Thursday, May 24, 2012

pertukaran imej

secara rasminya hari 24 mei 2012 ini aku menukar nama kepada AZFAR ZAFAR AFZAR
menggantikan azfar hranica yang telah setahun lebih aku guna sejak berblogging. tujuan aku menukar nama ialah mencari identiti diri kerana nama hranica itu diambil dari nama keluarga vokalis the devil wears prada, mike hranica.
 idea tercetusnya zafar & afzar itu berlaku kerana sepanjang tempoh 2 bulan aku praktikal di vistana KL part timer pakistan selalu tersalah sebut nama aku.sekejap dipanggil zafar ,ada yang panggil afzar jadi nama asal AZFAR tu macam dah berevolusi pulak.untuk mengenang peristiwa itu aku memilih untuk mengabadikan nama yang di salah sebut tu sebagai nama blog aku

profile pic juga ditukar dengan menggantikan gambar mike renton keluar dari mangkuk tandas kepada gambar the hurricane.

 
the hurricane itu merujuk kepada penggusti superhero yang jadi pujaan aku 10 tahun dulu.sampai sekarang aku masih minat dengan the hurricane ni walaupun shane helms @ gregory helms dah mematikan watak penggusti yang selalu kalah ni.bukan bermaksud aku menjadi seorang loser atau mengagumi seorang loser tetapi persona karakter the hurricane & kostum yang menarik menjadi aku minat pada superhero bertaraf cruiserweight ni.
Quote mengenai diri aku jugak berubah dengan aku menggantikan : aku adalah manusia yang bersikap tradisional dan mengamalkan gaya hidup alternatif ' kepada manusia alaf moden yang ortodoks dan maverick,maverick - bermaksud manusia yang kurang sopan dan tidak berfikir seperti orang lain. senang cakap - lain dari yang lain lah. ortodok merujuk kepada pandang & pegangan aku yang old skool contohnya aku tak suka pada bunyian atau muzik yang dihasilkan melalui soft ware atau komputer aku suka muzik yang dihasilkan melalui instrumen baru ada nilai seni yang tulen.

1 comment:

  1. azfar ko nie biar toi.kau nk berubah ker derr.tpi aku sokong la ko.owng kta biar sederhana dari berkaya merana.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.