Saturday, March 17, 2012

aku,mee goreng tak sedap,pakcik berkopiah putih dan non -customer service

di malam jumaat aku mengantuk kerana letih jadi runner petang tu. sampai saja di lrt datuk keramat aku mengidam sangat nak mee goreng.turun saja di lrt aku pun pergi ke sebuah warung du depan lrt. duduk saja kat kerusi aku pun rasa macam alien landing ke bumi.takde sesape datang kat aku amik order.terpaksa la aku angkat tangan panggil seorang pekerja yang sedang mengelap pinggan.

                                     
aku pun order la teh tarik dan mee goreng. lepas saja amek order dia terus menyalak kat tukang masak kat sebelah warong tu.dan teh tarik kat bahagian kaunter.terkejut beruk aku kuat sangat jeritan si pekerja tu patut pun dia amik order takde pegang pen dan nota rupa-rupanya macam tu saje dia amik order.sampai saja teh tarik aku, dia letak saje kat sebelah aku dan biarkan aku asingkan sendiri teh tarik aku dengan orang di meja sebelah tak lama kemudian mee  goreng aku pun sampai. sebaik saja menyuapkan mee goreng tu ke mulut aku, ptuih !!! tak sedap langsung ! rasa macam tut!!  kat mee goreng tu aku rasa macam makan kacang je tapi tak nampak pulak kacang dalam mee tu.dia letak pulak keropok @ papadom tapi haram tak sedap langsung. lebih teruk lagi mee goreng tu dia letak sedikit hirisan bawang merah dan itu langsung tak mampu mengubah mee tak sedap tu menjadi sedap.
                                       
pelik aku,biasa nya tengah hari aku tengok warung tu ramai orang beli makanan,sebab tu aku ingat sedap sangat ke. jadi malam semalam tu aku sekadar test market je la sama ada mee tu sedap atau tak.teh tarik aku pulak tak pekat dan manis macam yang biasa aku minum di kedai mamak.lepas saja makan aku pun pergi ke kaunter untuk membayar di kaunter aku dicaj rm 5.20 sen oleh seorang pakcik ber kopiah putih dan berjaket ada bendera malaysia. tiba-tiba pakcik tu menjerit suruh bayar duit mee dan dia keluarkan not 5 ringgit.rupa-rupanya dia suruh pekerja amik order tadi yang tak sopan tu pegi bayar kat tukang masak tu.
                                              
dan aku berlalu keluar dari warung tu dengan keadaan yang tak memuaskan,kesimpulannya inilah kali pertama dan terakhir aku ke situ.dalam perjalanan ke rumah aku pun berfikir ada logiknya kenapa kedai mamak lebih mendapat sambutan di kalangan orang kita.silap nya di datuk keramat ni takde kedai mamak.di kampung datuk keramat ni banyak kedai acheh dan keturunan indon.kata aqram - budak laundry yang aku kenal masa buat laundry dulu.dia cakap kat datuk keramat sekarang banyak keturunan boyan aqram tak duduk di datuk keramat dia duduk kat ampang.datuk keramat ni rumah nenek dia.dan tak syak lagi 4 tahun dulu aku pun pernah ditipu oleh boyan-bawean ni masa tu aku masih tak mahir lagi bab shopping ni.jadi asal ada barang aku beli je la, masa tu aku nak beli songkok baru jadi aku masuk la ke satu kedai songkok tu dan setelah dicuba pelbagai saiz masih tak jumpa yang sesuai dengan kepala aku.
                                         
last sekali dia bagi try songkok yang dah berhabuk tu dan muat jugak dengan kepala aku.jadi aku beli je la ingatkan dah berhabuk dan berdebu tu murah la harga nya tapi langsung tak ! dan aku keluarkan la 30 ringgit masa tu songkok dia takde price tag dan aku tak tanya harga berapa terus je keluarkan duit.tokey bawean tu apa lagi terus caj 30 dan aku keluar dalam keadaan tak puas hati dah la 30 ,dahtu songkok yang dah berhabuk pulak tu.dan masalah baru pulak songkok tu hanya muat bila aku potong rambut je,bila rambut aku dah lebat songkok tu jadi ketat sejak tu aku memboikot segala bisnes boyan-bawean di situ.
                                    

berbalik kepada pakcik kopiah putih tadi, apa dia ingat sopan sangat ke jerit-jerit depan customer.aku kat kedai mamak takde plak kena macam tu.kat kedai mamak servis lagi cantik,masa aku pergi kedai mamak depan kompleks campbell tu waiter dia terus datang kat aku dan tanya elok-elok siap tulis dalam nota lagi tak perlu jerit-jerit.memang la bil mamak tu lagi mahal dari warung pakcik kopiah putih tu tapi servis dioran sudah cukup selesa bagi aku.dari bahasa si pekerja perempuan yang amik order tak sopan tu aku dah agak yang dia tu indon sebab pekat longhat indon dia.si pakcik berkopiah putih dan perut buncit tu plak rasa kedai dia ramai orang jadi customer service tak perlulah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.