Thursday, July 5, 2012

al kisah cucur udang

selasa kelmarin aku pergi  ke jalan TAR bahagian lorong belakang nak tengok sama ada kedai jersi yang selalu aku pergi tu ada jual jersi everton away atau tak.dalam perjalanan ke situ aku singgah ke sebuah stall bergerak @ lori la kiranya.aku membeli cucur udang pada harga 2 ringgit dan sebaik saja menjamah ke mulut selera aku hilang serta merta.aku cukup benci dengan sikap peniaga yang jual cucur udang atau nama sebenarnya cucur tepung + serbuk kunyit + daun sup + tauge. aku tau la udang mahal tapi ber agak-agak la sampai tak letak udang dalam cucur yang dipanggil udang tu.aku heran dengan sikap peniaga ni apa salah nya udang tu dipotong dan dicincang lepas tu baru gaulkan dalam adunan tepung.

gambar sebenar

sebelum ni pun aku pernah beli dari peniaga cucur udang yang lain tapi aku nampak jugak udang yang dia letak kat cucur tu.satu lagi masalah,udang yang digoreng bersama cucur tu masa dipotong udang tu akan jatuh dan akibatnya terpaksa la main tikam lidi dalam plastik cucur udang tu sampai dapat udang yang seekor tu.bukan aku komen udang dia kecik pasal mak aku pun buat cucur udang guna udang spesies yang sama tetapi untuk memastikan setiap cucur udang tu ada udang di dalamnya mak aku akan cincang udang tu dan kemudian baru lah digaul dan digoreng bersama supaya udang tu melekat dalam cucur tu dan tak gugur atau tercicir semasa menghiris cucur.dari menggaul bersama udang dan adunan tepung tu la akan wujud keserasian antara udang dan cucur dan kemudian di panggil cucur udang.sebab bila digaul udang tu secara tidak langsung melekat dalam adunan cucur.

bukannya dengan menggaul adunan tepung lepas tu bila nak letak dalam kuali baru letak udang,memang tak melekat la udang tu.lagi satu yang aku heran, kebiasaannya peniaga akan membeli udang dari pemborong seperti NSK atau pasar borong dan pasar basah dan jika dibeli dari sumber sebegitu sudah pastinya udang yang dibeli lebih murah dan banyak dari yang dibeli dari pasarraya seperti giant,carrefour,dan tesco. tapi ni udang seciput entah dari mana dia beli agaknya ke udang sekarang ni diternak dalam air laut berteknologi HAI-O ??

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.