Friday, March 16, 2012

derita sakit hanya aku dan tuhan yang tahu

 aku saket sape peduli,maksud aku tak sape peduli aku saket dan diorang terus memaksa aku menjadikan aku lebih sakit.jika ada silap aku tak mudah memberi kata putus atau kata-kata yang menyakitkan hati orang.tapi aku yang disakiti sebenarnya.cuma aku tak luahkan

aku sedar ku tak punya banyak masa sekarang. syif 3-11 memberi kesan buruk kepada kesihatan aku. angin malam menyebabkan suhu badan aku tak menentu dan seminggu ni aku terpaksa tinggal seorang family aku balek kampung seminggu.tak sampai sebulan demam aku datang balek.terok sangat ketahanan badan aku sekarang. aku tak mintak simpati atau  belas kasihan tapi aku nak dihormati dan jika salah betulkan aku. balek malam pulak menambah risiko aku diserang paru-paru berair.sejak sabtu lepas saluran paip di bilik air tengah  rumah ni bocor dan aku tak boleh guna bilik air tengah yang  ada heater dan sekali lagi aku terpaksa mandi di bilik air yang takde heater,sekaligus menambah risiko paru-paru berair aku.

semalam sekali lagi aku dikejutkan dengan masalah otot kaki aku kejang. sebaik saja bangun dari tidur aku sendiri tengok otot betis aku bergerak dengan sendiri dan tiba-tiba aku terasa sakit yang amat sangat.aku menjerit kesakitan tiada sape yang mendengar jeritan aku.
hampir sejam aku terpaksa baring dalam keadaan memeritkan kaki aku rasa macam dihempap batu.bila aku tengok bahagian yang sakit ada macam urat berselirat dan kedudukan otot teralih dari tempat yang sepatutnya.macam biasa tiada siapa yang peduli dan aku segalanya sendiri.

dengan terpaksa aku bangun untuk berjalan dan setiap derapan tapak kaki aku diselangi dengan rasa perit di betis.jam pukul 11 dan aku harus sediakan makanan sendiri.dengan kaki yang masih sakit aku meneruskan rutin hidup aku.dan perjalanan 45 minit ke tempat kerja dilalui dengan sakit hanya tuhan yang tahu.dan ditempat kerja aku jadi utility worker banyak cover kerja runner,order taker dan supervisor.tapi aku teruskan jugak.aku nasib baik abdullah,firdaus faham keadaan aku berbanding orang yang sepatutnya yang lebih suka marah dan hentam aku dari jaga kebajikan aku di masa susah dan senang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.