Monday, August 12, 2013

Jangan Lepaskan Peluang Ini

berlaku setahun sekali, aku tak nak terlepas peluang tengok hujan meteor

sumber : blog taotauajer

 Meteor Perseid datang lagi tahun ini, kali ini ia datang di bulan syawal iaitu hari raya. Pada tahun lepas fenomena ini berlaku pada bulan Ramadhan. Tengok sini Gambar-Gambar Hujan Meteor Perseid 2012 . Malam ini Fenomena hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam isnin sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Nak tau lebih lanjut bagaimana meteor Perseid berlaku? Ini ada video daripada NASA tentang meteor Perseids
Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. 


TAOTAUAJER : Malam ni boleh la korang saksikan pancuran meteor ini bagi mereka yang tak pernah lagi . Senang jer nak saksikannyer Korang hanya perlu gunakan MATA sahaja untuk melihat meteor-meteor ini, kerana anda perlukan ruang atau medan penglihatan yang luas. - Koleksi Fenomena Meteor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.