Thursday, June 7, 2012

jika tiada internet,tiada national geographic,discovery channel



11 dan 10 tahun lalu semasa di sekolah agama sesi petang,aku sentiasa ada naluri bertanya dan ingin tahu bagaimana rupa nabi.aku jugak pernah bertanya macam mana nak tengok muka nabi?? ustaz pun bagi jawapan - pergi ke zaman nabi lah. loyar buruk sungguh.aku minat kelas sirah sebab aku suka mendengar cerita dan aku tak minat subjek lain macam tilawah,arab sebab itu bukan minat aku dan aku takde kecenderungan ke arah itu.

naluri keinginan nak tengok muka nabi tu terlalu menebal dalam diri aku sehinggakan bila ada gambar nabi isa yang dijual oleh para penganut  kristian berbangsa iban aku akan melihat nya untuk tempoh beberapa minit kerana aku hairan bagaimana penganut kristian boleh melukis wajah jesus tetapi tidak umat islam,sengaja aku sebut nabi isa itu jesus kerana rakan muslim aku walaupun ada agama yang sempurna tapi masih jahil mindanya dengan mengatakan jesus itu orang kafir dan bukan islam.aku tak pernah membezakan jesus dan nabi isa kerana bagi aku isa itu jesus dan jesus itu isa.jika difahami jesus menyebar agama yang benar tetapi pengikutnya yang tidak mempercayai atau beriman dengan ajaran yang disampaikan oleh jesus/isa sehingga terpesong akidah nya dengan menyembah jesus.

aku juga hairan kenapa di semenanjung agama kristian sering dipandang serong. pada aku yang sejak kecil berkawan dan bergaul dengan umat kristian,bersekolah bersama mereka,bermain bola bersama mereka dan rehat bersama mereka tiada apa-apa pun yang aku rasa menyesatkan aku kerana mereka seperti aku juga rutin kehidupan seharian cuma aku tak makan babi,pergi gereja dan memakai rantai salib aku juga sering meminta mathias lani atau rudy menunjukkan kepada aku rantai jesus mereka kerana aku nak tahu sama ada jesus itu dipaku kaki dan tangannya semasa di salib atau diikat kaki dan tangannya naluri ingin tahu aku memang kuat .sering kali umat di tanah melayu diingatkan dengan kehadiran paderi yang akan memurtadkan umat islam,memberi wang ganjaran bulanan dan diberi minum air basuhan kaki paderi.ini satu amaran bodoh dari orang yang sejak kecil aku jangka dia hanya mengetahui agama islam tetapi tidak mempelajari agama lain seperti kristian,buddha dan sebagainya.

golongan yang murtad seperti lina joy itu pasti mengejutkan kerana sejak kecil diajar oleh ibunya tentang al quran tetapi bila dewasa, dia murtad mungkin dia terlalu taksub dengan cara hidup kristian yang dilihatnya di kaca TV.sungguh jahil orang murtad ini kalau tengok mat saleh minum arak,tidur serumah dengan pasangan,pakai seksi,pegang tangan,pergi berjudi dan ber parti di kelab malam ternyata mereka silap besar. kerana mengikut ajaran kristian yang benar arak,judi,seks bebas itu sebenarnya diharamkan sama sekali dalam agama mereka dan di negara seperti amerika,england itu majoriti penduduknya adalah atheist dan kalau ada pun yang beragama kristian mereka sudah lama meninggalkan atau tidak beramal pada agama.seperti penganut islam ,walaupun islam sejak di lahirkan tetapi dilihat pada amalan kehidupan seharian mereka seperti islam pada nama atau keturunan tetapi bukan pada amalan,pegangan dan kepercayaan.

berbalik kepada melihat wajah nabi tadi, tanpa google images pasti dalam fikiran aku tertanya-tanya macam mane wajah nabi yaakub,musa,yusuf dan para-para anbiya yang lain.pada hari ni google images banyak membantu walaupun semua gambar yang dilabel sebagai jacob,joseph,moses,adam,christ,noah,abraham,david,aaron,solomon itu hanya ilustrasi pelukis saja.pada aku walaupun bukan lukisan sebenar itu sudah cukup asalkan aku dapat melihat 'wajah' nabi kerana para bila ada cerita sirah berkaitan nabi yang mewakili nabi hanyalah kelibat cahaya yang bersinar.



tanpa national geographic dan discovery channel pasti aku akan tertanya apa sebab nabi isa di salib dan dari dokumenatari itu juga aku tahu banyak perkara tentang cain & abel.juga diceritakan tentang pelbagai versi nabi isa disalib.dari situ aku mula menghabiskan masa aku di depan TV dengan menonton dokumentari kerana banyak pengetahuan baru yang aku perolehi tetapi hari ini aku hairan kenapa national geographic dan discovery channel tidak lagi menyiarkan rancangan sebegitu.
mungkin jika disiarkan akan mendapat amaran dari kementerian penerangan dan didakwa atas akta hasutan.jika tiada internet pula pasti aku akan taksub dan terpengaruh lagi beriman dengan teori konspirasi khurafat yang dicetuskan oleh sesetengah pihak.internet banyak membantu aku untuk menambah pengetahuan dalam hal ehwal keagamaan ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.