Friday, August 31, 2012

Budi Mu Tinggi Nilainya

Walaupun berhaluan kiri dan selalu memberi kritikan pedas.jauh di sudut hati aku sayangkan negara ini dan mahu merampasanya dari tangan si dajal kronisme dan kapitalis
lagu ni dah 10 tahun terngiang-ngiang di telinga aku setiap kali bulan kemerdekaan

Thursday, August 30, 2012

Makna HP Yang Kita Tak Sedar

secara umumnya kita tahu HP itu .....

 
tapi sebenarnya HP itu lebih dari jenama..dan ada jugak membawa maksud lain 

 

Sebab Kenapa Aku Dah Gemok

Pada berat 70 kg aku rasa dah cukup gemuk untuk seorang yang berketinggian 167 cm paras body mass index juga pada 24.9 iaiti berada di paras overweight.aku masih berasa hairan macam mana dalam masa setahun setengah berat badan aku boleh naik sampai 15 kg pada awal 2011 berat aku ialah 65 kg dan semasa cuti semester berat aku tiba-tiba naik jadi 75 kg !!

sejak bulan mac 2012 aku mula melakukan langkah drastik dengan mengurangkan berat badan,timbangan pada bulan mac menunjukkan berat aku ialah 80 kilogram,berat yang paling berat dalam hidup aku.selepas seminggu berhenti mengambil nasi berat aku turun kepada 75 kilogram dan berat itu statik sehingga bulan ogos 2012 bila timbangan berat diambil menunjukkan berat aku sebanyak 70 kilogram. 10 kg turun dalam masa 5 bulan,member aku memang tak nampak penurunan ini sebab aku bukannya menggunakan london weight management yang mampu menurunkan sehingga 20-30 kg dalam masa beberapa minggu saja,

satu lagi usaha keras yang perlu diambil ialah dengan menghentikan pengambilan makanan berasaskan beras.seperti mee hoon jadi dalam kes ini aku harus kembali kepada Rancangan Menguruskan Badan Azfar Pertama (RaMBAP) rancangan ini  terbukti berjaya pada 2007/20008 dengan aku mampu menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 7 bulan,berat aku asalnya 70kg tetapi dengan pengambilan roti yang berterusan aku berat aku akhirnya kurang kepada 60 kilogram untuk tempoh 3  tahun iaitu 2007-2010

pengambilan air gas jugak menjadi punca kenapa perut aku membesar.http://www.esempoi.com/kesihatan/2-sebab-utama-untuk-berhenti-minum-air-soda/

aku bertekad untuk menghentikan pengambilan air bergas dan mula mengambil roti sebagai makanan ruji,

Wednesday, August 29, 2012

3 bulan Sia-Sia Dan Teruskan Mengira

 masa LI dulu ada la jugak dapat pergi trip 3 hari 2 malam,4 hari 3 malam.bila dah habes latihan industri ingat dapat lebih masa bersama tapi lagi teruk dari yang disangka.aku cuba memberi layanan baik tapi bila diberi madu kita pulak disuap dengan racun.

5 bulan dulu aku percaya lah waktu kerja mengikat dan menjadi penghalang untuk bersama tapi bila dah sambung sem ni adakah waku kelas menjadi penghalang ? aku menulis dalam keadaan hati aku bengkak dan perasaan aku hancur lebur.aku masih tak dapat beli BB walaupun dah keluar duit cuma tinggal nak beli saje,aku nak dia teman beli BB pun susah ??  aku lupa yang 'menteri' ni lebih pentingkan nama dan prestij dari dihormati oleh orang yang lama menanti untuk bersama.

aku masih ingat ayat 'masa study ni la nak lalui semua benda sama-sama,sebab lepas study dah tak dapat lalui semua ni sama-sama' bila aku baca ayat ni dalam mesej aku pun tersentak dan tersedar dari mimpi tapi ayat ni jugak la yang 'menidurkan' si penulis ayat itu.agaknya mesej yang mengandungi ayat tu ditaip dalam keadaan mamai sebab tu lah masa menghantar mesej bersungguh-sungguh je bunyinya tapi bila di dunia nyata macam yang aku alami sekarang ni.
 
asalnya 2 bulan itu pun aku cukup berasa diperbodohkan dalam 2 bulan tu dengan alasan tak munasabah,aku lupa 'menteri' ni pentingkan diri dan kroni dari ahli keluarga sendiri sampai aku pun terabai.biasala menteri bila dah ada kroni pentingkan kroni bila bergaduh atau ada tak puas hati,aku jugak la tempat mengadu.sekarang dah 3 bulan dan aku cukup kecewa dan sakit hati dengan orang mengelak dari berjumpa aku dan orang suka bertangguh aku dah tak boleh terima sebarang alasan lagi,sebelum ni mengata aku mempermainkan perasaan dia tapi dia tak sedar dah 3 bulan mempermainkan perasaan aku yang bersemangat nak pergi trip tapi selalu batal sebab menteri yang terlalu sibuk menteri yang selalu ada masalah mood.


Saturday, August 25, 2012

Rambut Baru

Rambut baru ni mendatangkan kos RM 8.00 tunai kepada aku.kali ni di kedai gunting yang diusahakan oleh 2 orang lelaki berketurunan Acheh.# sebenarnya semua kedai gunting area Datuk Keramat ni diusahakan oleh keturunan Acheh.

Pilihan style rambut kali ini ialah layer-pendek sebab sebelum ni layer panjang mendatangkan masalah kepada aku kerana panjang yang tak sekata dengan panjang rambut sideburn boleh merosakkan penampilan.untuk rambut baru ni penampilan aku lebih mirip ALIF SATAR.
Muka aku sebelum digunting rambut agak kelihatan garang,ditambah dengan lebatnya janggut dan misai mampu menggerunkan sesiapa yang tak mengenali diri ini.

Akan tetapi selepas rambut digunting dan misai serta janggut dicukur aku kelihatan muda semula,sebenarnya punca aku tak mencukur janggut dan misai ialah kerana aku tak bawak balik pisau cukur dan krim pencukur yang aku tinggalkan di rumah sewa.atas sebab rimas dengan janggut dan misai yang makin lama makin menjadi lebat nya aku pun membeli krim pencukur dan pisau cukur yang baru untuk digunakan di rumah keluarga di KL.
 

sebelum

selepas

 

Wednesday, August 22, 2012

kecewa di raya ke 4

ini  bukan kecewa tak dapat merasa seafood,kek lapis,rendang atau ayam pansoh.tapi ini kekecewaan aku tak dapat ke stadium sarawak.sejak balek raya aku dah bersemangat nak pergi ke stadium untuk tengok team sarawak main di depan mata aku.tapi hari ini 22 ogos 2012 aku akan ingat sampai bila-bila.pertamanya, aku dah plan nak pergi dengan pakcik tapi disebabkan hal astro rumah dia rosak jadi dia terpaksa batalkan trip.sedikit bengkak pasal aku bersemangat ibarat budak kecik tetapi bila harapan musnah,tak payah la diceritakan rupa kecewa anak kecil bila hajat nya tak termakbul.

keduanya,setelah dicarik sape sape yang nak pergi sekor pun tak mengaku nak pergi ke stadium, ini ke saudara?? lantak la,nanti kalau ada match besar kat KL jangan harap aku nak tolong,hukum karma tu penting untuk mengajar orang.dapat la jugak sorang nak pergi tapi hampeh # harapan palsu.
tunggu punya lama sekali tak jadi pergi la.#nakharon
cukup kecewa aku dengan penantian berakhir sampai sebegini,di tanah sarawak ni aku dilahirkan,dibesarkan tapi di tanah air ni juga aku tak dapat menjejak kan kaki ke stadium negeri,tak berpeluang menonton aksi pasukan sarawak di depan mata.
dari sini dengan jelas aku dah nampak yang aku takde jodoh dengan pasukan sarawak.lagi pun aku bukannya bangga dengan pasukan sedia ada kerana pasukan so called sarawak ini bermain di kuching,pemain majoriti berasal dari kuching.aku dilahirkan di gedong,membesar di gedong dan kem penrissen batu 8.dalam setahun boleh dikira dengan jari bila aku pergi ke bandar kuching.dari seni makin kuat keinginan aku untuk ada team bola yang berkaitan dengan aku.contohnya 
FC penrissen 08, aku menetap di kem penrissen batu 8 selama 7 tahun dari situ aku berasa ada kaitan aku dengan kem itu.

untuk tubuhkan FC Gedong pulak aku lebih bersemangat kerana di kampung ini aku dilahirkan,di mana aku membesar dan bersekolah walaupun hanya untuk sekejap.di sini jugak ada saudara mara aku.jadi aku lebih menyokong FC gedong jika ditubuhkan.untuk batch terawal aku memilih budak-budak berusia 7-8 tahun sebagai first class team.kemudian pasukan ini akan dilatih dari kecil hingga remaja sebelum mereka dibentuk menjadi FC Gedong senior team. dan sudah pasti pasukan ini bermain di kampung gedong kerana lebih dekat di hati penduduk kampung gedong.

selamat tinggal teh tarik gelas besar

 TTGB banyak mempengaruhi dan membentuk aku pada hari ini hasil pembacaan artikel tulisan cob nobbler aka Nami di blog tu.hasil tulisan nami juga mengubah aku dari seorang yang taksub kepada teori konspirasi kepada seorang yang benci kepada konspirasi.dari seorang yang suka kepada kemewahan dan pangkat besar kepada seorang sosialis yang bangkit menentang golongan atasan.
dan yang paling penting tulisan nami menjadikan aku seorang yang menghormati hak orang lain beragama dan hak mereka memilih cara hidup masing-masing.

cara penulisan aku di blog kebebasan menulis ini banyak dipengaruhi oleh artikel tulisan nami di teh tarik gelas besar dan sebab itu aku tak segan silu menulis artikel serius aku yang pertama dulu iaitu liberal dulu dan sekarang.tetapi kematian ez mengubah segalanya sejak hari kematian ez pada bulan jun lalu nami sudah tidak lagi menerbitkan entri di TTGB sudah hampir 2 bulan lebih TTGB tidak 'di refill' teh nya.dan hari ini nami mengucapkan salam perpisahan kepada pembaca TTGB. kerana mulai 9 september 2012 TTGB akan ditutup. ini antara perkara yang menyedihkan aku untuk tahun 2012 kerana sudah la fredoom of allocation sudah hilang entri lamanya,kini teh tarik gelas besar pula akan di 'cuci gelas' nya tanda sudah habis segala kemanisan dan kepekatan dalam teh itu.