Saturday, June 15, 2013

10 Tahun Dulu

Di satu petang ahad dimana tinggal aku,atuk,abang dan adik lelaki di rumah pusaka di kampung.nenek,mak dan pacik macik aku dah gerak ke kuching.petang ni baru kitorang gerak ke kuching.sebelum tu singgah ke rumah pak su sebab abang aku akan duduk situ.aku dan adik pulak bersekolah di sk mejar jeneral dato' Ibrahim pekan batu 7 dalam kem semenggo.aku masih terpinga-pinga di mana pacik aku no.2 letak sweater dia,sebelum gerak ke kuching petang ni dia ada pesan tolong bawakkan sweater dia tu,entah mana dia letak sweater tu.

Sampai di rumah Kuching aku kitorang ingatkan mak aku dah masuk hospital tapi masih ada lagi.tapi keesokan pagi nya dalam pukul 5:30 aku terkejut bila nenek aku ceritakan pada aku yang malam tadi semasa aku dah tidor pacik aku hantar mak ke hospital dan sebelum tengah malam mak aku melahirkan adik aku yang bongsu,sejak tu bertambah la ahli keluarga aku dari 6 orang ke 7 orang.lepas balik sekolah tengah hari aku diminta mencari tempurung untuk menanam uri adik aku.aku berpeluang melihat adik bongsu aku yang masih kemerah-merahan,mengalir susu dari mulut nya.tapi dia ni senyap dan tidor je.atuk aku bercakap kenapa macam adik aku yang ke 2 rupa dia ni ? Lepas tu atuk aku iqamatkan adik aku tu di ruang kosong bersebelahan meja makan.

Paling sedih mungkin bapak aku sebab dia masa tu outstation dan hampir lebih seminggu dia tak bertemu dengan anak bongsu dia ni.nama pun jadi isu jugak pasal ada 2 versi iaitu siti natrah munirah atau siti natrah nadhirah, jadi ambil masa beberapa tahun jugak untuk aku confirmkan nama sebenar adik bongsu aku tu.tarikh lahir dia pun aku keliru sebab dia lahir malam 15 haribulan dan aku pula menyangkakan dia lahir pada pagi lepas tengah malam 16 haribulan jun.

Sejak adik aku tu lahir,3 bulan jugak aku tak balik kampung.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.