Sunday, June 3, 2012

chris sabin

masa form 2 dulu aku suka tengok Total non stop action iaitu sebuah rancangan gusti yang disiarkan di astro supersport.sekarang ni TNA dah tak disiarkan lagi mungkin kerana dominasi WWE yang kuat di media. TNA ni aku mula kenal masa form 1 masa tu minat aku dalam dunia gusti ni mula bercambah.TNA menjadi pilihan kerana aksi penggusti nya yang sungguh lincah seperti mengadaptasikan fizikal mereka yang kecik dengan banyak menggunakan gerakan aksi dengan dibantu oleh ring post,berbeza dengan wwe yang lebih banyak menghempas lawan ke permukaan gelanggang dan TNA jugak banyak memperkenalkan gerakan baru dan finishing yang pelik seperi canadian destroyer dari petey william dan side walk slam dari abyss.

antara faktor penarik TNA ialah gelanggang 6 sudut nya yang unik dan lain dari yang lain kerana gelanggang gusti biasanya berbentuk petak,disebabkan banyak invasion atau kemasukan penggusti wwe ke TNA seperti kurt angle,hulk hogan,jeff hardy,marr morgan, mr K,rob van dam menyebabkan TNA semakin kurang serinya dan kini TAN kembali menggunakan gelanggang petak.

faktor lain pula pastilah penggusti baru yang berbakat dan mempunyai skill dan finisher yang menarik,contohnya chris sabin.dia antara penggusti TNA yang menjadi favourite aku sampai sekarang.


                                  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.