Sunday, March 11, 2012

beau isagba, kebajikan britain dan rosmah

kesemua nama di atas bukan lah tajuk utama entri kali ini. ini sekadar tentangan aku kepada rosli harun.
ashraf rosli
 aku tau la anak kau kena rompak dan kemudian di buli oleh sekumpulan ghetto tapi jangan la tunjuk pandai yang sebenarnya menunjukkan kepala bana.
                                          
maksud aku di sini ialah takkan lah disebabkan beau isagba tu tak bekerja,tak sekolah kau kata sistem kebajikan britain menyebabkan dia menjadi macam tu.dan kau jugak pelik kenapa orang bekerja harus membayar cukai kepada kerajaan dan duit cukai itu diberikan kepada orang tidak bekerja,maksud nya orang tidak bekerja di sini ialah penganggur,pelajar dan pencen.
beau isagba
kau pulak kata sepatutnya wang cukai itu disalurkan kepada golongan OKU dan bukannya golongan sihat tubuh badan yang memilih untuk tidak bekerja.bagi aku beau isagba memang bersalah tapi jangan la sistem kebajikan britain di 'kambing hitam' kan. di britain ada lebih seribu jutawan jadi banyak la duit cukai yang diraih,cuba tengok di malaysia ada jutawan,ada bilioaire tapi kenapa masih ada rakyat miskin tak mampu membeli rumah dan ada jugak jutawan yang tak membayar cukai contohnya tony fernandes.

peliknya golongan kelas menengah dan kelas pekerja pulak yang terpaksa membayar cukai dan cukai ini tidak pulak diberikan kepada rakyat yang tidak bekerja, memang bantuan jabatan kebajikan masyarakat ada tapi berapa ratus yang diorang dapat ?? tak cukup untuk hidup selesa. di malaysia ada pelbagai jenis golongan tak bekerja : student kolej-universiti,graduan baru tamat pengajian,pelajar cuti semester,pelajar lepasan spm,golongan yang sedang mencari pekerjaan baru,pencen,OKU, dan macam-macam lagi,tapi kenapa golongan macam ni tak dapat bantuan kewangan hasil cukai itu ?? kenapa di britain boleh buat di malaysia yang di sembang kencang negara maju 2020 tak buat sebagai mana negara inggeris itu??

sebaliknya big mama rosmah puaka yang dapat duit tu untuk beli cincin dan beg yang harganya jauh lebih mahal dari sebuah rumah apartment.kenapa si rosli harun ni tidak bersuara pasal itu ??aku difahamkan rosli harun ni bekas pegawai tentera, dan kalau dah pegawai tentera semua berkaitan kerajaan di pangkah dan tak kan sesekali berani mengkritik rejim najib ibni rosmah.

punca beau isagba jadi macam tu bergantung pada diri dia sendiri.bukannya sistem kebajikan kerajaan britain.kalau aku tak bekerja dan dapat duit sara hidup dah tentu aku jadi blogger sepenuh masa.tengok,dari situ dah ada perbezaan antara seorang remaja imigran yang liar tanpa matlamat hidup dan seorang siswa yang tidak berminat hidup bertuhankan duit dan mahu menikmati keseronokan hidup. tak perlukan wang setinggi bukit kalau nak hidup gembira,tengok la jutawan dan bilionaire diorang semua terpaksa upah bodyguard untuk kesana sini dan tak bebas untuk buat apa ang mereka mahu kerana jadi perhatian umum.

kepada rosli harun, jangan salahkan sistem kebajikan britain.salahkan beau isagba dan ghettos nya yang membuli dan merompak ashraf sehingga patah tulang rahang.dan bukan kebajikan yang menjadikan dia macam tu sebaliknya persekitarannya yang menjadikan dia sebegitu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.