Saturday, October 10, 2015

Last King Of Scotland


Filem Autobiografi-Fiksyen ini berlatar belakangkan zaman 70 an dan berteraskan kisah Diktator General Idi Amin, yang baru saja memerintah Uganda selepas menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Milton Abote.

Nicolas Garragan, doktor muda yang baru saja menamatkan pengajiannya. Dia berasa bosan hidup di zon selesa di negaranya, Scotland. Dia memilih secara rambang di glob miliknya tempat mana dia mahu memulakan perjalanan baru fasa hidup nya. Pilihan pertamanya terkena pada negara Kanada, pilihan seterusnya adalah Uganda, sebuah negara Afrika.




Permohonannya untuk berkhidmat di Uganda diluluskan dia pun memulakan langkahnya di Uganda. Dia mula mendapat tahu tentang General Idi Amin dari seorang warga Uganda yang ditemuinya semasa menaiki bas.

Dia berkhidmat dengan sebuah hospital desa yang sungguh daif. Dia berkawan dengan doktor itu dan isterinya. Isterinya menasihati dia supaya tidak terlalu menyanjungi General Idi Amin itu, dia bersua muka dengan General Idi Amin selepas pulang dari mendengar rapat umum General itu. Dia ditahan oleh pengiring Idi Amin untuk memberikannya rawatan kecemasan kerana dia terlibat dengan kemalangan dengan seekor lembu. Idi Amin hanya cedera di pergelangan tangan, dia mulai berang dengan Garragan kerana mengambil pistol miliknya tanpa kebenaran dan menembak mati lembu yang sedang nazak itu.




Nicolas memperkenalkan dirinya sebagai orang Scotland dan itu membuatkan Idi Amin tertarik padanya kerana perjuangan berabad-abad orang Scotland yang tidak mahu mereka dianggap Englishman, sebaliknya Scottish. Idi Amin pula menyatakan, jika dia tidak menjadi orang Uganda dia mahu menjadi orang Scotland.



Nicolas dilantik sebagai doktor peribadi Idi Amin, dia juga ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat sebagai wakil Idi Amin jika General itu sibuk. Nicolas berkenalan dengan 3 orang isteri Idi Amin dan dia mulai rapat dengan Kay, isteri ketiga Idi Amin yang mana baju scotland miliknya diberikan General itu kepada anak lelaki nya, McKenzie.




Dia mula mencurigai Amin kerana kehilangan salah seorang penasihatnya, Jonah Wasawa. Maklumat yang tidak dilaporkan oleh media Uganda didedahkan oleh Stone, wakil British di Uganda seperti didedahkan dengan segala perancangan dan kekejaman Idi Amin di luar pengetahuannya. Seperti pembunuhan rakyat yang tidak bersalah, layanan buruk dan ancaman pengusiran besar-besaran kepada minoriti yang berketurunan India di Uganda yang memonopoli ekonomi negara itu.

Keyakinan Nicolas pada Amin mulai padam kerana didepan nya, Amin menjanjikan bulan dan bintang tetapi segala rancangan jahat nya tidak diceritakan dan dijalankan secara senyap-senyap. Nicolas merancang untuk pulang ke Scotland kerana khuatir akan situasi politik di negara itu. Tetapi passportnya dirampas dan diberi passport Uganda supaya mudah untuk menghalangnya keluar dari negara itu.



Satu-satunya cara yang Nicolas ada adalah dengan membunuh Amin supaya dia dapat dibawa keluar dari negara itu. Tetapi Amin ada pembantu yang licik, membunuhnya itu bukan kerja mudah. Hasil hubungan sulit Nicolas dan Kay, dia telah mengandung dan merancang untuk menggugurkan kandungan itu tetapi Nicolas lambat sampai dan Kay mati dibunuh dengan kejam. Amin terlebih dahulu mengetahui hubungan sulit mereka itu.




Ubat yang dicampur dengan racun telah dirampas oleh pembantu Amin, rancangannya gagal. Kebetulan diwaktu yang sama pengganas Pro-Palestin telah merampas pesawat yang dinaiki penumpang Israel. Mereka mendapat bantuan dan sokongan untuk mendarat di Uganda. Idi Amin memerintahkan supaya penumpang yang bukan warga Israel diasingkan dan dibenarkan menaiki pesawat lain. Tetapi penumpang warga Israel ditahan selagi pampasan dan tuntutan mereka tidak ditunaikan.

Nicolas yang dipukul dengan teruk telah digantung dengan cangkuk, dia yang dalam keadaan lemah telah diberikan ubat penahan sakit oleh rakan baiknya, Dr Junju yang memberinya rawatan segera dan mahu dia membongkarkan kekejaman Idi Amin itu kepada media barat kerana dia orang putih dan mereka lebih mempercayainya. Dengan bantuan penumpang yang lain, Nicolas berjaya diseludup masuk ke dalam pesawat yang menerbangkan penumpang bukan warga Israel dan dia berjaya keluar dari Uganda. Dr Junju pula mati ditembak oleh bodyguard Idi Amin.



* Cerita ini bukan 100% benar dan tepat, kerana yang pernah berkhidmat dengan Idi Amin adalah doktor yang berbangsa Inggeris dan bukan Scotland.

Lakonan yang Forest Whittaker sebagai Idi Amin dalam filem ini begitu mantap dan berkesan menyebabkan dia banyak memenangi anugerah, antaranya Golden Globe, Academy Award dan BAFTA.

Lokasi dimana berkumpulnya para tebusan ini adalah di Lapangan Terbang lama yang tidak digunakan lagi. Pada pertengahan cerita, Nicolas telah memilih rekaan lapangan terbang baru.

Susulan penahanan warga Israel itu, pihak Israel telah melancarkan operasi Entebbe, operasi khas untuk membawa keluar tahanan warga Israel dengan selamat.







Friday, October 2, 2015

Filem 8 Mile 2002




Filem Biografi-fiksyen ini dilakonkan oleh Eminem, istimewanya mengenai filem ini. Ianya satu-satunya filem yang dilakonkan sendiri oleh beliau, Eminem adalah seorang rapper dan agak ganjil sekali seorang rapper boleh berlakon dengan baik. Filem ini juga filem yang mengetengahkan muzik hip hop di Detroit, sebuah bandar yang majoriti dihuni oleh warga Amerika berkulit hitam yang terkenal dengan kadar jenayah yang tinggi.




Jimmy Smith Jr atau nama glemernya B-Rabbit, seorang pemuda yang bercita-cita menjadi seorang rapper. Tetapi apabila berada di pentas, dia mudah berasa gementar dan cemas menyebabkan dia gagal beraksi dengan baik.



Dia mempunyai rakan-rakan yang turut sama meminati irama rap sama seperti nya. Teman wanitanya telah mengandung dan atas rasa tanggungjawab Rabbit telah memberikan kereta miliknya kepadanya. Menyebabkan dia tiada tempat lain untuk berteduh melainkan pulang ke karavan usang milik ibu nya.

Di karavan usang itu, ibunya tinggal bersama teman lelaki yang kaki pukul dan anak perempuannya. Dia tidak menyukai teman lelaki ibu nya itu tetapi tiada pilihan lain. Bekerja di kilang membuat alat ganti kenderaan, Rabbit cuba meringankan beban yang ditanggung ibunya. Irama rap digunakan sebagai medium untuk dia lari dari masalah kehidupan seharian, dibantu oleh Future, Cheddar Bob dan DJ Iz   yang sering memberi galakan padanya untuk mencuba dan mengatasi rasa gugupnya di atas pentas semasa rap battle berlangsung.




Scene muzik rap di Detroit, Michigan terkenal dengan gang rapper, Leaders of the Free World yang banyak mendominasi rap battle. Mereka ini adalah rival kepada Rabbit dan kawan-kawannya. Sebelum bertemu di rap battle, berlaku pertelingkahan antara mereka. Cheddar Bob tertembak di paha kiri akibat cuai menggunakan pistol  dan perlu menggunakan topang untuk berjalan.

Rabbit mula membentuk keyakinan secara spontan untuk rap selepas dia melihat para pekerja di kilang tempat nya bekerja menghina sesama sendiri secara rap dan dari situ dia mendapat idea untuk meluahkan apa yang dia perhati,lihat dan tahu di dalam rap battle.

Semasa rap battle dia melakar kejutan apabila berjaya mengalahkan ahli-ahli dari Leaders Of The Free World, akhirnya dia bertemu dengan Papa Doc, musuh tegar nya. Dari apa yang dia tahu Papa Doc bukanlah rapper yang datang dari golongan kelas ketiga seperti nya malahan dia juga bersekolah di sekolah swasta dan tinggal di rumah yang selesa untuk golongan kelas pertengahan.




* Filem ini juga boleh dikaitkan dengan Eminem di awal kariernya tetapi watak Rabbit itu hanyalah rekaan dan bukanlah diri Eminem yang sebenar.

Lagu yang dicipta khas untuk filem ini " Lose Yourself " memenangi anugerah Original Sound Track terbaik di Academy Award kerana lagu itu dicipta khas untuk filem itu saja. Menjadi lagu rap pertama yang memenangi anugerah itu.

Selain 8 mile, Eminem tidak pernah melakonkan watak utama dalam mana-mana filem atau drama. Dia lebih suka mem fokuskan kepada karier muzik nya.




Wednesday, September 30, 2015

Pitch Perfect 2 2015


Para ahli kumpulan Barden Bellas kini berada di tahun terakhir mereka, untuk menamatkan pengajian mereka dengan jaya nya mereka tetapi reputasi mereka merudum kerana persembahan teruk mereka sewaktu malam gala harijadi Presiden Barrack Obama. Lantas mereka di gam dari mana-mana majlis yang menampilkan persembahan accapella.

Emily

Dengan kemasukan ahli baru seperti Flo dan Emily, Bella dijangka memiliki tenaga baru dan elemen baru dalam kumpulan mereka. Emily lebih beruntung kerana mendapat didikan dari ibunya yang dulu nya ahli Barden Bellas.
Flo
Becca masih bersama dengan Jesse, yang kini ketua Treblemaker. Treblemaker masih lagi pencabar Barden Bellas di universiti mereka. Becca dalam diam tanpa pengetahuan rakan-rakannya bekerja sebagai budak praktikal di studio muzik. Dia menarik perhatian dari bos nya kerana kreativiti nya yang berjaya menambah baik kualiti rakaman album sempena hari Krismas Snoop Dogg yang dalam pembikinan.


Untuk membersihkan reputasi yang tercalar, Barden Bellas merancang untuk menyertai pertandingan accapella di Denmark nanti. Laluan mereka tidak mudah kerana kemunculan kumpulan Das Machine yang lebih energetik mengganggu gugat kedudukan mereka. Disebuah parti mereka menyertai sebuah pertandingan nyanyian secara spontan tetapi tumpas kepada Das Machine kerana kurang team work sesama mereka.


Untuk memulihkan keyakinan mereka, Barden Bellas mengadakan kem bina semangat dan disitu mereka berjumpa semula dengan Aubrey, senior mereka yang berkhidmat disitu. Chloe, rakan Aubrey sejak sama-sama di dalam Barden Bellas masih belum bersedia untuk meninggalkan alam kuliah dan dia sudah berada dalam Barden Bellas sejak Beca dan yang lain di tahun pertama lagi !




Barden Bellas kini berada di Copenhagen untuk pertandingan accapella antara negara-negara. Mereka mewakili Amerika, menggunakan lagu ciptaan Emily dan dibantu oleh veteran Barden Bellas yang lain mereka berjaya bergelar juara.



Tuesday, September 15, 2015

Filem Hansel Vs Gretel 2015


Sequel kepada filem Hansel dan Gretel 2013, watak Gretel dalam filem ini dimainkan oleh Lilli Baross, bukan lagi Stephanie Greco dalam filem terdahulu. Brent Lydic masih lagi berperanan sebagai Hansel, cuma kali ini dia lebih matang dan kuat berbanding dahulu kerana kini dia menjadi pemburu ahli sihir.



Gretel pula masih meneruskan perniagaan Gingerbread House, akan tetapi disebabkan darahnya sudah tercalit pada surat perjanjian dengan Lilith dahulu kini dia menjadi ahli sihir kerana perjanjian itu. Mereka kini tinggal bersama nenek mereka, setelah kematian bapa. Hansel tidak lagi menetap bersama, lebih selesa meneruskan misi nya sebagai pemburu hantu.




Para sahabat ahli sihir Lilith kembali ke Gingerbread House kerana mereka mengesan sesuatu yang tidak kena pada tempat itu. Gretel yang keseorangan berjanji untuk membantu mereka bersama-sama mencari pembunuh Lilith. Hansel pula kebetulan kembali ke sana kerana menyiasat kes kehilangan orang tempatan. Dia terkejut kerana Gretel menjual pai daging, sama seperti yang dijual Lilith dulu iaiti pai yang ber intikan daging manusia. Tanpa diketahui nya daging dan darah yang terkandung dalam pai itu adalah milik mereka yang dibunuh kejam oleh Gretel.





Sepanjang cerita ini Hansel gagal mengesyaki sesuatu yang aneh pada Gretel kerana dia pandai memanipulasikan keadaan, dia berpakat dengan rakan-rakan Lilith dalam masa yang sama dia memerangkap Hansel untuk masuk ke perangkap dan membunuh ahli sihir itu satu demi satu. Supaya memudahkan kerja dia untuk menghapuskan mereka. Dibantu oleh Willy dan Jacob, kawan lama Hansel mereka cuba menjejaki dimana letaknya tempat persembunyian para ahli sihir itu.




Gretel yang sudah hilang kewarasan nya telah membunuh nenek mereka dan dia berpura-pura dia telah diserang oleh ahli sihir, Jacob dibunuh dan begitu juga Willy, misi Gretel untuk menghidupkan semula Lilith berjaya, Cthonia - satu-satu kawan ahli sihir Lilith yang masih hidup telah dibunuh oleh Gretel kerana niatnya mahu merampas kawasan Lilith. Paling mengejutkan, Willy yang selama ini menemani Hansel rupa-rupanya ahli sihir yang paling agung ! dia membunuh Lilith

Kuasa Gretel gagal menandingi ahli sihir agung itu, kemudian Hansel bertindak pantas dengan menikam di tengkuknya dan mati. Hansel menembak Gretel untuk melemahkannya dan kemudian membawanya lari bersama atas dasar kasih sayang.

Monday, September 14, 2015

Filem Hansel And Gretel 2013

Sebuah lagi naskah mockbuster dari The Asylum, Hansel dan Gretel yang dikeluarkan untuk mendapat tempias dari filem Hansel & Gretel Witch hunter yang dikeluarkan pada tahun 2013.
Dengan bajet sekitar 135 000 Us Dollar, filem ini masih boleh ditonton kerana lebih banyak menggunakan practical effect berbanding CGI murah seperti kebiasaan filem keluaran The Asylum yang lain.


Gretel bekerja di Gingerbread House, sebuah kedai menjual manisan dan biskut. Kepunyaan seorang wanita tua bernama Lilith. Hansel, kembar kepada Gretel adalah remaja yang masih belum mempunyai hala tuju selepas tamat persekolahan. Bapa mereka merancang untuk berkahwin dengan teman wanita nya yang tua sedikit dari Hansel dan Gretel. Dia bercadang untuk berkahwin lagi dan menjual rumah mereka untuk mengembara bersama pasangan baru nya. Hansel yang berang dengan tindakan itu marah dan pergi  ke hutan dimana mereka sering menghabiskan masa bersantai bersama mendiang ibu mereka.

Gretel menjejaki Hansel setelah dia terpijak perangkap beruang. Mereka mendapatkan rawatan di sebuah rumah di dalam hutan. Rupa-rupanya pemilik rumah itu ialah Lilith, majikan Gretel. Mereka bermalam di rumah Lilith. Keesokan harinya Gretel terkejut dimana Hansel, Lilith memberitahu di dihantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.


Misteri rumah itu terbongkar satu demi satu apabila Gretel terpandang sekeping gambar lama, Lilith bersama 3 orang anaknya, malangnya anak perempuan nya itu tidak hidup lama. 2 orang anak lelaki nya masih menjadi tanda tanya. Begitu juga dengan suami Lilith. Lilith memberikan Gretel sehelai kertas perjanjian dimana Gingerbread House itu akan menjadi miliknya kerana Lilith mahu bersara, secara tidak sengaja tangan Gretel terluka dan darahnya tercalit pada ruang persetujuan itu.


Gretel terjumpa kuku dan ada sebuah peti yang merupakan laluan rahsia ke ruang bawah tanah, disitu dia terjumpa Hansel tahanan lain.
Hansel tersedar dari tidur dan dia berada di ruang bawah tanah bersama 3 lagi tahanan. Mereka diberi makanan sedap-sedap dan apabila cukup masanya mereka akan disembelih dan dimakan oleh Lilith Bobby dan John, 2 orang anak lelaki nya.

Bapa dan ibu tiri mereka buntu dimana 2 orang beradik itu berada, mereka meminta bantuan Sheriff untuk mengesan kemana mereka berdua pergi. Dari sekeping gambar lama, mereka mendapat petunjuk untuk menjejak dimana Hansel dan Gretel berada, mereka pergi ke hutan itu hanya bersama ibu mereka dan tidak pernah bersama bapa mereka.



Mereka ber empat nekad untuk lari meninggalkan rumah itu. Hansel dan Gretel mahu menyelamatkan Jane terlebih dahulu, tetapi Kevin pula hanya mahu melarikan diri tanpa mempedulikan Jane. Jane berjaya diselamatkan dengan Gretel membunuh Bobby, tetapi tiada jalan keluar yang mudah kerana John  itu licik dalam memasang perangkap. Mereka bertiga terkena gas halucinogen dan mengalami halusinasi.

Deputy Sheriff pergi ke Gingerbread House untuk menyiasat kehilangan Gretel tetapi dia dibunuh dengan kejam oleh Lilith. Jane mati dibunuh apabila kepala nya dihantukkan ke arah kepala paip oleh John. Hansel yang naik berang telah membunuh John, ibu bapa mereka sampai ke rumah Lilith tetapi dibunuh oleh Lilith. Sherif yang dalam perjalanan ke rumah Lilith telah terlanggar Kevin yang menyelamatkan diri dan mati disitu.


Sheriff dibunuh setelah dipanah oleh Lilith, Hansel dan Gretel dibawa kembali ke rumah Lilith mereka melarikan diri dan berjaya memerangkap Lilith untuk masuk ke dalam ruang pembakaran dan dia dibakar hidup hidup oleh mereka..

* Agak tidak logik juga apabila John dan Bobby mengorbankan mangsa untuk dimakan hampir setiap hari kerana yang memakan daging itu hanya mereka bertiga saja dan mana mungkin daging bersaiz orang dewasa itu mampu dihabiskan dalam masa sehari ? lain lah kalau dimakan untuk 15-30 orang.

Usaha The Asylum mengetengahkan cerita ini di zaman moden patut dipuji kerana Hansel & Gretel ini ialah kisah di zaman purba.

Kesan daripada perjanjian itu, Gretel mengalami perubahan dan seakan-akan dirasuki roh syaitan dan akan menyusul kelak Hansel Vs Gretel.

Friday, September 4, 2015

Filem Alpha House 2014

Satu lagi produk keluaran syarikat perfileman bajet rendah Hollywood, The Asylum. Filem ini dikeluarkan untuk meraih keuntungan atas filem Bad Neighbours, tetapi dari segi jalan ceritanya begitu berbeza sekali.


Alpha House ialah bergenrekan teen comedy, dan pastinya rating untuk filem ini ialah 18 ++. Plot nya lebih mirip dengan filem American Pie Naked Run dan Beta House, kerana jalan ceritanya lebih kepada situasi dalam kolej dan bermotifkan rumah fraterniti yang menjadi kebanggaan mereka.



Cameron dan Zack adalah dua pelajar Stirling College yang sudah bersedia untuk menyertai rumah Fraterniti Alpha, tetapi rancangan mereka untuk berseronok di rumah itu digagalkan kerana sebuah lagi badan sosial iaitu Delta Phi, sebuah sorority yang dianggotai oleh pelajar perempuan. Hasil campur tangan pembantu Dekan, Marshall menyebabkan Alpha terpaksa berkongsi rumah dengan Delta Phi yang diketuai oleh Kelly Kramer.

Ketua Alpha tidak bersetuju dengan penggabungan itu dan meninggalkan Cameron, Zack dan yang lain-lain berhempas pulas menyingkirkan ahli Delta Phi dari rumah itu. Pelbagai cara keji dilakukan oleh 2 buah persatuan itu untuk menyingkirkan ahli lawan masing-masing.




Di rumah itu Zack, bertemu semula dengan Melanie crush zaman sekolah nya dulu. Dari Melanie lah Zack mendapat tahu yang Kelly merancang menyingkirkan ahli Alpha dengan menggunakan syarat ke 13,  untuk menyingkirkan ahli Alpha dimana jika ahli Alpha tinggal 40% saja maka rumah itu kelak milik sepenuhnya sorority, Delta Phi.



Zack menggunakan helah mutlak nya dengan membawa masuk sepupu nya, Natalie menyertai Delta Phi dan bertindak sebagai duri dalam daging dengan memulakan tindakan salah laku yang menyebabkan beberapa ahli Delta Phi tersingkir. Tetapi helah itu diketahui setelah terbongkar maklumat Natalie itu sepupu kepada Zac.




Apabila ahli Alpha tinggal 40% rumah itu menjadi milik Delta Phi. Ahli alpha kini merempat tanpa rumah untuk didiami. Kemudiannya, pembantu Dekan  mendedahkan rancangan sebenarnya pada Kelly untuk menghapuskan rumah itu dari kolej Stirling, ahli Delta Phi kemudiannya diusir dan bekerjasama dengan Alpha untuk meminta bantuan Dekan, yang juga dahulunya ahli Alpha House sewaktu muda.

Dekan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan para pelajar itu menggunakan taktik kotor untuk membongkar salah laku disiplin Marshall. Mereka berjaya menggodam komputer Marshall dan mendapat tahu dia seorang sex maniac, jadi mereka telah memerangkapnya dan menggunakan bukti itu untuk menyingkirkan Marshall sekaligus membatalkan segala rancangan Marshall keatas rumah itu.


Wednesday, August 19, 2015

Mad Max Fury Road 2015

Mad Max yang terbaru diterbitkan selepas 30 tahun ini menampilkan Tom Hardy sebagai Max, menggantikan Mel Gibson yang kini tidak lagi aktif berlakon lebih aktif sebagai produser. Ramai menjangka kan Mad Max ini akan memulakan perjalanan baru selepas Mad Max Beyond Thunderdome dulu dia membawa sekumpulan kanak-kanak kembali ke bandaraya Sydney yang sudah menjadi padang jarak padang tekukur.


Tetapi sangkaan itu meleset kerana MMFR ini diibaratkan gabungan Mad Max The Road Warrior & Beyond The Thunderdome. Sekaligus itu menjadi penyebab kenapa kutipan tiket ini hanya meraih 368 juta sahaja dikala filem-filem blockbuster lain mampu meraih 500 juta kutipan buat masa ini.


Agak ketara kesan penggabungan 2 edisi itu yang dikitar semula untuk menjadi edisi Fury Road ini. Dalam Road Warrior, Max membantu sekumpulan komuniti kecil yang diancam oleh penjenayah yang sentiasa cuba menceroboh masuk ke kawasan tapak perkhemahan mereka untuk mengambil petrol. Max berkorban dengan membawa keluar tangki petrol yang sebenarnya diisi dengan pasir untuk mengalih perhatian para penjenayah bermotosikal. Rancangan Max berjaya dan penduduk itu berjaya berhijrah dengan selamat.


Mad Max Beyond The Thunderdorm pula Max yang masuk ke dalam Thunderdorm dimana sumber tenaga daripada najis babi & air minuman dikawal pihak pemerintah. Menyebabkan ramai penduduk di dalam Thunderdome itu bergelut untuk hidup. Unsur-unsur dari 2 filem terdahulu ini digabungkan lantas menjadikan Mad Max Fury Road ini.

Mad Max Fury Road 2015



Max ditangkap oleh War Boys, budak-budak suruhan Immortan Joe, diktator bertopeng yang memerintah Joe Citadel, sebuah kota yang mana penduduknya dikawal dari segi mental dan fizikal. Max dijadikan beg darah untuk seorang budak perang bernama Nux.


Max cuba melarikan diri tetapi gagal kerana binaan kota Joe Citadel yang rumit dan tiada jalan keluar yang selamat. Sehinggalah satu hari dimana Furiosa, orang kanan Joe ditugaskan untuk membawa treler pergi ke bandar berdekatan untuk mengisi petrol tetapi dia ingkar dengan membawa trak itu pergi ke tempat lain, kampung asalnya Green Place, sebuah daerah yang diibaratkan bagai syurga kerana dipenuhi tumbuhan hijau dan pemandangan indah.
 

Berang dengan tindakan Furiosa itu, Joe telah berkomplot dengan konco-konconya dari bandar berdekatan dan budak perangnya untuk memburu Furiosa. Max yang dibawa sekali sebagai beg darah Nux turut terlibat dalam misi itu dan hampir terkorban kerana ribut pasir, mujurlah dia dan Nux selamat. Max menemui Furiosa dan isteri-isteri Joe yang disorokkan nya dalam treler itu. Max berjaya bebas dari menjadi hamba Nux dan merampas treler itu. Tetapi gagal kerana ada suis pemati dalam trak itu.

Mereka pun memulakan perjalanan ke Green Place, berang dengan kehilangan anggotanya Immortan Joe sendiri turun mengetuai angkatan budak perang nya memburu Furiosa, Nux yang ditemui tersadai gurun itu dijadikan petunjuk untuk memburu Furiosa. Salah seorang isteri Furiosa terkorban dalam perjalanan itu, Nux yang asalnya taat kepada Immortan Joe akhirnya berpaling tadah dengan menyertai Furiosa.



Setibanya di Green Place, semuanya sudah berubah dan berbeza sama sekali dari apa yang dilihat nya buat kali terakhir dulu. Hanya tinggal sekumpulan wanita tua yang menghuni kawasan itu. Rupa-rupanya kawasan paya yang mereka lalui sebelum itu adalah Green Place yang kini hanya tinggal padang jarak padang tekukur. Mereka pun berpakat untuk mencari penempatan baru, tetapi Max tidak setuju dan memilih untuk kembali ke Joe Citadel yang sudah pun mempunyai apa yang mereka inginkan.

 


Kumpulan itu pun berpatah balik ke Joe Citadel tetapi perlu berhadapan dengan rombongan Immortan Joe dari arah bertentangan. Dalam situasi getir itu para wanita tua itu dan Nux terkorban akibat bertempur dengan bala tentera Immortan Joe, yang turut terbunuh dalam pertempuran itu. Max dan yang lain-lain berjaya kembali ke Joe Citadel dan menayangkan kepala Immortan Joe, bukti merekalah pemerintah baru Joe Citadel.