Tuesday, March 13, 2012

antara hormat dan komitmen - jari berbisa

aku cukup pantang bila orang tuduh apa yang aku tak buat. paling aku tak suka bila aku dikata penipu atau erti kata lain curang dan sewaktu dengannya.aku cabar kau pasang cctv tengok apa aku buat tiap hari.tapi kau tak boleh sahut cabaran aku.

aku tau sape diri aku. hanya tuhan dan aku saja tahu sape diri aku.jangan sewenang-wenangnya kau cakap ikut sedap mulut.nasib baik aku bersabar tapi kalau panas baran aku datang dah lama ada kesan tapak tangan kat pipi kau,kaki ni tak mustahil dah masuk dalam mulut kau. jangan ingat aku berlembut aku takde perasan sakit hati. kau baru berjauhan dengan family kau dah mula buat perangai macam ni.

ada-ada je salah aku,macam la kau tu betul lagi sempurna.aku tak rasa pun kau tu sempurna.jangan kau jadikan entri ni punca pergaduhan.aku dah lama bersabar,aku luahkan ke tidak puas an hati aku.aku lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu dan aku gunakan akal aku dengan sebaik-baiknya.paling aku tak boleh maafkan kau boleh mula bergaduh semata-mata aku tukar link blog dengan orang lain.ingat aku ni ber selera sangat ke nak ramai bini ?? makwe orang plak tu.cuci la minda tu sikit. kalau nak bini ramai takde nye aku kat malaysia ni.dah lama aku pindah ke oversea sebab awek di over sea lebih terbuka fikiran diorang dan tahap cemburu takde la tahap melampau.
                                        
kenapa perlu mengungkit?? aku tau ingatan aku dah tak sekuat zaman sekolah menengah dulu.kalau aku boleh ada balik ingatan sekuat tu dah lama aku keluarkan point-point yang bersarang dalam kepala aku.aku dah bagi segalanya,aku sanggup mesej seawal pukul 3 petang untuk bgtau kau yang aku akan tidor awal. bangun pukul 5 start keja pukul 7 balek pukul 3. kira-kira 10 jam aku kena korbankan.memang tak letih kan aku bangun pukul 5 lepas tu habiskan 45 minit ke hotel.kau setakat duduk kat resort tempat kau bekerja tu tak payah la nak kata kenapa kau boleh buat tapi aku tak boleh. gila apa?? 45 mint pergi dan 45 minit balek. ingat aku kat rumah kerja goyang kaki je ke.aku pun ada kerja nak dibuat la.

selalu mesej lambat, aku dah beratus-ratus kali bagitau yang line maxis kat rumah aku ni teruk.jadi mesej selalu failed.kalau dah mesej failed bukan salah aku tapi salah line la. bila dah sent mana aku perasan yang mesej tu failed. aku cuba la sampai dapat tapi kau tetap dengan keras kepala batu kau kata aku suka mesej lambat,ada perempuan lain.bangang apa bila aku kat rumah tuduh aku dengan perempuan lain.sampai senior staf tempat aku bekerja pun kau jadikan kambing hitam . yang kau nak cemburu bukan setakat buta tapi tak berakal ni apasal?! dia tu dahla gf orang dah tu ingat aku ni gila seks sangat ke? aku bukan la bernafsu kuda macam kau fikirkan.
                                       
aku cukup setia dan hormat dekat kau selama ni. aku kerja 3-11 SALAH, 11-7 SALAH,9-5 SALAH,8-4 SALAH,7-3 SALAH.semuanya salah entah apa yang betul di mata kau tu.sedar la sikit,berpijak di bumi nyata . di resort tempat kau praktikal tu ada dewan untuk buat event? ada ke 448 bilik ? ada ke order taker,runner,public area ?  jadi jangan bandingkan suasana tempat kerja kau dengan aku. bilik kat resort kau tu berapa la sangat jumlah nya.dan kalau bizi pun time public holiday. aku ni tak kira la public holiday,peak season,hari biasa keja tetap bizi kena release bilik,blok bilik,ambik request,tulis defect,record lost & found,ingat keja aku ni goyang kaki ke.setiap jam ada-ada je call yang masuk.macam mana tak bizi??

bawak2 la sedar diri.sekarang ni kita praktikal suasana tak sama macam sebelum ni.daripada bising tak abes2 aku mesej lewat ada kau usaha nak belikan aku handfon baru?? kau ni tahu bercakap saja usaha takde.kalau aku tak ketuk kau dari bergaduh lebih baik masa tu kita pergi low yat carik bateri baru.jangan ingat aku boleh lupakan apa kau buat kat aku masa kat KFC dan carrefour hari tu. dah jumpa pun kau masih nak bergadoh dengan mengungkit benda2 sama.aku tak tau la kau ni suka mengenang masa lampau atau kau ni rasa diri kau tu tak buat salah.ada salah kau cuma aku ni tak suka mengungkit dan ingat apa yang berlaku.cukup la kau sorang saja yang ada sifat suka mengungkit dan menyalahkan orang.

ini baru sikit, banyak lagi yang aku akan tulis.

aku dah cakap elok-elok yang aku tak de buat pape dan mungkin benda tu aku tak sedar tapi aku tau yang aku takde masa nak bersosial dengan perempuan lain.life aku hanyalah bangun-pegi kerja-balek kerja-baca blog-tidor, itu saja. dan sejak dengan kau lah aku terpaksa lepaskan segala minat aku dulu,dah 3 tahun aku tak pergi konsert.3 tahun aku tak pergi gigs.jika diimbas balek sungguh bernilai masa tu dimana aku setiap minggu carik flyer gig dan kalau ada duit lebih aku akan pergi gig.sekarang ni nak pergi boleh aje tapi bila kau bagi pelbagai hukuman dan tuduhan aku pun terpaksa mengalah.pada kau semua yang aku buat semuanya salah,hanya kau sahaja yang betul dalam setiap perkara.

sampai nak tengok movie,asal filem KRU semua kau anti. tapi filem2 yang tunjuk hantu bodoh lagi bahalol suka sangat tengok. ke kau nak membahalolkan diri tengok hantu tu.setiap kali keluar asal pukul 7 saje mesti kau nak balek.dah la kita jumpa pukul 2-3 dahtu pukul 7 nak balek.aku paling tak suka alasan macam tu. aku steady je balek pukul 8-9 malam.buat apa nak rushing balek rumah?? kau tu umur dah 21 tapi masih lagi rasa diri tu macam budak sekolah rendah.mak-bapak kau pun mesti faham takkan umur dah 21 pun nak dikawal.ke kau takut hantu ?? aku balek kerja pukul 11 sampai rumah pukuk 12 pun masih tak jumpa hantu lagi.tak habes-habes dengan hantu.perangai pun dah serupa hantu.
                                         
bila aku tengok bola pun kau nak jadi kan punca pergadohan .takkan 90 minit sekali seminggu kau nak persoalkan ?! tak cukup lagi ke berpuluh-puluh jam dalam seminggu aku habeskan untuk mesej kau? aku pun ada life dan kau jangan cuba jadi queen control bila aku naik darah kau yang susah nanti.lelaki ni sifat nya gunung berapi ,nampak senyap tapi bila meletus habes binasa kau nanti

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.