Friday, June 7, 2013

Sembahyang Jumaat Di Kelantan

31 may 2013

Aku sembahyang jumaat di sebuah surau kecil di tengah kota bharu.suraunya sempit hinggakan aku terpaksa sembahyang di atas tar jalan iaitu di kawasan luar surau.tapi apa yang dapat aku perhatikan orang di sini memang dilatih untuk membawa sejadah ke surau setiap kali jumaat kerana masjid/surau yang sentiasa penuh.di sini jugak tidak disediakan sejadah untuk makmum yang sembahyang di luar lantai surau.

Dugaan lain yang aku hadapi ialah sebaik saja masuk ke perkarangan surau aku terpaksa beratur untuk berwhuduk sebab ada paip yang takde bekalan air mujur la barisan nak ambil wudhuk tu tak panjang walaupun masa tu sudah rakaat pertama solat jumaat.

lagi mengharukan ialah kewujudan golongan munafik,iaitu sekumpulan anak melayu islam yang berbaju melayu tapi melepak di kawasan masjid sambil menghisap rokok dan masih lagi meneruskan aktiviti munafik itu sewaktu muslimin lain sedang meneruskan ritual menyembah tuhan.

perkara ini bukan saja berlaku di negeri serambi mekah ini tapi juga berlaku di KL,lihat sajalah di luar madrasah ittifaqiyah kampung datuk keramat bersebelahan taman tasik datuk keramat di mana terdapat golongan munafik yang berseluar jean,berbaju melayu duduk melepak di luar kawasan masjid dan tanpa rasa malu melepak bersama gerombolan rempit mereka sehingga selesai solat jumaat.

Bukan nak berlagak aku sembahyang tapi aku tak menjual imej untuk melambangkan aku pergi sembahyang kerana semasa solat jumaat di surau kecil itu aku hanya berseluar jean dan berbaju t shirt kolar.jika di KL,aku hanya berseluar trek dan berbaju t shirt pergi menunaikan solat jumaat.jika hendak melihat aku solat jumaat memakai baju melayu tunggu saja hari raya.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.