Saturday, May 26, 2012

kenangan kitchen

ini antara kenangan praktikal aku di vistana KL.coffee house & kitchen saling berkaitan dan setiap hari memang kitorang akan mengadap muka diorang.sejak kerja 3petang -  11 malam, kerja aku tak bizi dan di situ aku ada masa untuk melepak dengan chef BOB,JOE dan SEPOI (syaiful) . lepas dinner biasanya ada makanan lebih dan bob berkata ' apasal aku kesian tengok kau?


joe,sepoi & bob
bob ni nampak garang tapi pemurah,yang lain tu bukan tak pemurah tapi kena mintak dulu baru bagi. aku ingat lagi masa aku handle satu event 48 pax kat sitiawan, ada menu untuk vegetarian.bob bagi la sandwich kat aku.ada la jugak makanan yang sedap dari aku makan menu coffee break yang entah pape tu.

sambil ada kelapangan diorang tanya aku  kenapa tak masuk kitchen,aku cakap : aku mintak bakeri tapi kat sini takde bakeri kitchen.bob,saiful, dan joe ni masak western dan menu promotion tapi bila ada lunch diorang buat semua la western dan eastern sekali.kat eastern kitchen ada chef boon,liew,chef ham dan chef dzul tapi orang kat eastern ni tak gila-gila punya perangai macam kat western.
 
ini desert station kalau nak cendol,ice cream fire kat sini.nama chef yang in charge sini idzwan,panggil wan cukup.kalau dipanggil chef wan kembang hidung plak nanti.aku suka tengok dia ni hiris buah tembikai & honeydew, sungguh laju dan cekap menggunakan pisau.wan jugak bertanggungjawab menyediakan kuih-muih,agar-agar dan jeli.

bob,joe & syaiful ni perangai gila-gila belaka dan aku heran macam mana diorang boleh tahan kerja dengan chef chew yang tegas nak mampus.kat kitchen pun ada trainee, rafshanjani dipanggil jani.budak dari IKIP.dia training sini 6 bulan. masa aku habes training dia ada 1 bulan lagi kat sini.

 
ini receiving tempat dimana order akan di fire dan  tempat dimana pickup food sama ada ala carte atau room service.
backlane, aku selalu lap pinggan,kutleri,jus glass,cawan teh dan kopi kat sini.diatas tu mesin kopi untuk buat latte,cappucino,kopi,hot milk,air panas. dalam chiller kat bawah tu ada chill jus iaiti jus yang siap diproses macam guava,apple,mango,oren.

 
yang ni tempat melepas dendam.steward sini bangla jadi diorang la tempat aku melepas geram bila tension dengan kerja.sambil clear sisa makanan dari pinggan tu aku mencarut la steward tu,lebih-lebih lagi bila rasel dan aziz ada. kat sini ada 2 steward melayu - nadzrien dan azizul.aku baik dengan nadzrien. yang lain tu aku tak kamceng sangat dengan steward bangla ni kecuali parves yang suke mencucuk aku.
kat sini orang kitchen selalu duduk baca paper & makan.sebenarnya orang kitchen tak boleh makan dalam kitchen tetapi kerana sibuk dan selalu dapat order diorang terpaksa la makan sini.ada satu hari tu chef ben,exec sous chef suruh budak kitchen termasuk chef de partie makan kat kafeteria mungkin chef chew ada rasanya.chef chew ni tegas macam jeneral jepun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.