Wednesday, August 8, 2012

kita masih muda


berkenaan kisah syafiq dan yana,ini PANDANGAN PERIBADI aku.aku bercakap atas dasar jujur dana atas dasar orang dah amek spm dan pmr.
pada aku perkahwinan atau pernikahan tiada had umur,yang menjadi had nya untuk berkahwin ialah keperluan atau komitmen seseorang contohnya aku dulu terikat dengan  PMR dan kemudian SPM sekarang pulak DIPLOMA.jadi keinginan untuk berumah tangga tu memang ada dalam diri aku pasal itu fitrah setiap manusia,tetapi bila di fikirkan secara matang di usia begini masih banyak yang aku perlu tempuhi,pelajari dan teroka. ilmu di dada juga tak cukup lagi jadi macam mana nak memimpin keluarga ?
# soalan aku pada syafiq : sembahyang lima waktu cukup ke dik ?
# soalan aku pada yana : tahun depan pmr boleh ke beri komitmen pada rumah tangga ?
# soalan aku pada ibu-bapa mereka : pakcik makcik ni ada pasang CCTV 24 jam ke pantau anak-anak anda buat sebelum mereka berkahwin ??

itu soalan yang basic sekali.pasal baka kahwin muda, itu sajalah alasan mereka tanpa ada alasan lain.kalau ibu bapa kahwin muda seawal usia 14 dan 16 tahun tak terkejut ke kalau anak syafiq dan yana nanti bernikah pada umur 12 dan 11 tahun ?? kesian anak korang umur muda begitu dah kena fikir pasal rumah tangga.aku dulu umur begitu fikir pasal hobi dan minat aku je 24jam tak fikir nak bagi makan anak,susu dan didik keluarga.matang itu penting tapi kalau matang sebelum usia itu sesuatu yang merugikan.bayangkan,seorang remaja perlu berfikir seperti lelaki dewasa pada dia itu memang cool dan macho tapi bila dah melepasi usia remaja baru kau akan tau betapa ruginya masa remaja tidak berseronok dan tiada komitmen yang berat.

aku bukan dengki korang kawen umur 16-14 tetapi fikir la umur korang terlalu muda dan sekolah pun tak abes lagi. biasanya kawen muda ni jugak berisiko cerai kerana nafsu yang membuak untuk kahwin tetapi tak fikirkan risiko yang bakal korang tempuhi.memang la ada meleis yang sibuk dok tayangkan hadis syaitan menangis bila pasangan lelaki dan perempuan berkahwin tetapi syaitan jugak akan ketawa bila berkahwin tapi bercerai.

bazaar ramadhan kem penrissen



ini cerita zaman aku budak-budak dulu.di kem tempat aku tinggal ada satu pasar yang jadi tumpuan orang untuk carik makanan yang datang dari semenanjung.pasar ni dibuka setiap hari ada bahagian bahan-bahan kering,ada barang-barang basah,ada jugak makanan.tak di nafikan di kuching agak susah untuk jumpa selera makanan dari semenanjung kerana di sana orang semenanjung yang bekerja secara tetap susah dijumpai dan aku bersyukur tinggal di kem penrissen di kawasan blok rumah di mana majoriti dari mereka berasal dari semenanjung dan dari situ aku mula membiasakan diri dengan budaya luar.contohnya saudara aku mengadu pedas bila makan nasik kukus ayam dara, tapi aku tak rasa pun pedas ?? agaknya aku dah biasa makan cili kot.pada aku sambal ayam dara tu pedas + manis dan aku tak boleh berhenti makan ayam goreng berempah cicah sambal tu.

berbalik kepada bazaar tadi,tarikan utama di bazaar tu adalah makanan yang dijual majoriti nya selera masyarakat malaysia barat/ semenanjung dan itu menjadi buruan kepada orang sarawak yang sudah 'lejuk' dengan ikan terubuk panggang,'manok' panggang, mee kolok dan laksa sarawak.
macam screen shot di atas aremania itu adalah pak su aku jadi dia pergi ke bazaar kem penrissen untuk cari menu 'sungkei' lain dari yang lain dan sudah pasti juadah berbuka yang dibelinya sik dijual rah bazaar kota sentosa atau pekan serian.

populariti bazaar kem penrissen di bulan ramadhan tak usah dipertikaikan lagi kerana sudah terbukti waktu petang semasa orang balik kerja, jalan dalam kem tu sungguh sibuk dan MP - polis tentera akan bertugas mengawal lalu lintas.macam pakcik aku sebutkan di atas  laksam,nasi kerabu,bubur lambuk,terengganu,sup tulang amat rare lagi nyakit dicarik di sana.yang menjual menu tu sudah tentu lah isteri-isteri anggota tentera yang bertugas di kem tu.jadi mereka masing-masing menjual makanan dari negeri mereka.
agaknya kalau nasik kukus ayam dara di jual di sana sudah tentu roboh gerai makcik tu pasal ramai sangat orang,itu belum char keuy tiow lagi agaknya baru sejam bukak bisnes dah tutup kedai pasal banyak sangat permintaan.


Thursday, August 2, 2012

solidariti yang tiada dalam family


satu masa dulu aku pernah berada dalam bahaya tetapi aku terpaksa menanganinya sendiri kerana tiada backup dari family aku sendiri,baik adik beradik atau ibu bapa sekiranya aku dilanda masalah tiada sebarang sokongan diberikan kepada aku.solidariti itu bermaksud bantuan,sokongan atau tindakan yang diberikan jika rakan kita di usik,di ugut atau di ancam oleh orang lain. solidariti itu juga titik tolak kepada kesedaran kepada rakan seperjuangan untuk membantu rakan-rakan menghadapi segala tekanan.
jadi aku   berterima kasih kerana di kurniakan rakan-rakan yang bersurara bila aku ditentang tetapi aku bersedih bila mendapat famili yang tak membantu semasa aku kesusahan sebaliknya aku lagi dimarahi mereka walaupun terbukti aku tak bersalah dan aku perlukan sokongan moral bukannya maki hamun atau kritikan.contohnya masa aku form 5 uncle bob dah tak mau amik aku dan adik aku hantar pegi sekolah sebaliknya bapak aku yang haram tak tau cerita marah aku sambil ungkit cerita 6 bulan yang lepas.sejak tu aku langsung tak harapkan apa-apa dari famili aku kerana mereka tak boleh diharap.

Wednesday, August 1, 2012

biarkan anjing menyalak


sebagai individu yang berhati keras aku tak terasa pun bila member aku panggil aku fucker,cocksucker,shitbrick,dickhead dan sebagainya.lagipun dah nama pun kawan aku buat apa aku nak touching dan dia bukan marah dan menghina aku.
disebabkan terlalu banyak menonton movie amerika dan british perkataan FUCK tu tidak memberi makna yang kasar sebab aku dah biasa dan ter-naturalisasi dengan penggunaan perkataan shit dan fuck setiap kali berbual.dan makna fuck tu bukan sekadar merujuk kepada kelamin wanita tetapi juga ungkapan bila aku bencikan sesuatu dan bila aku nak ungkapkan betapa teruknya sesuatu itu pada pandangan aku.
aku percaya setiap manusia ada hak untuk berekspresi atau meluahkan sesuatu dengan cara tersendiri.jadi buat ape nak peduli dengan apa orang cakap.kalau kat malaysia baru cakap fuck dan shit sudah touching tak usah la berangan nak pergi UK dan amerika kalau seorang rakyat malaysia baru cakap fuck shit 40 orang sudah sakit punggung.#butthurt
aku tak faham kenapa semakin meningkat usia semakin ber hati kaca,baru usik sikit dah melatah agaknya bangsa melayu kalau mereka mencarut sesama sendiri tak mengapa tapi bila orang lain tegur terus jadi isu.pada aku mereka ini lebih dari hati kaca tetapi jugak bangsa HARIAN METRO-nian pasal lebih sibuk hal peribadi orang dari apa yang sepatutnya di fikirkan,contohnya aku tegur member aku dengan cara aku yang biasa tetapi itu yang mereka sibuk kan dari ambil tahu apa yang aku bincangkan dengan member aku.
yang aku tahu semasa aku berbincang dengan member aku aku melukis kempen 50 5ucklidarities - huruf 55 aku gabungkan dengan perkataan suck + solidarities.


#biarkan anjing menyalak kerana mereka tak faham bahasa manusia
# di bulan puasa ni aku memang suka orang tabur fitnah lebih-lebih lagi orang yang tak kenal aku
#tak kenal maka tak tau
#kalau hishamuddin rais dengar pasal ni ini sesuatu yang bodoh,setiap manusia ada kebebasan dia sendiri tak kira la profesional atau tak

Sunday, July 29, 2012

jika aku seorang perdana menteri

uniform aku sebagai perdana menteri hanya lah baju kotak-kotak, kasut sneaker dan seluar slack hitam kain keras.untuk apa pakai suit dan kot mahal-mahal kalau masih ada rakyat aku yang menderita kemiskinan,miskin bersama aku,kekayaan kita kongsi bersama.
semasa parlimen bersidang ADUN atau perwakilan hendaklah datang ke mikrofon yang disediakan,bukannya tidor di kerusi empuk sambil menyampuk apa usul yang dibentang dan dibahaskan seperti di malaysia.cukup la sekadar kerusi bangku yang ada kusyen dan duduk berhimpit bergesel bahu sambil memikirkan apa yang perlu disuarakan untuk rakyat dan apa idea baru bagi menjadikan kehidupan kita ke arah yang lebih baik


bila aku menyuarakan betapa majunya negara orang dari segi kebajikan rakyat bukan dari segi bangunan tertinggi,lemang terpanjang,ikan bakar terbanyak,ketupat gergasi,rendang 1001 ramuan,kek lapis berjalur terbanyak di dunia.
aku di cadangkan jadi perdana menteri mula-mula aku anggap itu sebagai sindiran tetapi bila di fikirkan balek ada jugak yang menerima idea bernas aku.

manifesto atau janji aku sebagai perdana menteri ialah :

memperkenalkan slogan ' biar kroni tak kaya,asalkan rakyat selesa'

memansuhkan akta universiti dan kolej universiti (AUKU), akta 174, dan bermacam lagi akta yang menyekat anak-anak muda yang ada kesedaran dari berkempen dan menyuarakan pendapat.pada aku mahasiswa lebih berkesedaran kerana mereka bebas dan tidak dibayar untuk berkempen serta mereka juga sayangkan negara ini.anak muda ialah nadi penggerak dan jatuh bangun sesebuah negara.ambil contoh kerajaan kuku besi ben ali ditumbangkan oleh anak muda tunisia.

menjadikan sistem pengangkutan di malaysia antara yang terbaik di asia.kalau jepun yang ada gempa bumi,gunung berapi,tsunami tetapi  mereka boleh buat seluruh jepun ada kemudahan kereta api kenapa malaysia tak boleh ?? aku akan memperuntukkan beratus bilion untuk membangunkan kemudahan laluan kereta api ke seluruh malaysia bukan tanah melayu saja.

mewujudkan bandar-bandar baru seperti berasaskan negara-negara eropah iaitu penduduk tinggal di bandar yang ada kemudahan lengkap bukannya bekerja di bandar tetapi menetap di luar bandar dengan mengumpulkan penduduk di bandar mereka akan ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam dan dengan ini kesesakan lalu lintas dapat di atasi dan menjimatkan petrol.

mewujudkan sudut pidato di tengah-tengah pusat bandar,dengan ini lebih jelas untuk aku mendekati rakyat tanpa perlu ke ceruk kampung tetapi dengan menarik mereka ke sudut pidato untuk berdebat dan meluahkan pandangan dan pendapat sudah cukup bagus.

memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik,mereka tidak perlu menyertai parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan, sebuah parti mewakili 100% suara maha siswa akan ditubuhkan dengan mereka bebas untuk memilih parti mana yang mereka rasa sudi bekerjasama dan memenuhi tuntutan mereka.

menghapuskan tugas minimal jabatan agama islam iaitu sibuk menangkap orang berkhalwat tetapi sering kedengaran aduan mualaf saudara baru mengadu tiada bantuan untuk meneruskan hidup dan tiada tempat bergantung.dengan ini jabatan agama islam aku sarankan lebih menumpukan menjaga kebajikan sesama ummah dari sibuk menganggu apa yang mahu mereka buat dengan kelamin mereka.

mewujudkan unemployee beneficial iaitu bantuan wang saraan untuk mereka yang tidak bekerja.dengan sumber nya aku perolehi dari mencekik duit para jutawan,bilionaire yang tak berfikir  untuk beramal adalah lebih baik aku mengenakan cukai yang tinggi setiap bulan kepada mereka.bantuan wang sara hidup tidak bekerja ini aku salurkan kepada penggangur,pencen,pesara kerajaan,golongan tidak bekerja - student kolej/universiti,pelajar sekolah menengah,lepasan SPM,pelajar tingkatan 6 dan mereka yang belum mendapat kerja. bantuan ini diperuntukkan rm 500 sebulan dengan agihan sebanyak rm 125 seminggu,bantuan ini dituntut di khidmat komuniti yang akan ditubuhkan bila aku menjadi perdana menteri

mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat tetapi mereka mendapat pulangan setimpal.contohnya pada rakyat yang bergaji rm 2000 sebulan aku akan kenakan cukai 700 sebulan termasuk insuran,pulangan nya ialah jika dia dimasukkan ke hospital dia tidak perlu membayar bil perubatan kerana telah di potong dari cukai bulanan.dan kepada yang mempunyai anak pula mereka tak perlu runsing mencatu duit hendak membeli susu,lampin untuk anak kerana itu boleh di tuntut di khidmat komuniti dengan memberi maklumat anak mereka dan menyertakan sijil lahir anak sebagai bukti penerimaan.

menyediakan kemudahan pendidikan percuma,sebagai sosialis aku sentiasa mahukan keadilan untuk setiap masyarakat jadi pendidikan percuma adalah satu bentuk kemudahan dengan aku memansuhkan sistem akademik dan kokurikulum di malaysia dengan mengikut sukatan pelajaran dari United Kingdom,kerana modul mereka ialah 'belajar apa yang kamu cenderung dan minat,bukan belajar untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan'

mewajibkan pelajar-pelajar melayu lulus dalam bahasa tamil,dan cina - kerana anak-anak cina dan india mereka terpaksa menanggung beban kerana wajib lulus mata pelajaran bahasa melayu.dengan undang-undang ini anak-anak melayu sedar bahawa mereka tidak lagi dimanjakan oleh sistem akademik yang lapuk ditelan zaman

mewajibkan aktiviti kokurikulum berdasarkan minat pelajar,untuk apa buat persatuan bahasa melayu kalau pelajar hanya masuk untuk mengisi kuota saja?? lebih baik buat persatuan gamers online, blogger sekolah, hacker remaja sekolah, ultras smk ..... , fixie skool,dan buat sukan yang jadi kegemaran mereka seperti futsal,street soccer,bola sepak,bola keranjang,sofbol, baseball,ragbi,american football,lacrosse ini lebih cool kerana menepati citarasa mereka.

aku juga bercadang menghapuskan irama nasyid kerana semasa era sekolah aku hanya muzik nasyid yang dapat kelulusan ustazah/ustaz dan para cikgu untuk dipertandingkan mewakili sekolah selain itu hanya dikir barat saja.anak muda meminati muzik dan tarian apakah salahnya?? mereka di paksa mem poseurkan diri dengan memakai songkok hitam,baju melayu dan mengenggam kedua-dua belah tangan di pinggang sambil bernasyid lagu yang shit serta penulisan lirik nasyid yang entah apa-apa.aku menggalakkan mereka bermain muzik yang rebel dan mendatangkan semangat untuk berpogo sambil bangkit memberontak seperti grunge,punk rock,hardcore, muzik lain seperti alternative,soul,acoustic,sub pop,brit pop,brit rock juga digalakkan tetapi jika ada yang mahu hip hop berteraskan kesedaran dan perjuangan membela gologan kulit hitam itu aku luluskan tetapi jika hip hop ala caprice,Black eyed peas itu, sila bermuzik di luar kawasan sekolah ..

menambah waktu PJK iaitu pendidikan jasmani kerana budak-budak seronok bersukan dan menghilangkan tekanan belajar dengan menambah waktu pjk sebanyak 2 jam seminggu kepada 8 jam seminggu dengan dari 5 hari seminggu mereka perlu bersukan 4 hari ini bertujuan mereka sentiasa seronok berada di persekitaran sekolah.


menyediakan satu kelas,satu bilik darjah/kelas dengan ini para pelajar itu mempunyai satu tahun untuk menghias kelas mereka mengikut kreativiti dan tanpa perlu berasa risau budak kelas petang akan menjahanamkan hasil kerja mereka.dengan ini juga barang-barang atau properties milik mereka terjaga kerana tiada perkongsian kelas dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.

menyediakan sudut lepas geram dengan menyediakan tembok untuk mereka meluahkan perasaan atau berekspresi tentang emosi mereka sama ada geram,marah atau bergembira.dengan ini dinding bilik kelas dan permukaan meja mungkin lebih bersih dari sekarang ini

memansuhkan sistem ujian memandu sedia ada,untuk lulus ujian memandu di   michigan,amerika syarikat hanya ada 2 step iaitu ujian bertulis/undang-undang dan kemudian ujian jalan raya. untuk lesen memandu kereta bayaran ujian undang-undang ialah 25 us dolar saja dan jika gagal untuk mengambil semula ujian itu tidak perlu dibayar sekali lagi kerana 25 dolar itu masih boleh digunakan untuk ulangan kali kedua, untuk ujian jalan raya pula rm 50 us dolar dicaj ini masih dikira murah berbanding di malaysia yang sekarang ini memakan 750 untuk lesen D sahaja. ujian jalan raya di michigan tidak la teruk seperti malaysia semasa sesi ujian jalan raya kita akan menggunakan kereta auto dan membuat ujian parking dengan dibawah kendalian tutor, di amerika juga tidak perlu melalui ujian jpj dan dalam tempoh 2 minggu saja sudah dapat mempunyai lesen kereta.untuk menjadi negara maju kita haruslah mengikut modul negara maju dan memastikan rakyat selesa tanpa terbeban dengan sesi pengajian yang memakan masa yang lama.

memansuhkan proton -  proton menjual produk sendiri di malaysia pada harga yang tidak munasabah dengan kualiti kereta yang dihasilkan.untuk mengelakkan pembaziran projek yang tidak menghasilkan untung dan membebankan adalah elok jika proton di tutup dan cukai untuk kereta yang di import diturunkan dengan ini mudah lah rakyat kita memiliki kereta jenama luar yang jadi idaman mereka

membangunkan bandar-bandar lain - adalah tidak adil kuala lumpur dan putrajaya bandar yang  tidak memiliki sumber bahan mentah menerima peruntukan lebih banyak dari bandar lain. contohnya sarawak yang kaya dengan gas asli tetapi bandar kuching,miri tidak la setanding dengan kuala lumpur. adalah lebih elok aku memajukan bandar-bandar lain seperti ipoh,kuching,kota kinabalu,shah alam,george town,alor setar,melaka,seremban,kuantan,kangar,kuala terengganu supaya sama taraf dengan KL dari segi kemudahan dan keselesaan rakyat. umpamanya membina trem dan monorel untuk memudahkan pengangkutan dan bukan nya membina bangunan tinggi dan shopping kompleks yang menjadikan rakyat kita semakin membazir dan hanya berbelanja sakan saja,adalah lebih elok di bina muzium,pusat kebudayaan dan warisan dan taman tema air untuk mereka bersuka ria dari membina pusat membeli belah yang tidak tahu adakah mampu menghasilkan keuntungan besar dan dibina bangunan tinggi yang mempunyai lot pejabat kosong.

mewajibkan universiti,kolej,institut perguruan,institut kemahiran dan politeknik dibina di kawasan pekan atau bandar yang ada kemudahan di tahap memuaskan ini untuk keselesaan para pelajar dan memudahkan mereka.

mengenakan syarat wajib kepada pembangun hartanah supaya apartment,pangsapuri yang bakal dibina mempunyai kemudahan seperti padang bola,court futsal,gelanggang basketball untuk bersukan.

menghalal kan penerbitan dan penjualan majalah,akhbar dan buku yang berhaluan kiri untuk dijual secara terbuka di kedai-kedai buku dan meng halal kan sebarang jenis demonstrasi jalanan atau protes.juga menggalakkan kebebasan bersuara terhadap sebarang isu tanpa mengambil kira sensitiviti ini bertujuan mengelakkan budaya cakap belakang atau mengumpat di media elekronik dan laman sosial

mengharamkan penerbitan majalah hiburan seperti mangga,hai, urtv dari dijual dan diterbitkan dengan ini artis tempatan akan lebih berilmiah dan ber pengetahuan dari memikirkan hendak membuat cerita karut tentang sape kekasih lama dia,sapa datuk X yang jadi secret admirer dia.dan menarik balik permit penerbitan majalah mastika yang semakin mengarut dari berleluasa meracun minda anak muda.akhbar tabloid seperti harian metro di haramkan dari diterbitkan kerana menjual cerita bertaraf sampah dan dengan langkah ini mampu membendung masyarakat kita dari menjadi masyarakat sampah yang suka membaca cerita sampah dan mengurangkan dosa masyarakat kita yang sibuk hal kangkang orang lain.

menguatkuasakan undang-undang supaya sebarang jenis rancangan realiti TV tidak diterbitkan kerana membazir duit dan membodohkan masyarakat kita,mendidik masyarakat untuk berusaha gigih dalam hidup dari mencari jalan pintas dengan menjaja kisah hidup susah,adik cacat,tunang miskin di dalam rancangan realiti tv semata-mata meraih simpati.

mengadakan debat sesama ahli politik setiap minggu dan bukannya setiap kali kempen pilihanraya ini mendedahkan kepada rakyat siapa yang layak dipilih menjadi pemimpin dan manifetso siapa yang pada mereka lebih rasional dan mampu dilaksanakan

menggalakan toleransi sesama agama,ini bertujuan menghapuskan sentimen kristianisasi,islamophobia dan pelbagai jenis sentimen keagamaan lagi .dengan liberalisasi sesama agama lebih mudah kesepakatan dan perpaduan diwujudkan dan sila hormati hak orang lain beragama.

penerbitan majalah bolasepak yang berteraskan liga bolasepak tempatan akan mudah diberi lesen penerbitan ini bertujuan menghapuskan mentaliti EPL liga kita, England pasukan kebangsaan kita.dana juga disalurkan kepada majalah yang menerbitkan perkembangan liga bolasepak malaysia tanpa ada dicampur adukkan dengan info liga eropah.hanya info liga negara asia saja yang dibenarkan ini menunjukkan benua asia juga ada liga juara-juara mereka sendiri.

gologan monarki hanya meneruskan kehidupan mereka sahaja tanpa terlibat dalam mana-mana parti politik dan bidang kuasa mereka hanya di dalam istana saja.rakyat biasa juga tidak dikenakan sebarang tindakan malah di beri mandat dan kebebasan untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap institusi beraja.

menetapkan gaji minimum serendah 1700 sebulan ini mengelakkan majikan dari menindas pekerja dan menjaga kebajikan golongan kelas pekerja/kolar biru/proletariat dan rakyat marhaen.memastikan 1 mei adalah hari cuti dan hari peringatan kepada para pekerja. pekerja haruslah bekerja mengikut waktu syif saja jika overtime,ianya mestilah kerelaan pekerja itu sendiri bukan atas paksaan majikan.

rumah perlindungan diberikan kepada anak-anak yang lari dari rumah dan dihalau oleh keluarga.ini keutaaman aku sebagai perdana menteri memberi perlindungan dan bantuan kepada yang memerlukan.


banyak lagi idea yang akan menyusul nanti aku tulis ...

Friday, July 27, 2012

burger al-harith satu-satunya burger ber delivery di sungai air tawar

biasanya bazaar ramadhan akan tutup lepas maghrib jadi sesiapa yang balik lepas tarawih tu pastinya lapar dan kalau dah sampai ke rumah mesti malas nak keluar semata-mata nak beli sebijik burger, tetapi ada sekumpulan student yang terdiri daripada pelajar semester 5 diploma seni bina,diploma pengurusan pelancongan dan diploma pengurusan hotel katering dari politeknik sultan idris shah  yang ada idea luar biasa dengan usaha sendiri untuk membuat bisnes burger yang dimulakan selepas solat tarawikh dan yang paling penting ada perkhidmatan penghantaran ke rumah (delivery) caj penghantaran ialah sebanyak rm1 sahaja.  beli 5 burger percuma 1 benjo.untuk student luar yang susah nak cari kedai makan kerana rumah sewa yang berada di lubuk bunian  ini sungguh berguna lebih-lebih lagi kepada yang malas nak keluar rumah di waktu malam.

yang pastinya projek burger ini atas usaha mereka sendiri tanpa kongkongan AUKU,JPP,pengarah PSIS,akta 174,ketua jabatan dan pensyarah. DIY !!


Thursday, July 26, 2012

kenangan puasa

 
aku mula berpuasa sepenuhnya 30 hari masa tingkatan 1.jujur ni aku cakap masa budak-budak dalam 30 hari tu memang ada yang aku missing puasa,tapi tak puasa atas pengetahuan ibu bapa aku pasal aku baik dan jujur serta lurus bendul. untuk darjah 1-3 aku puasa separuh bulan pasal tak larat lagipun sementara tunggu waktu berbuka aku selalu tertidur paling aku ingat masa darjah 1 sementara menunggu waktu berbuka aku tertidur di bawah meja makan.LOL !

masa darjah 4 aku mula berazam nak puasa penuh tapi pada minggu  akhir ramadan ada satu hari aku ponteng puasa setelah tak larat dan pening kepala .darjah 5 plak aku tak dapat mengelak dari ponteng puasa pasal keluarga aku dilanda demam campak ini satu keluarga yang kena kecuali bapak aku,entah bila dia kena aku tak tau.tapi yang paling teruk kena demam campak mestilah aku sampai kena masuk wad,yang masuk wad tu pasal bukan setakat demam campak tapi demam panas sekali itu la pakej demam paling kombo dalam sejarah hidup aku.tu la kali pertama aku beraya di hospital.raya ke 3 baru aku keluar wad.

darjah 6 plak aku puasa 29 hari tapi hari terakhir tu aku ponteng puasa pasal dah tak larat meneruskan perjuangan puasa selama sebulan.entah apa gila kepala aku sanggup ponteng puasa.masuk ke alam remaja aku berjaya meneruskan puasa selama 30 hari dengan jaya nya,tapi bila dikenang balik, zaman sekolah aku agak nerd ( di dalam sekolah sahaja) di luar sekolah aku agak rare pasal tak ikut trend semasa.

time budak-budak pergi ke bazaar adalah kelemahan utama aku, pasal nampak air berwarna -warni mesti rasa nak beli walaupun rasa macam haram.tapi nafsu buas tu hilang masa darjah 6 aku mula berfikiran rasional dalam memilih dan membeli makanan untuk berbuka,aku hanya membeli air minum dan main course saja,kalau kuih aku paling cerewet kalau tak jumpa kuih ...... aku tak kan beli kuih lain,aku sendiri tak tau kenapa aku suka sangat dan nafsu makan aku kat kuih.... sentiasa evergreen, kuih yang aku maksudkan tu ialah kuih TAKO aku mula kenal masa sekolah rendah .waktu tu aku masih menetap di kem penrissen, jadi bazaar di kem penrissen itu lah satu-satunya tarikan di kem tu.kuih ni dipercayai berasal dari selatan semenanjung tapi selama 6 tahun di KL aku tak pernah jumpa kuih ni.melihat kepada tekstur nya saja dah membuat aku tak dapat menolak dari membelinya apatah lagi kuih yang beracuan kan daun pandan ni susah sangat nak muncul depan mata aku


berbalik kepada bazaar ramadan di kem tempat aku tinggal dulu,pasal yang berniaga makanan di bazaar tu adalah makcik-makcik yang suaminya bekerja sebagai skar dan ada dari mereka yang berasal dari pelbagai negeri dan daerah dari situ pertemuan makanan dan tak hairanlah sedara mara aku bila berkunjung ke rumah kitorang hujung minggu selalu berpesan belikan laksam,dan nasi kerabu pasal kat pekan dan bandar kuching makanan sebegitu adalah unik dan lain dari yang lain,hari ni bila aku kenang situasi sebegitu aku rasa bertuah jugak dibesarkan dalam persekitaran pertemuan pelbagai budaya dan makanan.