Friday, June 7, 2013

Happy Birthday Ke 22 Abang

Semalam harijadi abang aku ke 22.sejak 2 tahun ni aku kurang baik dengan dia sejak kitorang bergaduh pasal bola,fahaman agama masing-masing dan pegangan hidup masing-masing.2 tahun tu bukan lama lebih-lebih lagi kitorang jarang bercakap walaupun duduk serumah dan aku pulak tak suka perangai dia yang pentingkan diri sendiri

Tapi aku dan dia masih adik beradik yang berasal dari benih yang sama.kami sama-sama bersekolah di taski abim di johor dulu,sama-sama sekolah rendah di sk abang kadir gedong dan sk wira jaya kem penrissen.tapi takdir juga lah yang menghilangkan keserasian kami berdua hinggakan aku angkuh dengan ego aku dan dia berpegang teguh pada pendapat dia.

Kalau 10 tahun lalu kitorang tak dipisahkan,sudah tentu kitorang takkan jadi macam hari ni.sebab tu aku tak suka kalau anak aku duduk asrama di usia muda lebih-lebih lagi ke sekolah lelaki di mana lingkungan perbualan dia hanya dikelilingi kaum adam.

Cukup la macam ni terjadi pada aku dan abang aku,aku tak mahu ini terjadi pada anak aku nanti.apa yang berlaku pada kami hari ini ibarat
" optimus prime dan sentinel prime"


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.