Friday, May 4, 2012

perkara yang tidak diingini dalam panggung wayang

semalam lepas balek kerja, aku pilih nak tengok wayang.dah 2 bulan lebih aku tak tengok wayang.aku tengok movie the avengers kat Tanjung Golden Village, KLCC. aku amek tiket pukul 5 punya dan yang mengejutkan walaupun dah seminggu ditayangkan seat dalam panggung masih penuh lagi sehingga aku terpaksa amik row C 9 & 10 iaitu barisan ke 3 dari skrin panggung.harga tiket ialah rm 14 ringgit.

di masa pertengahan cerita mood aku dan penonton lain di spoil kan oleh 2 orang budak sorang laki dan sorang perempuan berlari-lari dalam panggung wayang yang annoying nya dah la budak tu main dekat dengan aku plak tu .lagi la panas kepala aku.budak tu umur dalam 5-6 tahun pasal tu dia tak faham bahasa supaya jangan bermain atau membuat bising di dalam panggung wayang.

mula-mula dia pergi ke barisan seat depan pasal row A & B kosong jadi tu lah lubuk mainan dua ekor tolol ni.yang menyakitkan hati dengan suara diorang tu yang boleh kedengaran satu panggung tu.dah la ramai orang dia boleh pulak memekak.kalau nak main sangat jangan la masuk panggung wayang, pergi la dekat taman KLCC tu,si parent nya pun kalau dah tau anak awak tu tak boleh dikawal tak usah la nak beli tiket.baik beli DVD tengok kat rumah je.tak la menyusahkan orang.

bukan aku dan aiman saja yang terganggu penonton lain siap sound lagi

' woi anak sape tu ?! pegi la settle, bayar ni ! = maksudnya dia tengok wayang ni berbayar.

' skrin punya le besar tapi nak main macam kat tepi sawah hahaa'

' anak buah kau ni ! = ada seorang penonton kat belakang aku yang cakap macam ni,kiranya dia menyindir budak-budak tu sebagai anak  buah member dia.


mengikut spesifikasi, the avengers di kelaskan sebagai PG13 bukannya U.jadi kanak-kanak yang membuat gangguan tu sepatutnya tak dibenarkan masuk dan entah kat mana dia sorok anak dia sampai lepas masuk wayang tu.

lagi menambah bengang bapak budak ni sebelah seat aku je.pakai uniform askar. bila fikirkan bapak budak ni sebelah aku tu pasal aku diam aje.padahal dalam dalam hati bukan main geram lagi.kalau aku kat seat lain siap sedia la budak tu kena sound.cukup pantang aku bila ada orang duduk diam je bila anak dia buat hal.lepas tu pap! sebijik pelempang hinggap kat budak lelaki tu dan pengakhirannya dia, hampir 30 jam masa kitorang di bazirkan dengan gangguan toyol dan tolol.

2 comments:

  1. waah asal ko xtgur cara baik jer azfar.kalau aku mmg xla.xleh nk focus kot

    ReplyDelete
  2. kalau aku kat tempat lain dah aku sound.mengenangkan bapak budak tu sebelah aku baik aku berdiam diri dari di sound balek

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.