Thursday, July 26, 2012

kenangan puasa

 
aku mula berpuasa sepenuhnya 30 hari masa tingkatan 1.jujur ni aku cakap masa budak-budak dalam 30 hari tu memang ada yang aku missing puasa,tapi tak puasa atas pengetahuan ibu bapa aku pasal aku baik dan jujur serta lurus bendul. untuk darjah 1-3 aku puasa separuh bulan pasal tak larat lagipun sementara tunggu waktu berbuka aku selalu tertidur paling aku ingat masa darjah 1 sementara menunggu waktu berbuka aku tertidur di bawah meja makan.LOL !

masa darjah 4 aku mula berazam nak puasa penuh tapi pada minggu  akhir ramadan ada satu hari aku ponteng puasa setelah tak larat dan pening kepala .darjah 5 plak aku tak dapat mengelak dari ponteng puasa pasal keluarga aku dilanda demam campak ini satu keluarga yang kena kecuali bapak aku,entah bila dia kena aku tak tau.tapi yang paling teruk kena demam campak mestilah aku sampai kena masuk wad,yang masuk wad tu pasal bukan setakat demam campak tapi demam panas sekali itu la pakej demam paling kombo dalam sejarah hidup aku.tu la kali pertama aku beraya di hospital.raya ke 3 baru aku keluar wad.

darjah 6 plak aku puasa 29 hari tapi hari terakhir tu aku ponteng puasa pasal dah tak larat meneruskan perjuangan puasa selama sebulan.entah apa gila kepala aku sanggup ponteng puasa.masuk ke alam remaja aku berjaya meneruskan puasa selama 30 hari dengan jaya nya,tapi bila dikenang balik, zaman sekolah aku agak nerd ( di dalam sekolah sahaja) di luar sekolah aku agak rare pasal tak ikut trend semasa.

time budak-budak pergi ke bazaar adalah kelemahan utama aku, pasal nampak air berwarna -warni mesti rasa nak beli walaupun rasa macam haram.tapi nafsu buas tu hilang masa darjah 6 aku mula berfikiran rasional dalam memilih dan membeli makanan untuk berbuka,aku hanya membeli air minum dan main course saja,kalau kuih aku paling cerewet kalau tak jumpa kuih ...... aku tak kan beli kuih lain,aku sendiri tak tau kenapa aku suka sangat dan nafsu makan aku kat kuih.... sentiasa evergreen, kuih yang aku maksudkan tu ialah kuih TAKO aku mula kenal masa sekolah rendah .waktu tu aku masih menetap di kem penrissen, jadi bazaar di kem penrissen itu lah satu-satunya tarikan di kem tu.kuih ni dipercayai berasal dari selatan semenanjung tapi selama 6 tahun di KL aku tak pernah jumpa kuih ni.melihat kepada tekstur nya saja dah membuat aku tak dapat menolak dari membelinya apatah lagi kuih yang beracuan kan daun pandan ni susah sangat nak muncul depan mata aku


berbalik kepada bazaar ramadan di kem tempat aku tinggal dulu,pasal yang berniaga makanan di bazaar tu adalah makcik-makcik yang suaminya bekerja sebagai skar dan ada dari mereka yang berasal dari pelbagai negeri dan daerah dari situ pertemuan makanan dan tak hairanlah sedara mara aku bila berkunjung ke rumah kitorang hujung minggu selalu berpesan belikan laksam,dan nasi kerabu pasal kat pekan dan bandar kuching makanan sebegitu adalah unik dan lain dari yang lain,hari ni bila aku kenang situasi sebegitu aku rasa bertuah jugak dibesarkan dalam persekitaran pertemuan pelbagai budaya dan makanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.