Saturday, August 10, 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti , Berganti Tikar

Selepas aku pergi cari bateri baru kamera di Ampang Park, aku terjumpa satu majalah yang agak catchy tajuknya. Alang- alang ada duit lebih aku pun beli la 2 edisi, terbitan 2 dan 3. Terbitan 1 aku tak tau bila keluar, aku beli pun sebab nak isi kekosongan humor dalam diri bila majalah G3 yang jadi peneman di kala sunyi sejak 2005 ditamatkan riwayatnya oleh KarangCRAP ( saja aku menganjing nama Karangkraf ni ) bila aku belek isi-isi dalam majalah FUYYOO ! Ni aku dapat rasa ini lah pengganti kepada majalah G3 hasil dari pembacaan aku, majalah FUYYOO ! Ni diterbitkan sejak mei 2013 iaitu bulan terakhir dimana majalah G3 diterbitkan. Harga agak mahal iaitu RM 5.90 lebih mahal dari Gila - Gila tetapi dengan isi yang padat dan majalah ni jugak ada memanggil kartunis ZBH yang melukis Wak Punk untuk GG berbaloi untuk membelinya kerana banyak isi dan tiada lambakan ruangan iklan seperti G3


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.