlah PS Ong tidak begitu tegas dan kasar seperti pegawai yang lain.
Ken dan Aloysius berkongsi bilik dengan pelatih-pelatih lain seperti Luo Bang, opportunis dalam kerah tenaga itu dengan menjual barang-barang keperluan pelatih seperti bateri telefon kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon berkamera di dalam kem dan hanya telefon biasa saja boleh digunakan. Mereka juga dilarang dari ber internet dan mengecas telefon, jadi peluang ini digunakan oleh Luo Bang untuk menjual bateri telefon.
IP Man, jejaka kacak yang penakut dan lemah mental, Ismail, pemuda melayu yang tak tahan lasak dan Muthu, rekrut yang lemah lembut. Ada juga rekrut lain yang tidak dinyatakan dengan lebih teliti nama mereka. Mungkin hanya mahu menumpukan pada watak-watak utama dan pembantu ini
.
Ken, melakukan pelbagai jenis helah untuk dia dikecualikan dari menyertai kerah tenaga ini, sikap pentingkan diri nya ini menjadi-jadi kerana dibantu oleh ibunya yang berusaha keras supaya dia dikecualikan. Ken berjaya merealisasikan rancangannya apabila dia mengalami dehidrasi yang teruk akibat tidak minum air semasa rehat dan menyebabkan badannya mengalami kepanasan yang teruk dan dikejarkan ke hospital. Bapa nya yang mendapat khabar buruk itu telah bergegas ke Hospital dan tiba-tiba dia diserang strok dan terlibat dalam kemalangan.
Ken sedar, ini semua berpunca daripada nya. bapa nya kini mengidap lumpuh separuh badan dan pegawai atasan pula teruk dimarahi kerana gagal membendung masalah ini dari berlaku. Sejak itu Ken berubah sikap, dia kini lebih bertanggungjawab dan bermotivasi untuk mencapai apa yang bapanya impikan. Dia kini lebih mengutamakan keluarga dan rakan-rakan dari darah muda nya.
Sunday, June 28, 2015
Last Day Of Summer Phineas & Ferb
Hari ini adalah episod terakhir kartun animasi Phineas & Ferb ke udara. Selepas ini apa yang bakal di siarkan di televisyen hanyalah ulangan episod-episod siri animasi yang ikonik itu. Phineas & Ferb mencetuskan fenomena kerana idea mereka yan gila-gila ditambah pula dengan sub-plot Perry the Platypus berlawan dengan Dr Hanz Doofenschmirtz.
Jalan cerita setiap episod memang sama, tetapi disebabkan setiap episod mereka mengetengahkan idea yang gila-gila dan tak masuk akal menyebabkan siri ini diminati. Bayangkan, setiap hari mereka berdua akan memikirkan apa yang mereka perlu lakukan untuk mengisi masa lapang...kemudian setelah mendapat idea mereka akan melaksanakan rancangan itu....kakak mereka, Candace yang tidak senang melihat telatah 2 orang adik nya itu melakukan 1001 cara untuk memastikan mereka ditangkap oleh Ibu mereka tetapi....sering kali gagal.
Setelah 8 tahun dilahirkan akhirnya siri animasi ini ditamatkan dan kita pasti merindui karya Jeff Swampy Marsh dan Dan Povenmire ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)