Friday, August 16, 2013

The Smurf 2 Bahasa Malaysia

  • ini pertama kali aku tengok the smurf, the smurf 1 dulu aku tak tengok
  • tengok pun sebab TAKDE orang lain nak teman adik bongsu aku tengok movie ni
  • movie ni hanya tayang sekali sehari saja iaitu 4.15 petang untuk smurf versi bahasa melayu
  • ini jugak pertama kali aku tengok movie animasi yang di alih bahasa ke bahasa melayu di panggung wayang gambar
  • semasa beratur membeli tiket pukul 2.30 banyak kali jugak aku maki hamun dalam hati sebab terpaksa beratur panjang pasal TGV wangsa walk semalam sesak dengan budak sekolah aka Budak Budak Baru Nak Up 
  • adik perempuan aku yang first tiba-tiba last minute boleh cancel pulak, jadi aku dengan adik bongsu la tengok movie ni
  • tak cukup dengan beratur panjang di kaunter tiket, semasa beratur di kaunter makanan dan minuman aku berang dengan 8 ekor anjing BBNU yang macam tak pernah beli pop corn dan air cola
  • dialog dalam movie the smurf ni tak la kelakar sangat
  • the smurf ni lawak dia tak la setanding dengan minion despicable me 
  • cukup sekadar melihat kebodohan azrael dan gargamel, kebudak-budak kan sifat victor doyle, bapa tiri kepada patrick winslow, serta ke-annoying an suara latar zizan sudah tahu betapa suka nya budak-budak kepada the smurf ni.
  • kombo the smurf di tgv wangsa walk boleh tahan laku, budak-budak banyak beli
gargamel membuka portal ke kampung smurf dan mengarahkan vexy menculik smurfette.papa smurf mencipta beberapa biji batu kristal untuk membawa smurf brainy,hefty,gusty dan satu untuk membawa pulang smurfette tetapi insiden tak diingini berlaku dan  secara tak sengaja batu kristal itu termasuk ke dalam mulut gouchy,clumsy dan vanity. papa smurf dan 3 smurf itu memulakan perjalanan mencari smurfette, mereka berkenalan dengan bapa tiri patrick iaitu victor. vexy dan hackus telah mem brainwash smurfette. di hujung cerita victor dan patrick berjaya menyelamatkan kesemua smurf itu dari disedut pati kuasa mereka oleh gargamel dan formula jampi papa smurf untuk membirukan smurf telah hangus dan selamat dari jatuh ke tangan gargamel.vexy dan hackus yang telah dibirukan badan mereka telah menyertai smurf yang lain di kampung smurf dan menjadi komuniti mereka, gargamel dan azrel telah termasuk ke dalam portal dan kembali ke istana mereka.


 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.