Sunday, June 10, 2012

selamat tinggal EZ 9 March 1986-9 June 2012

ini entri yang aku print screen dari blog nami- teh tarik gelas besar.kuatkan semangat nami - nil satis nisi optimum,you'll never walk alone.

aku tak pernah berjumpa atau berborak dengan ezreen,aku jugak tak pernah tengok muka dia dan aku tak tau perangai ezreen macam mana.tapi aku kenal ez dari cerita NAMI & shahril ( abang EZ).ezreen emira nama penuh nya,tu pun lepas baca tweet shahril baru aku tau.dari cerita nami dan shahril,ez merupakan seorang wanita liberal,berani dan baik.nami jugalah yang selalu bercerita tentang EZ,yang sedihnya ez pergi 5 tahun selepas pemergian Elly,adik kepada ez & shahril. ez & elly memberi pengaruh besar kepada nami dan dua wanita ini jugak la yang memberi bantuan kepada nami sejak dia dihalau keluar dari rumah oleh ibu dia.

elly pergi ke rahmatullah telah memberi kesan besar kepada hidup nami sehingga dia fail exam dan ditendang keluar dari uitm.belum lagi dapat sembuh dari pemergian elly 5 tahun lalu kini nami berdepan dengan pula dengan kematian ezreen petang tadi.kini tinggal la shahril menjadi anak yang tinggal dalam keluarga pada pak sulaiman daud.dari 4 beradik iaitu shahril,ezreen,elly & arul (arul dah lama meninggal,aku tak tau bila) kini tinggal shahril saja.ez dan elly aku hanya tau dari entri  di  blog nami

 punca kematian ez adalah dia menghidap barah rahim dan jika rahim dia tidak dibuang peluang untuk ez hidup hanya 50 % dan setelah rahim ez dibuang kini ez hanya tinggal nama dan hidup di dalam kenangan dan segala perkara berkaitan ez kini hanya menjadi cerita sejarah.aku terkejut dengan kematian ez ni kerana aku tak tau ez sakit ape pasal aku takde twitter dan aku hanya follow nami dari entri yang dia update di blog dia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.