Friday, August 30, 2013

Trip Bodoh-Bodoh Alang Ahad - 7 Oktober 2012

Ini kisah lama, masa tu kitorang baru habis event kat sg haji dorani, jadi nak mengisi masa lapang hari ahad tu kami berlima Syed,Abe,Ame,Radzie dan Azfar bergerak dari rumah sewa, kereta satria dan persona kitorang tinggalkan sebab untuk pertama kalinya kitorang pinjam kereta KIA optima 2003 milik mak si safiq, masa ni safiq takde sebab seminggu dia kena pergi trip.

Selepas 2M - melabur dan memberi makan kepada haiwan peliharaan di rumah, kami pun bergerak ke Kuala Selangor, dalam perjalananan tu dengan poyo nya kami bukak sunroof kereta safiq nk bergaya macam nigga la kononnya. Di satu jalan tiba-tiba kami ternampak baiya penjual aiskrim yang selalu datang rumah tiap-tiap petang tengah jual aiskrim kat satu majlis kahwin orang kampung, memang masyuk nate si baiya ni.

Berhenti di stesen petronas yang paling aku suka servisnya iaitu petronas sungai Haji Dorani, di petronas ni aku masih dapat servis pam attendant berbanding di tempat lain yang banyak servis layan diri. Masa ni aku cucuk duit kat atm bank islam dan beli air tenaga Real Madrid. Perjalanan pun bermula, sampai di sekinchan kitorang terkejut jugak dengan sorang pakcik tua yang kitorang gelar pakcik toretto sebab dia pakai kereta yang sama macam dominic toretto guna dalam fast furious 4. Heran jugak kitorang tengok pacik ni, pakai kereta nak usang tapi berkali-kali jugak dia potong Kia yang kitorang naik ni.


Dalam perjalanan masing-masing dah plan nak makan cendol durian borhan tapi semakin dekat ke Tanjung Karang semakin kitorang rasa dah tertinggal atau terlepas pandang si cendol durian burhan tu, alternatif kepala lutut dia kitorang singgah saja ke cendol bakar di tepi jalan sebelah stesen minyak Esso. sambil tu sekor-sekor la bercerita pasal event semalam punya taik, tiba-tiba aku terdengar si abe cakap cendol durian burhan tu dalam 500 meter je dari cendol bakar ni.

 
1 hal lagi, aku hairan jugak kenapa nama cendol bakar ?? bila aku makan cendol ni sejuk je macam cendol biasa takde pun aku tengok dia bakar cendol ni atas api. Selepas meratah cendol tu, kitorang pun meneruskan perjalanan ke pekan Kuala Selangor, dalam jarak 500 meter dari cendol bakar sebelah stesen minyak esso tadi...... Ya Allah !! Celakanya kitorang ! Cendol Durian Borhan ni tersergam indah je tepi jalan....menanti pelanggan.


Sampai saja di Kuala Selangor tiba-tiba tercetus idea nak pergi area bukit Malawati, entah apa spirit yang merasuk kitorang berlima sampai terjebak masuk ke taman ikan air tawar, oh baru aku ingat! asalnya aku dan syed nak carik tandas untuk kencing tapi tak jumpa alih-alih termasuk ke dalam Taman Ikan Air Tawar di area bukit Malawati tu. Bayar masuk untuk 1 kepala dewasa ialah 2 ringgit, dengan pantasnya aku dan syed pun mencari tandas lelaki,sambil tu melilau jugak dalam taman ikan tu nak tengok apa ada, ikan dia yang macam-macam puas hati jugak la tengok walaupun ada suara sumbang kata buang 2 ringgit pegi taman ikan ni. 2 ringgit tapi nak harapkan masuk macam aquaria KLCC  ?? mentaliti rakyat dunia ketiga, nak murah tapi nak masuk tempat mahal. selain ikan, spesies burung dan ayam pun ada dalam taman ni. 
 
 
 
Selepas melawat taman ikan air tawar, kitorang pun bergerak ke pekan kuala selangor, alangkah bestnya duduk kuala selangor ni, infrastruktur banyak yang dah di naik taraf. Perut rasa lapar,jadi nak menurutkan nafsu makan tu kitorang pun pergi round pekan tu nak carik mamak dan jumpa 1 kedai mamak yang hidangan dia tak ada banyak pilihan macam mamak sri kassim yang selalu kitorang pegi kat pekan sungai besar nun. Tak silap aku nama mamak ni, Ali dan Haniffa aku makan nasi putih,ayam dan sayur + air minum je dah kena rm 8.00++. padahal aku makan kat sri kassim tu harga rm 6.50 je biasa kena. Lepas tu kitorang pun pergi ke plaza kuala selangor, belakang Tesco Kuala Selangor, kitorang beli tiket movie Taken 2. Sambil tu aku ada perang mulut pulak, jadi diorang pun tercarik-carik aku kat mana masa tu. Rupa-rupanya aku tengah berperang mulut di handfon  di kawasan rak buku, kedai buku karangkraf sebelah Panggung wayang lotus kuala selangor.

malas nak cakap sebenarnya apa punca aku perang mulut di handphone waktu tu,jadi aku move on dan lalui haritu untuk lupakan sebentar masalah yang melanda.

gambar dari blog - kelly c, budak gemok dan ada dari koleksi peribadi aku sendiri

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.