Saturday, June 2, 2012

kebersihan negara demi ratu

sebanyak 25 000 orang sukarela terdiri dari warga england bergotong royong membersihkan kawasan awam di bandaraya london untuk memastikan sambutan jubli berlian ratu elizabeth disambut meriah dan dalam keadaan bersih.london antara bandaraya terbersih di dunia tetapi londoners mahukan kebersihan yang lebih baik lagi, situasi ini tidak berlaku di kuala lumpur kerana orang KL lebih bergantung harap pada DBKL yang tak berapa nak pro aktif.dan juga dah jadi budaya orang malaysia bila gotong royong dijalankan mereka tiada,tetapi bila tiba jamuan makan setelah penat melakukan tugas pembersihan jumlah yang datang untuk makan berkali ganda dari jumlah bergotong royong.

mungkin terlalu banyak raja di tanah melayu menjadi punca majlis pertabalan di setiap negeri melayu bersekutu hanya dikenang sebagai public holiday bukannya menyambut pertabalan sultan mahupun raja.memang di UK hanya ada satu raja dan sebab itu mereka mudah mengingati raja mereka.bukannya 10 raja & 10 sultan di tanah melayu. sukarelawan yang bergotong royong membersihkan bandaraya london terdiri dari pekerja TESCO,LLYOD TSB dan MARK & SPENCER.

3 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.