Friday, June 15, 2012

9 tahun perjalanan usia

hari ini 9 tahun lalu aku & adikku dihantar oleh atok ke rumah keluarga kami di kem penrissen.pada masa tu baru 2minggu kami menetap di CQ6 kem penrissen.aku tak berapa suka dengan rumah tu sebab panas dan aku tak biasa menetap di rumah yang panjang binaanya dan pengaliran udara nya tidak lancar sebab itu bilik aku panas.

sambung cerita tadi,kami dihantar kerana pada masa tu cuti sekolah akan berakhir dan aku akan menyambung sekolah esoknya.hari tu hari ahad dan sampai saja di rumah pakcik,makcik,nenek & mak sudah ada di rumah,mereka datang lebih awal kerana mak aku sedang mengandung dan ada urusan di hospital pada pagi itu.

pada keesokan paginya aku mendapat kejutan dari nenek malam semalam mak aku dikejarkan ke hospital dan selamat melahirkan bayi perempuan bermula dari itu sejarah keluarga aku berubah dari 6 orang kepada 7 orang yang kekal sehingga kini. agak janggal untuk aku memberi nickname kepada bayi baru lahir ni kerana sudah 4 tahun keluarga kami tak ada bayi dan mak aku memberi nama bayi perempuan itu siti natrah munirah, sebaik balik dari sekolah jugak aku berlari ke rumah kawan mak untuk meminta tempurung atas arahan nenek.selepas itu aku mengikut nenek pergi menanam uri dan itulah uri terakhir yang aku tengok ditanam depan mata aku.

beberapa hari kemudian baru bapak aku balek ke rumah kerana dia baru saja pulang dari sabah atau kuala lumpur pada masa tu,dan bila aku cakap mak & baby tu kat bilik belakang dia pun terus pergi ke bilik belakang dan usap pipi baby tu.masa tempoh berpantang tu bilik belakang menjadi bilik mak aku kerana keadaannya yang hangat.

pada masa tu hubungan kekeluargaan paling rapat aku pernah rasa,sampai sekarang aku masih ingat saat tu pakcik dan makcik aku tinggal sekali dengan kami kerana senang nak menghantar makcik aku ke tempat kerja, atok  & nenek aku ke pusat haemodialisis secara 2 hari sekali dan bila mak aku kena pergi hospital pasal bapak aku sibuk dengan kerja dia dan komitmen dia yang memerlukan dia kena outstation setiap minggu.kadang2 bila pakcik aku ada komitmen lain,abang yusof - driver bapak aku akan sukarela menjadi driver mak aku ke hospital.

aku pada masa tu dibesarkan dalam keluarga yang saling bantu membantu,yusof dan isteri dia jugak kami anggap sebagai keluarga kami kerana pada masa tu dia belum ada anak lagi dan baby baru ni dia anggap macam anak dia. aku tak kan lupa saat tu sampai sekarang.

baby tu diberi nickname bidek,dedek dan bulat tapi sampai sekarang aku panggil dia bulat & lat kerana pada masa tu dia berbentuk seakan bulat dan sebab itu namanya bulat.masa tu jugak nakal aku kerana dia manja sangat dan aku pernah letak bantal,bantal peluk atas badan dia,aku jugak menyakat kalau dia menangis gigit telinga dia.tapi aku tak la kejam macam tu.aku la yang selalu dukung dia ni kemana-mana.sampai panas baju sekolah aku kena muntah susu dia.

paling menyedihkan bila bulan puasa 2003 dia kena demam campak.kesian dia kecik2 lagi  dah kena demam campak.tapi elok la bila besar nanti tak kena lagi.lat sekarang ni budak paling periang dalam family kami,sejak kelahiran dia 9 tahun lalu jumlah keluarga kami sejak tu tak berubah.pada umur 3 bulan dilahirkan lat telah menetap di kampung bersama keluarga sebelah mak aku.hanya aku dan adik aku saja yang ada di bandar pada masa tu.lat dibawa ke kampung untuk diperkenalkan kepada jiran-jiran kerana dia lah satu-satunya ahli keluarga kami yang dilahirkan di kuching dan sejak dilahirkan dia terus menetap di bandar dan tidak dibawa pulang ke kampung.hanya saudara mara yang tahu tentang kelahiran lat @ siti natrah munirah

bila diimbas kembali 9 tahun lalu dengan sekarang banyak yang dah berubah, nenek & atok sudah tiada lagi, bang yusof sudah meninggal dunia 3 tahun lalu, aku dah 7 tahun tak duduk bersama satu rumah dengan pakcik,makcik dan sedara lain.sedih aku mengenangkan bang yusof dia banyak mempengaruhi aku supaya jangan tension dan menyerah dengan hidup.dia jugak bijak menyembunyikan penyakit dia,masa puasa tahun 2008 usop dan member dia la jemput family aku dari airport dan hantar ke kampung,dia jugak ada bersama masa family kami berunding tentang penjagaan arwah nenek semasa nenek sakit dan dia jugak yang membawak kawan2 family di kem penrissen untuk datang ke kenduri arwah nenek.aku sampai sekarang sedih bila mengenangkan dia lepas raya tahun 2008 sakit dia makin teruk dan bulan 7 tahun 2009 yusof pergi buat selama-lamanya kematian dia sungguh menyedihkan.aku bertambah sedih mengenangkan nasib isteri dan anak dia. dia dah macam sebahagian dari family kami dia mati disebabkan tabiatnya yang kuat merokok dan di saat akhir hidup nya aku tak ada bersama.

arwah nenek pergi pada tahun 2005 dan arwah atuk pergi pada 2008.aku sempat berada di hari kematian arwah nenek dan tapi aku tak ada di hari kematian arwah atok.lat pasti sedih kerana tak sempat bermanja dengan arwah nenek dan atok.sejak 9 tahun lalu pelbagai perubahan telah berlaku.
dan hari ini siti natrah munirah genap 9 tahun umurnya.semoga panjang umur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.