Thursday, June 7, 2012

bangkitlah semula blog lucu menarik

sejak khalis mengumumkan yang blog lucu menarik @ sah dan tak sah bakal menamatkan operasinya sebulan yang lalu aku terasa bagai hilang rakan seperjuangan dalam arena ber blogging ini. usia blog lucu menarik dengan blog aku  pulak sebaya iaitu setahun lebih.bezanya blog dia cepat mendapat rating yang tinggi pasal usaha yang gigih dari tuan punya blog yang pada waktu itu merupakan seorang tokey cybercafe CC jadi mengadap komputer la si khalis siang hingga ke malam.tapi apakan daya,projek perumahan yang menjadi tanggungjawab khalis menjaid punca CC dia terpaksa ditutup dan masa dia terpaksa dikorbankan untuk projek terbaru dia.pengisian blog khalis pula banyak berkisah tentang lawak jenaka,cerita-cerita pelik orang di sekeliling kita.pengisian blog khalis jugak sama dengan aku.bezanya aku lebih banyak menulis tentang bolasepak dan kritikan pedas kepada pasukan malaysia.

masa khalis mengumumkan nak carik pengganti yang boleh meneruskan kesinambungan blog lucu menarik,aku terasa tergerak hati nak calonkan diri.tapi bile tengok keadaan sekarang ni rasanya masa belum sesuai kerana aku ada komitmen lain iaitu sebagai seorang pelajar dan aku cuma bergantung harap pada wifi dan broadband -faham faham je la line internet ni macam mane.berbeza dengan khalis yang ada line internet yang stabil dan kerja mengadap komputer plak tu.pasal tu entri dekat blog khalis jumlahnya berkali-kali ganda lebih banyak dari entri di blog aku. bukan aku tak serius meng update blog,bila aku ada masalah aku tak de mood nak update blog pasal tu aku kurang mengupdate blog sejak masuk bulan 1 tahun ni,kerana aku kena menjalani latihan industri dan masa aku bukan lagi di depan laptop mencari sumber untuk blog tetapi menghabiskan 8 jam aku di hotel.

setelah sebulan bertukar tangan dengan seseorang yang dikenali sebagai hairul ezarm,macam tu la bunyi nama dia,aku tengok blog lucu menarik semakin suram dan tiada isi-isi menarik untuk dibaca.bukan aku nak membandingkan admin sekarang dengan khalis.tapi ambik itu sebagai satu teguran positif kerana antara perkara wajib aku buat setiap hari ialah baca entri kat blog lucu menarik

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.